Seoul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seoul
서울
Bandar Raya Khas
Bandar Raya Khas Seoul
  transcription(s)
 • Hangul 서울특별시
 • Hanja 서울 1
 • Perumian Semakan Seoul Teukbyeolsi
 • McCune-Reischauer Sŏul T'ŭkpyŏlsi
Ikut arah jam dari kiri: Menara N Seoul, Moonlight Rainbow Fountain, Gangnam, Samsung Tower Palace, 63 Building dan Namdaemun

Lambang Seoul
Peta Korea Selatan yang tertanda Seoul
Koordinat: 37°34′08″N 126°58′36″E / 37.56889°N 126.97667°E / 37.56889; 126.97667Koordinat: 37°34′08″N 126°58′36″E / 37.56889°N 126.97667°E / 37.56889; 126.97667
Negara  Korea Selatan
Kawasan Kawasan Ibu Negara Seoul
Daerah
Kerajaan
 • Jenis Kerajaan Metropolitan Seoul
 • Datuk Bandar Oh Se-hoon
Keluasan[1]
 • Jumlah 605.25 km2 (233.69 sq mi)
 • Kepadatan 17,288/km2 (44,780/sq mi)
Bunga Forsythia
Pokok Ginkgo
Burung Murai
Laman sesawang seoul.go.kr
1. Memandangkan nama Seoul tiada tulisan hanja, ejaan hangul dikekalkan di sini.

Seoul (Sebutan Korea: [sʌ.ul]  (Speaker Icon.svg dengar) ialah ibu negara dan bandar raya terbesar Korea Selatan, dan juga salah sebuah bandar raya terbesar di dunia dengan lebih 20 juta penduduk.[2] Kawasan Ibu Negara Seoul ialah kawasan metropolitan kedua terbesar di dunia dengan lebih 24.5 juta penduduk, termasuklah metropolis Incheon dan sebahagian besar wilayah Gyeonggi.[3]. Hampir separuh penduduk Korea Selatan tinggal di Kawasan Ibu Negara Seoul, dan lebih kurang satu suku di Seoul sahaja, menjadikannya pusat ekonomi, politik dan kebudayaan terutama di negara ini.

Seoul sudah sekian lama menjadi petempatan manusia yang utama sejak pengasasannya sekitar tahun 18 SM, apabila salah sebuah daripada Tiga Kerajaan Korea, iaitu Baekje, menubuhkan ibu kotanya di kawasan yang kini diduduki oleh Seoul tenggara. Ia kekal sebagai ibu kota negara Korea sepanjang Wangsa Joseon dan Empayar Korea. Di Kawasan Ibu Negara Seoul letaknya empat Tapak Warisan Dunia UNESCO: Changdeokgung, Kubu Hwaseong, Kuil Jongmyo dan Kuburan Diraja Wangsa Joseon.[4]

Kini, Seoul dianggap sebagai sebuah bandar raya global peneraju yang dinilai di kalangan sepuluh bandaraya global terunggul di Indeks Bandar Raya Global 2010.[5] Ia merupakan salah sebuah pusat kewangan dan perdagangan terunggul di dunia,[6] dan pangkalan bagi berbilang syarikat konglomerat multinasional seperti Samsung, LG dan Hyundai-Kia. Pada tahun 2008, Seoul dinamakan sebagai bandaraya yang keenam paling berkuasa dari segi ekonomi oleh majalah Forbes.[7]

Seoul menikmati prasarana yang amat canggih dari segi teknologi.[8][9] Digital Media City di Seoul merupakan kompleks pertama di dunia untuk pembuatan aplikasi IT dan multimedia.[10] Seoul menjadi bandaraya pertama yang menggunakan DMB, sejenis teknologi televisyen mudah alih digital, dan WiBro, sejenis perkhidmatan internet mudah alih tanpa wayar berkelajuan tinggi. Ia mempunyai rangkaian jalur lebar gentian optik yang pantas, dijangka dinaik taraf menjadi 1Gbps pada tahun 2012.[11] Stesen Seoul menempatkan tren berkelajuan tinggi KTX sepantas 350 km sejam; dan Seoul Subway adalah sistem metro ketiga terbesar di dunia, dengan mengangkut lebih 200 juta penumpang setahun. Seoul dihubungkan melalui AREX ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang pernah dinilai sebagai lapangan terbang terbaik oleh Airports Council International.

Seoul menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas 1988 dan kejohanan Piala Dunia FIFA 2002. Bandaraya ini dinamakan Pusat Rekabentuk Sedunia tahun 2010 oleh International Council of Societies of Industrial Design, dan juga menjadi tuan rumah Sidang kemuncak G-20 2010 pada tahun yang sama.

