Naypyidaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Naypyidaw
Naypyidaw.svg
juga Nay Pyi Taw
Negara Myanmar (Burma)
Bahagian Bahagian Mandalay
Kerajaan
 • Datuk Bandar Thein Nyunt
Keluasan[1]
 • Jumlah 1,800 sq mi (4,600 km2)
Populasi
 • Etnik Bamar, Cina Burma, India Burma, Karen
 • agama Buddha, Kristian, Islam

Naypyidaw (juga Nay Pyi Taw) merupakan ibu negara Myanmar. Naypyidaw bermaksud "Bandar Diraja" dalam bahasa Burma. Bandar ini terletak kira-kira 322 km di utara Yangon, bekas ibu negara. Pusat pentadbiran Myanmar dipindahkan ke Naypyidaw dari Yangon pada 6 November 2005. Nama "Naypyidaw" telah diumumkan pada Mac 2006 sempena Hari Angkatan Tentera.

Naypyidaw mempunyai sebuah lapangan terbang, iaitu sebuah tanah lapangan udara di Kampung Ela, 16 km di tenggara pusat bandar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pedrosa, Veronica (2006-11-20). "Myanmar's 'seat of the kings'". Al Jazeera. Dicapai pada 2006-11-21.