Sukan Olimpik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp.

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.

Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1994, sebaliknya dua tahun selepas.

Olimpik Purba[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Olimpik Purba

Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.

Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.

Olimpik Moden[sunting | sunting sumber]

Kemudahan latihan Komiti Olimpik Amerika Syarikat di ibu pejabat di Colorado Springs, Colorado.

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik[sunting | sunting sumber]

Menjelang 2010, Sukan Olimpik telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Pada 2012, London menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali.

Nombor di dalam tanda kurungan menunjukkan berapa kali bandar/negara itu menjadi tuan rumah sukan ini.

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik
Sukan Olimpik Musim Panas Sukan Olimpik Musim Sejuk
Tahun Olimpiad ke- Bandar Tuan Rumah Negara Bandar Tuan Rumah Negara
1896 I Athens (1) Bendera Greece Greece (1)
1900 II Paris (1) Bendera Perancis Perancis (1)
1904 III St. Louis, Missouri(1) (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1)
1906 Intercalated Athens Bendera Greece Greece
1908 IV London (1) Bendera United Kingdom United Kingdom (1)
1912 V Stockholm (1) Bendera Sweden Sweden (1)
1916 VI (2) Berlin [[Image:{{{flag alias-German Empire}}}|22x20px|border|Bendera Empayar Jerman]] Empayar Jerman
1920 VII Antwerp (1) Bendera Belgium Belgium (1)
1924 VIII Paris (2) Bendera Perancis Perancis (2) I Chamonix (1) Bendera Perancis Perancis (1)
1928 IX Amsterdam (1) Bendera Belanda Belanda (1) II St Moritz (1) Bendera Switzerland Switzerland (1)
1932 X Los Angeles, California(1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (2) III Lake Placid, New York (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (1)
1936 XI Berlin (1) Bendera Jerman Jerman (1) IV Garmisch-Partenkirchen (1) Bendera Jerman Jerman (1)
1940 XII (3) Tokyo
Helsinki
Bendera Jepun Jepun
Bendera Finland Finland
V (2) Sapporo
St Moritz
Garmisch-Partenkirchen
Bendera Jepun Jepun
Bendera Switzerland Switzerland
Bendera Jerman Jerman
1944 XIII (3) London Bendera United Kingdom United Kingdom V (3) Cortina d'Ampezzo Bendera Itali Itali
1948 XIV London (2) Bendera United Kingdom United Kingdom (2) V St Moritz (2) Bendera Switzerland Switzerland (2)
1952 XV Helsinki (1) Bendera Finland Finland (1) VI Oslo (1) Bendera Norway Norway (1)
1956 XVI Melbourne (1) +
Stockholm (2)(4)
Bendera Australia Australia (1) +
Bendera Sweden Sweden (2)
VII Cortina d'Ampezzo (1) Bendera Itali Itali (1)
1960 XVII Rome (1) Bendera Itali Itali (1) VIII Squaw Valley, California (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (2)
1964 XVIII Tokyo (1) Bendera Jepun Jepun (1) IX Innsbruck (1) Bendera Austria Austria (1)
1968 XIX Mexico City (1) Bendera Mexico Mexico (1) X Grenoble (1) Bendera Perancis Perancis (2)
1972 XX Munich (1) Bendera Jerman Barat Jerman Barat (2) XI Sapporo (1) Bendera Jepun Jepun (1)
1976 XXI Montreal, Quebec (1) Bendera Kanada Kanada (1) XII Innsbruck (2) Bendera Austria Austria (2)
1980 XXII Moscow (1) Flag of the Soviet Union Kesatuan Soviet (1) XIII Lake Placid, New York (2) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (3)
1984 XXIII Los Angeles, California (2) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (3) XIV Sarajevo (1) Bendera Yugoslavia Yugoslavia (1)
1988 XXIV Seoul (1) Bendera Korea Selatan Korea Selatan (1) XV Calgary, Alberta (1) Bendera Kanada Kanada (1)
1992 XXV Barcelona (1) Bendera Sepanyol Sepanyol (1) XVI Albertville (1) Bendera Perancis Perancis (3)
1994 XVII Lillehammer (1) Bendera Norway Norway (2)
1996 XXVI Atlanta, Georgia (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (4)
1998 XVIII Nagano (1) Bendera Jepun Jepun (2)
2000 XXVII Sydney (1) Bendera Australia Australia (2)
2002 XIX Salt Lake City, Utah (1) Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat (4)
2004 XXVIII Athens (2) Bendera Greece Greece (2)
2006 XX Turin (Torino) (1) Bendera Itali Itali (2)
2008 XXIX Beijing (1) (5) Bendera Republik Rakyat China China (1)
2010 XXI Vancouver, British Columbia (1) Bendera Kanada Kanada (2)
2012 XXX London (3) Bendera United Kingdom United Kingdom (3)
2014 XXII Sochi (1) Bendera Rusia Rusia (1)
2016 XXXI Rio de Janeiro (1) Bendera Brazil Brazil (1)
2018 XXIII Pyeongchang (1) Bendera Korea Selatan Korea Selatan (1)
2020 XXXII Tokyo (2) Bendera Jepun Jepun (2)
1 Asalnya dianugerahkan kepada Chicago, tetapi berpindah ke St. Louis kerana bertembung dengan Pesta Dunia
2 Dibatalkan kerana Perang Dunia I
3 Dibatalkan kerana Perang Dunia II
4 Acara equestrian diadakan di Stockholm, Sweden.
5 Ekuestrian diadakan di Hong Kong.

Olimpik Belia[sunting | sunting sumber]

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik
Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk Sukan Belia Belia Olimpik Musim Panas
2010 I Singapura Singapura
2012 I Innsbruck Austria
2014 II Nanjing China
2016 II Lillehammer Norway

Lihat juga[sunting | sunting sumber]