Nama[sunting | sunting sumber]

Dahulu kala, bandaraya ini dikenali dengan nama-nama berikut: Wirye-seong (위례성; 慰禮城, zaman Baekje), Hanju (한주; 漢州, zaman Silla), Namgyeong (남경; 南京, zaman Goryeo), Hanseong (한성; 漢城, zaman Baekje dan Joseon), Hanyang (한양; 漢陽, zaman Joseon), Keijo (경성; 京城, zaman penjajahan Jepun).[12] Namanya sekarang berasal dari perkataan bahasa Korea yang bermaksud "ibu kota," yang dipercayai terbit daripada nama Seorabeol (서라벌; 徐羅伐), yang pernah merujuk kepada Gyeongju, ibu kota Silla.[13]

Berbeza dengan kebanyakan nama tempat di Korea, nama "Seoul" tiada padannya dalam tulisan hanja (aksara Cina dalam bahasa Korea). Nama Cina yang dipakai untuk Seoul ialah “Shou-er” Cina ringkas: 首尔Cina tradisional: 首爾pinyin: Shǒuěr, yang lebih kurang sama sebutannya dengan "Seoul" apabila disebut dalam bahasa Mandarin.[14] Namun, nama lama iaitu 汉城 masih digunakan oleh orang ramai.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Donggwoldo, lukisan landskap Changdeokgung.
Rencana utama: Sejarah Seoul

Penempatan manusia di Seoul bermula di ibu kota Baekje, Wirye-seong, pada 17 SM. Lokasi tapaknya dipercayai berada dalam lingkungan sempadan Seoul masa kini, dan tinggalannya mungkin berada di Pungnap Toseong atau Mongchon Toseong. Ia menjadi ibu kota Dinasti Joseon pada tahun 1394. Ketika Jepun menjajah Korea pada awal abad ke-20, bandaraya ini dikenali sebagai Gyeongseong (경성; 京城; bahasa Jepun: Keijō). Selepas kemerdekaan dari Jepun pada tahun 1945, rakyat Korea memberikan nama Seoul kepada bandaraya ini. Pada tahun 1949, Seoul dipecahkan dari Wilayah Gyeonggi lalu diberi taraf "Bandaraya Khas Seoul". Pada tahun 1950, ketika Perang Korea, Seoul ditawan oleh tentera Korea Utara dan hampir musnah keseluruhannya, sebelum ditawan oleh Angkatan PBB pada 14 Mac 1951. Semenjak itu, sempadan bandaraya berkembang sehingga merangkumi kaunti-kaunti Gimpo, Goyang, dan Shiheung di pinggir bandar. Sempadan Seoul masa kini ditetapkan pada tahun 1995.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Seoul dari Bukhansan

Seoul terletak di bahagian barat laut Korea Selatan. Bandaraya Seoul sebenar merangkumi tanah seluas 605.25 km²,[1]. Ia terbahagi kepada bahagian utara dan selatan oleh Sungai Han. Sungai Han dan kawasan sekitarnya memainkan peranan penting dalam sejarah Korea. Tiga Kerajaan Korea bertungkus-lumus merebut penguasaan tanah ini, di mana sungainya dijadikan laluan perdagangan ke China (menerusi Laut Kuning). Namun demikian, sungai tersebut tidak lagi digunakan untuk pelayaran, kerana kualanya terletak di sempadan antara dua Korea yang melarang kemasukan orang awam. Bandar raya ini bersempadan dengan lapan buah gunung, dan juga tanah pamah di dataran Sungai Han dan kawasan barat.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Seoul terletak di kawasan sempadan antara iklim subtropika lembap dan iklim kebenuaan lembap (pengelasan iklim Köppen Cwa/Dwa). Musim panas biasanya panas dan lembap, serta mengalami monsun Asia Timur dari Jun hingga Julai. Bulan terpanas iaitu Ogos mencatat purata suhu 22.1 hingga 29.5 °C (72 hingga 85 °F). Musim sejuk biasanya agak sejuk, dengan purata suhu Januari sebanyak −6.1 hingga 1.6 °C (21.0 hingga 34.9 °F) dan lebih kering daripada musim panas, dengan purata 28 hari bersalji setahun.

Data iklim untuk Seoul (1981−2010)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 1.5
(34.7)
4.7
(40.5)
10.4
(50.7)
17.8
(64)
23.0
(73.4)
27.1
(80.8)
28.6
(83.5)
29.6
(85.3)
25.8
(78.4)
19.8
(67.6)
11.6
(52.9)
4.3
(39.7)
17.0
(62.6)
Min harian °C (°F) −2.4
(27.7)
0.4
(32.7)
5.7
(42.3)
12.5
(54.5)
17.8
(64)
22.2
(72)
24.9
(76.8)
25.7
(78.3)
21.2
(70.2)
14.8
(58.6)
7.2
(45)
0.4
(32.7)
12.5
(54.5)
Purata rendah °C (°F) −5.9
(21.4)
−3.4
(25.9)
1.6
(34.9)
7.8
(46)
13.2
(55.8)
18.2
(64.8)
21.9
(71.4)
22.4
(72.3)
17.2
(63)
10.3
(50.5)
3.2
(37.8)
−3.2
(26.2)
8.6
(47.5)
Kerpasan mm (inci) 20.8
(0.819)
25.0
(0.984)
47.2
(1.858)
64.5
(2.539)
105.9
(4.169)
133.2
(5.244)
394.7
(15.539)
364.2
(14.339)
169.3
(6.665)
51.8
(2.039)
52.5
(2.067)
21.5
(0.846)
1,450.5
(57.106)
Kelembapan 59.8 57.9 57.8 56.2 62.7 68.1 78.3 75.6 69.2 64.0 62.0 60.6 64.4
Purata hari kerpasan (≥ 0.1 mm) 6 5 7 7 9 9 16 14 9 6 8 7 103
Jam cahaya matahari 160.3 163.3 189.0 205.0 213.0 182.0 120.0 152.5 176.2 198.8 153.2 152.6 2,066.0
Sumber: Korea Meteorological Administration [15]
Carta iklim untuk Seoul
J F M A M J J O S O N D
 
 
22
 
2
-6
 
 
24
 
4
-4
 
 
46
 
10
1
 
 
77
 
18
7
 
 
102
 
23
13
 
 
133
 
27
18
 
 
328
 
29
22
 
 
348
 
30
22
 
 
138
 
26
17
 
 
49
 
20
10
 
 
53
 
12
3
 
 
25
 
4
-3
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [15]

Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Daerah di Seoul

Seoul terbahagi kepada 25 gu (구; ) (daerah).[16] yang pelbagai saiz tanah dan berbeza-beza bilangan penduduknya. Daerah Songpa paling ramai penduduknya, manakala daerah Seocho paling luas tanahnya. Kerajaan daerah menguruskan sebilangan besar fungsi yang diuruskan oleh kerajaan bandaraya di kawasan lain. Setiap daerah terbahagi kepada "dong" (동; ) atau kejiranan yang juga berbeza-beza bilangannya. Kesemua 25 daerah di Seoul terdiri daripada sejumlah 522 kawasan kejiranan tertadbir (행정동 haengjeongdong).[16]

Daerah di Seoul

)

)

)

)

)

)

)

西)

)

)

)

)

)

)

)

)

)

)

西)

)

)

)

)

)

)

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bandaraya Seoul terkenal kerana kepadatan penduduk yang hampir dua kali kepadatan New York dan lapan kali lebih habat daripada Rom, tetapi kurang padat sedikit berbanding Paris. Ketumpatan kawasan metropolitannya adalah yang tertinggi di kalangan negara-negara OECD.[17] Hampir kesemua penduduk Seoul ialah orang Korea, di samping minoriti Cina dan Jepun yang kecil. Pada tahun 2009, jumlah penduduk Seoul adalah 10,208,302 orang.[18]

Dua agama utama yang dipeluk oleh penduduk Seoul ialah agama Buddha dan Kristian. Ada juga yang menganut agama kepawangan dan Konfusianisme, tetapi Konfusianisme dilihat bukan sebagai agama tetapi falsafah sosial yang merata.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat Samsung

Sebagai ibu pejabat Samsung, LG, Hyundai, Kia dan SK, Seoul menjadi sebuah pusat perniagaan utama di Asia. Walaupun hanya menduduki 0.6 peratus kawasan darat Korea Selatan, namun Seoul menjana 21 peratus KDNK negara.[19]

Kewangan[sunting | sunting sumber]

Sebilangan besar syarikat transnasional beribu pejabat di Seoul.[20] Bank-bank yang membuka cawangan di Seoul termasuk Citigroup, Deutsche Bank, HSBC, Goldman Sachs, JP Morgan, Barclays, Grupo Santander, UBS, Credit Suisse, UniCredit, Société Générale, Calyon, BBVA, Macquarie Group, ING Bank dan Standard Chartered. Bank Pertukaran Korea juga berpangkalan di kota ini.

Beli-belah[sunting | sunting sumber]

Kawasan beli-belah Myeongdong

Pasar terbesar di Korea Selatan, iaitu Pasar Dongdaemun, terletak di Seoul. Myeongdong merupakan sebuah kawasan beli-belah dan hiburan yang dihuni oleh kedai barangan mewah, butik fesyen dan cawangan jenama antarabangsa di pusat bandaraya Seoul. Pasar Namdaemun yang berdekatan, dinamakan sempena tugu Namdaemun, merupakan pasar tertua yang masih beroperasi di Seoul. Sinchon ialah sebuah kawasan beli-belah yang ditujukan kepada golongan muda dan penuntut universiti.

Insadong ialah pasar seni kebudayaan di Seoul, di mana dijualnya hasil seni tradisional dan moden Korea, baik lukisan, arca mahupun kaligrafi. Pasar Lambak Hwanghak-dong dan Pasar Antik Janganpyeong juga menawarkan barangan antik. Beberapa kedai pereka tempatan dibuka di Samcheong-dong yang letaknya berbilang galeri seni kecil. Itaewon memberi tumpuan kepada pelancong asing dan askar Amerika yang berpangkalan di bandaraya ini. Daerah Gangnam adalah salah sebuah kawasan termewah di Seoul yang terkenal kerana kawasan beli-belah Apgujeong-dong dan Cheongdam-dong yang khusus untuk golongan atasan, dan juga COEX Mall. Pasar borongnya pula termasuk Pasar Borong Perikanan Noryangjin dan Pasar Garak. Pasar Elektronik Yongsan pula merupakan pasar elektronik terbesar di Asia. Kompleks Digital Gasan juga menawarkan pelbagai barangan elektronik.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Di pusat bandaraya Seoul terletaknya pejabat kerajaan, ibu pejabat korporat, hotel, pasar lama, dan pusat kota lama Dinasti Joseon yang letaknya berbilang istana. Sungai kecil Cheonggyecheon yang mengalir dari barat ke timur melalui lembah sebelum berakhir di Sungai Han, sekian lama dilitupi oleh konkrit, tetapi baru-baru ini dipulihkan hasil projek pemulihan bandar. Jalan raya yang paling penting dalam sejarah di Seoul ialah Jongno (Jalan Genta) di mana terletaknya Bosingak, sebuah astaka yang menyimpan sebuah genta besar. Genta itu pernah digunakan untuk membunyikan waktu dan oleh itu mengawal empat pintu masuk utama di kota. Kini, genta ini hanya digunakan untuk menyambut detik tengah malam Tahun Baru (berdenting 33 kali), tetapi pernah sekali ia dibunyikan untuk menyambut bermulanya jawatan Presiden Kim Dae-jung. Di utara pusat bandar terdapat Bukhansan (Gunung Utara Sungai Han), dan di selatannya pula ialah Namsan (Gunung Selatan) yang lebih kecil. Jauh di selatan pula adalah subbandar lama Yongsan-gu dan Mapo-gu. Di seberang Sungai Han terbinanya kawasan yang lebih baru dan kaya di Gangnam-gu, Seocho-gu dan kawasan kejiranan di sekitarnya.

Seni bina bersejarah[sunting | sunting sumber]

Istana Gyeongbokgung.

Seoul mempunyai banyak mercu tanda bersejarah dan kebudayaan. Di Tapak Petempatan Prasejarah Amsa-dong, Gangdong-gu, tinggalan zaman neolitik diekskavasi lalu ditemui secara tidak sengaja ekoran banjir pada tahun 1925. Perancangan bandar dan sivil adalah penting sewaktu Seoul dijadikan ibu negara pada akhir abad ke-14. Kerajaan Dinasti Joseon membina "Lima Istana Agung" in Seoul: Changdeokgung, Changgyeonggung, Deoksugung, Gyeongbokgung dan Gyeonghuigung, kelima-limanya di daerah Jongno dan Jung-gu. Di antaranya, Changdeokgung disertakan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997, sebagai "contoh seni bina dan reka bentuk taman istana Timur Jauh yang luar biasa". Istana utama, Gyeongbokgung, kini sedang dipulihkan ke bentuk asalnya. Istana-istana ini dilihat sebagai contoh terbaik seni bina zaman Joseon. Selain lima istana agung tersebut, Unhyeongung terkenal sebagai kediaman diraja Pemangku Raja Daewongun, ayahanda Maharaja Gojong pada akhir zaman Dinasti Joseon.

Seoul dikelilingi oleh tembok-tembok yang dibina untuk mengawal keluar masuk pelawat dari tempat lain, serta melindungi kota daripada serangan. Pungnap Toseong ialah sebuah tembok rata yang diperbuat daripada tanah, dan dibina di tepi Sungai Han, dipercayai pernah menjadi tapak Wiryeseong. Mongchon Toseong pula ialah sebuah lagi tembok tanah yang dibina sekitar zaman Baekje, kini terletak di dalam Taman Olimpik Seoul. Tembok Istana Seoul adalah satu-satunya tembok binaan zaman Joseon yang tinggal di Seoul.

Walaupun banyak tembok dan kubu yang roboh, namun pintu istana dan kubu telah memainkan peranan penting dalam sanubari kota, seperti Sungnyemun (Namdaemun, Pintu Besar Selatan) dan Heunginjimun (Dongdaemun, Pintu Besar Timur). Namdaemun merupakan pintu buatan kayu yang paling lama di kota sehingga hangus akibat dibakar pada tahun 2008, dan kini terpaksa menjalani kerja pembaikpulihan. Di dekat pintu-pintu ini letaknya pasar-pasar tradisional, iaitu Pasar Namdaemun dan Pasar Dongdaemun.

Terdapat juga banyak bangunan yang dibina dengan gaya antarabangsa pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-2-. Pintu Kemerdekaan dibina pada tahun 1897 untuk mengilhamkan semangat kebebasan daripada pengaruh China. Stesen Seoul dibina pada tahun 1900 sebagai Stesen Gyeongseong.

Seni bina moden[sunting | sunting sumber]

Antara mercu tanda moden utama di Seoul termasuk Menara N Seoul, Pusat Dagangan Dunia dan bangunan kediaman Tower Palace yang terdiri daripada tujuh pencakar langit, menguasai latar langit bandaraya bersama bangunan pejabat seperti Seoul Star Tower dan Menara Jongno. Disebabkan kepadatan yang tinggi, di Seoul banyak sekali pencakar langitnya.

Pusat Dagangan Dunia Korea yang terletak di daerah Gangnam, menjadi tempat untuk mengadakan acara-acara eksposisi dan persidangan. Juga di Gangnam letaknya COEX Mall, sebuah kompleks beli-belah dan hiburan yang besar. Di hilir Gangnam adanya Yeouido, sebuah pulau yang letaknya Perhimpunan Kebangsaan, studio-studio penyiaran utama, dan banyak lagi bangunan pejabat besar-besar, tidak lupa juga Bangunan Kewangan Korea dan gereja Pentecost terbesar di dunia. Stadium Olimpik, Taman Olimpik, dan Lotte World terletak di Songpa-gu, di selatan Sungai Han, di hulu dari Gangnam.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Muzium[sunting | sunting sumber]

Tahun 2005, Pameran United Buddy Bears di Olimpik Park, Seoul untuk pertama kalinya ,‘‘hand in hand’’ adalah beruang dari Selatan dan Korea Utara yang direka oleh artis dari bahagian masing-masing di negara ini yang bermaksud aman dan damai.
Taman Olimpik Seoul

Di Seoul terdapat lebih 100 buah muzium, termasuk tiga muzium kebangsaan dan sembilan muzium perbandaran rasmi. Muzium Negara Korea merupakan muzium yang paling mewakili bukan sahaja Seoul, bahkan juga seluruh Korea Selatan. Semenjak ditubuhkan pada tahun 1945, muzium ini telah menghimpunkan sekitar 150,000 artifak. Pada Oktober 2005, muzium ini berpindah ke bangunan baru di Taman Keluarga Yongsan. Muzium Rakyat Kebangsaan terletak di tapak pekarangan Gyeongbokgung di daerah Jongno. Ia menggunakan replika barang-barang bersejarah untuk menggambarkan sejarah budaya rakyat Korea. Kampung Bukchon Hanok dan Kampung Namsangol Hanok merupakan daerah perumahan lama yang terdiri daripada rumah tradisional Korea (hanok), taman-taman dan muzium-muzium yang membolehkan pelawat untuk mengalami kebudayaan tradisional Korea. Tugu Peringatan Perang, salah sebuah muzium perbandaran di Seoul, menawarkan pengalaman pendidikan dan emosi kepada para pengunjung mengenai segala peperangan yang dilalui oleh Korea, termasuklah Perang Korea. Penjara Seodaemun ialah sebuah bekas penjara yang dibina ketika zaman penjajahan Jepun, dan kini dijadikan muzium sejarah.

Muzium Kesenian Seoul dan Muzium Kesenian Ilmin memelihara wajah bangunan lama yang amat menonjol dalam latar kemodenan bangunan yang tinggi-tinggi belaka. Muzium Kesenian Seoul dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Seoul dan terletak dekat dengan Gyeonghuigung, sebuah istana diraja zaman Joseon. Bagi penggemar filem Korea dari seluruh dunia, Arkib Filem Korea mengendalikan Muzium Perfileman Korea dan Cinematheque KOFA di pusat utamanya di Digital Media City(DMC), Sangam-dong. Muzium Tteok & Perkakas Dapur dan Muzium Kimchi pula menjadi wadah sejarah masakan Korea.

Tempat ibadat[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga bangunan keagamaan yang memainkan peranan penting dalam masyarakat dan siasah Korea. Mazbah Wongudan pernah dijadikan tapak korban untuk upacara suci raja-raja Korea sejak zaman Tiga Kerajaan. Semenjak Dinasti Joseon memeluk Konfusianisme sebagai ideologi negara pada abad ke-14, maka banyaknya kuil Confucius yang dibina di merata negara. Waris kerabat diraja Joseon masih mengadakan upacara memperingati leluhur mereka di Jongmyo, kuil Confucius diraja tertua yang terpelihara di mana upacara penuh tradisi diamalkan secara berterusan sejak abad ke-14. Munmyo dan Dongmyo dibina pada zaman yang sama juga. Sungguhpun ditindas oleh kerajaan Joseon, namun agama Buddha masih bertahan sampai kini. Jogyesa ialah markas utama Mazhab Jogye agama Buddha di Korea. Kuil-kuil Buddha yang lain di Seoul termasuk Hwagyesa dan Bongeunsa.

Gereja Besar Myeongdong ialah sebuah mercu tanda di daerah Myeongdong dan juga gereja Katolik pertama yang dibina di Korea, justeru menjadi lambang utama agama Kristian di Korea. Gereja ini juga menjadi tumpuan penentangan politik pada akhir abad ke-20.

Masjid Pusat Seoul yang terletak di Hannam-dong, daerah Yongsan, merupakan masjid pertama yang dibina di Korea selepas Perang Korea, dan masih satu-satunya masjid di Seoul. Ia menjadi tarikan pelancong untuk rakyat Korea yang berkunjung pada hujung minggu untuk menghadiri dakwah Islam.

Taman[sunting | sunting sumber]

Di Taman Namsan, pelawat boleh menikmati kegiatan kembara jalan kaki, rekreasi dan pemandangan latar langit pusat bandaraya Seoul. Di taman ini juga letaknya Menara N Seoul. Taman Olimpik Seoul di Daerah Songpa, dibina khas untuk Sukan Olimpik 1988. Pagoda Wongaksa 10 aras terletak di Tapgol Park, sebuah taman awam kecil seluas 19,599 m². Kawasan sekitar anak sungai dijadikan tempat istirahat dan rekreasi awam. Anak sungai Tancheon dan kawasan sekitarnya merupakan taman besar yang dilengkapi laluan pejalan kaki dan basikal. Anak sungai Cheonggyecheon yang mengalir sepanjang 6 km melalui pusat bandaraya Seoul, terkenal di kalangan penduduk Seoul dan pelancong.

Dalam kawasan metropolitan Seoul terdapat enam buah taman utama, termasuk Hutan Seoul yang dibuka pada tahun 2005. Kawasan Ibu Negara Seoul juga ada sebuah kawasan hijau yang bertujuan mengelakkan merebaknya proses pembandaran ke wilayah jiran Gyeonggi. Kawasan-kawasan sedemikian sering dicari-cari oleh sesiapa yang ingin menarik diri dari kehidupan bandar pada hujung minggu dan musim cuti.

Seoul juga merupakan tempat terletaknya salah sebuah taman hiburan dalam bangunan yang terbesar di dunia, Lotte World. Pusat-pusat rekreasi lain termasuk stadium-stadium Olimpik dan Piala Dunia, dan halaman awam dewan bandaraya.

Sukan[sunting | sunting sumber]


Seoul pernah menjadi tuan rumah Sukan Asia 1986, Sukan Olimpik dan Paralimpik 1988. Ia juga menjadi salah satu tempat acara Piala Dunia FIFA 2002, di mana Stadium Piala Dunia Seoul menjadi tempat upacara pembukaan dan perlawanan pertama kejohanan tersebut.

Taekwondo ialah sukan kebangsaan Korea, dan di Seoul terletaknya markas taekwondo sedunia, iaitu Kukkiwon, dan juga ibu pejabat Persekutuan Taekwondo Sedunia.

Seoul mempunyai tiga pasukan besbol profesional dalam naungan KBO, iaitu Doosan Bears, LG Twins dan NEXEN Heroes.

Bola sepak juga merupakan sukan kegemaran ramai penduduk Korea, apatah lagi di Seoul. Seoul diwakili oleh empat pasukan terkemuka dalam liga-liga bola sepak lelaki Korea Selatan, dan satu lagi pasukan untuk liga wanita.

Pasukan bola sepak
Peringkat Liga Kelab Pangkalan
Pasukan lelaki
Atas K-League FC Seoul Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul Barat
Ke-2 Liga Kebangsaan N/A N/A
Ke-3 Liga K3 Seoul United Stadium Olimpik Jamsil, Seoul Selatan
Seoul FC Martyrs Stadium Awam Gangbuk-gu, Seoul Utara
Pasukan wanita
Atas WK-League Seoul City Women's FC N/A

Seoul juga merupakan tempat pangkalan bagi dua kelab bola keranjang dalam KBL iaitu Seoul Samsung Thunders dan Seoul SK Knights.

Kelab bola tampar profesional Seoul, Seoul Woori Capital Dream Six, membuat penampilan sulungnya pada musim 2009-2010.

Di Seoul juga terletaknya Taman Lumba Seoul, sebuah balapan lumba kuda yang mengadakan perlumbaan besar seperti Korean Derby.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pengangkutan di Seoul
Fail:923 Express subway Terminal3.jpg
Platform Aliran 9 di stesen Terminal bawah tanah Ekspres, Seoul.

Sistem pengangkutan Seoul telah wujud sejak zaman Empayar Korea, apabila landasan trem pertama mulai dibina dan sebuah landasan kereta api yang menghubungkan Seoul dan Incheon disiapkan. Aliran trem yang terutama di Seoul ini pernah merentasi Jongno sebelum diganti oleh Aliran 1 sistem bawah tanah pada awal 1970-an. Selain Jongno, jalan raya utama yang lain di Seoul termasuklah Euljiro, Teheranno, Sejongno, Chungmuro, Yulgongno, dan Toegyero. Terdapat sembilan landasan tren bawah tanah yang menjangkau 250 kilometer.

Bas[sunting | sunting sumber]

Sistem bas Seoul dikendalikan oleh Kerajaan Metropolitan Seoul, terdiri daripada empat tatarajah bas utama yang memberi kemudahan kepada hampir seluruh kota. Seoul juga banyak terminal bas antarabandar/ekspres yang besar untuk menghubungkan Seoul dengan tempat lain di Korea Selatan, seperti Terminal Bas Ekspres Seoul, Terminal Pusat Bandaraya dan Terminal Seoul Selatan yang terletak di daerah Seocho, Terminal Bas Seoul Timur di Gwangjin dan Terminal Sangbong di Jungnang. Untuk mengurangkan pencemaran udara di kawasan metropolitan, kerajaan perbandaran merancang untuk menukarkan lebih 7,000 bas berenjin diesel di Seoul kepada gas asli menjelang tahun 2010.[21]

Tren bawah tanah[sunting | sunting sumber]

Seoul mempunyai sebuah rangkaian bawah tanah menyeluruh yang menghubungkan setiap daerah di bandaraya dan juga kawasan-kawasan sekitarnyas. Dengan lebih 8 juta penumpang sehari, Seoul berbangga dengan salah sebuah sistem bawah tanah yang paling sibuk di dunia. Sistem Seoul Metropolitan Subway terdiri daripada 12 aliran yang memberikan kemudahan kepada wilayah-wilayah Seoul, Incheon, Gyeonggi dan Chungnam. Selain itu, demi melayan pelbagai kaedah pengangkutan, kerajaan metropolitan Seoul mendapatkan khidmat beberapa ahli matematik untuk menyelaraskan jadual bawah tanah, bas dan trafik kepada satu jadual waktu. Aliran-aliran ini dikendalikan oleh Korail, Seoul Metro, Perbadanan Transit Laju Metropolitan Seoul, AREX dan Metro 9.

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Seoul disambungkan dengan semua bandaraya lain di Korea melalui landasan kereta api, terutamanya perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi KTX yang mampu menjangkau kelajuan 300 km/j (186 bsj). Stesen-stesen kereta api utama di Seoul ialah:

Udara[sunting | sunting sumber]

Seoul dilengkapi oleh dua lapangan terbang utama. Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo terletak di bekas bandaraya Gimpo yang diilhakkan dengan Seoul pada 1963. Pada mulanya, Gimpo merupakan satu-satunya lapangan antarabangsa di Seoul sejak dibina sewaktu Perang Korea.

Pada Mac 2001, dibukanya Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di pulau Yeongjong, wilayah Incheon, sehingga peranan Lapangan Terbang Gimpo berubah sepenuhnya. Incheon menjadi lapangan terbang antarabangsa utama yang bertanggungjawab atas hampir segala penerbangan antarabangsa dan beberapa penerbangan domestik. Kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon menjadi salah sebuah pusat pengangkutan antarabangsa utama di Asia Timur, selain Hong Kong. Gimpo pula hanya digunakan untuk penerbangan domestik, selain penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (Haneda) di Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, dan Lapangan Terbang Hongqiao di Shanghai.

Lapangan-lapangan Incheon dan Gimpo disambungkan sesama sendiri oleh Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (yang juga dihubungkan dengan aliran #1 Incheon), dan dengan Seoul melalui lebuh raya. Gimpo juga dihubungkan melalui sistem bawah tanah (aliran #5 dan #9). Bas ulang-alik juga mengangkut penumpang di antara lapangan Incheon dan Gimpo.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Persekolahan[sunting | sunting sumber]

Setiap anak warga Korea Selatan wajib menghadiri sekolah dari darjah 1 hingga 10. Para pelajar bersekolah rendah selama enam tahun, diikuti tiga tahun di sekolah menengah dan tiga tahun di sekolah tinggi. Sekolah menengah dan tinggi biasanya mewajibkan pelajarnya berpakaian seragam. Tiadanya ujian pelepasan dari sekolah tinggi, tetapi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap universiti dikehendaki mengambil ujian SAT yang diadakan setiap November.

Di Seoul terletaknya berbilang sekolah tinggi khusus, termasuk tiga sekolah tinggi sains (Sekolah Tinggi Sains Seoul, Sekolah Tinggi Sains Hansung, dan Sekolah Tinggi Sains Sejong), enam sekolah tinggi bahasa asing (Sekolah Tinggi Bahasa Asing Daewon, Sekolah Tinggi Bahasa Asing Myungdeok, Sekolah Tinggi Bahasa Asing Ewha, Sekolah Tinggi Bahasa Asing Daeil, Sekolah Tinggi Bahasa Asing Hanyoung, dan Sekolah Tinggi Bahasa Asing Seoul). Pejabat Pendidikan Metropolitan Seoul merangkumi 235 sekolah tinggi persediaan kolej,80 sekolah vokasional, 377 sekolah menengah dan 33 sekolah pendidikan khas dalam bidang kuasanya, setakat tahun 2009.

Universiti[sunting | sunting sumber]

Di Seoul terdapat banyak universiti; majoriti universiti berprestij di Korea Selatan, termasuklah kampus-kampus utama universiti “SKY”Universiti Kebangsaan Seoul, Universiti Korea, dan Universiti Yonsei terletak di Seoul.

Universiti Kebangsaan Seoul, dikenali dengan nama timangan Seoul-dae dalam bahasa Korea, ialah sebuah universiti penyelidikan kebangsaan, dan institusi pendidikan tinggi yang paling disanjung di Korea Selatan. Universiti Korea ialah sebuah universiti penyelidikan swasta yang terletak terutamanya di Seoul. Diasaskan pada tahun 1905, ia merupakan salah sebuah institusi terlama pendidikan tinggi terlama di Korea Selatan.[22] Universiti Yonsei atau singkatannya Yondae, ialah sebuah universiti penyelidikan Kristian di Seoul, dan juga sebuah lagi universiti terlama di Korea Selatan (ditubuhkan pada tahun 1885).

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar dan saudara[sunting | sunting sumber]

Seoul mempunyai banyak bandar kembar dan saudara di seluruh dunia:[mengikut susunan kronologi][23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Seoul Statistics (Land Area)". Seoul Metropolitan Government. Dicapai pada 24 Mac 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. Thomas Brinkhoff, www.citypopulation.de; South Korea, The registered population of the South Korean provinces and urban municipalities Diterima pada 2007-12-31.
  3. "나라지표:수도권 인구 집중 현황". Index.go.kr. 
  4. "Lists: Republic of Korea". UNESCO. 
  5. "The 2008 Global Cities Index". Foreign Policy. 
  6. "Citgy Mayors: World's best financial cities". Citymayors.com. 
  7. "In Pictures: World's Most Economically Powerful Cities". Forbes.com. 
  8. "KOREA: Future is now for Korean info-tech". AsiaMedia (Regents of the University of California). 14 Jun 2005. 
  9. "Tech capitals of the world - Technology". theage.com.au. 
  10. [1][pautan putus]
  11. "South Koreans could see 1Gbps web connections by 2012". Engadget. 
  12. "Seoul". Encyclopædia Britannica. 2009. Dicapai pada 6 September 2009. The city was popularly called Seoul in Korean during both the Chosŏn (Yi) dynasty (1392–1910) and the period of Japanese rule (1910–45), although the official names in those periods were Hansŏng (Hanseong) and Kyŏngsŏng (Gyeongseong), respectively.. 
  13. "yahoo". Uk.holidaysguide.yahoo.com. 
  14. "goodcharacters.com". goodcharacters.com. 
  15. 15.0 15.1 Climate data in seoul, 1981 ~ 2010(Korea), Korea Meteorological Administration.
  16. 16.0 16.1 "Administrative Districts". Seoul Metropolitan Government. Diarkibkan daripada original pada |archive-url= memerlukan |archive-date= (bantuan). 
  17. [2] Seoul ranks highest in population density among OECD countries-Source-OECD report
  18. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan seoul2 tidak disediakan
  19. "Welcome to KTC". Lmg.go.kr. 
  20. "Global : Cities". Money.cnn.com. 
  21. "Seoul More Enjoyable For a Day". Diterima pada 2008-07-30.
  22. [3] Korea University Graduate School
  23. Seul Metropolitan Government. "International Cooperation: Sister Cities". 
  24. Prefeitura.Sp - Descentralized Cooperation[pautan putus]
  25. "International Relations - São Paulo City Hall - Official Sister Cities". Prefeitura.sp.gov.br. 
  26. The Many Lives of Tehran Road[pautan putus]
  27. "Miasta partnerskie Warszawy". um.warszawa.pl. Biuro Promocji Miasta. 
  28. "International Relations" (PDF). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman rasmi[sunting | sunting sumber]

Maklumat pelancongan[sunting | sunting sumber]

Peta dan imej

Lain-lain[sunting | sunting sumber]