Caucasus
Koordinat: 42°15′40″N 44°07′16″E / 42.26111°N 44.12111°E
Caucasus atau Caucas (juga dirujuk sebagai Caucasia,[1]Templat:Lang-ady; Bahasa Rusia: Кавка́з) ialah sebuah wilayah di Eropah Timur dan Asia Barat di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Caucasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Caucasus kadang-kala dianggap sebagai sebahagian dari Asia Tengah. Caucasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.
Puncak tertinggi di Caucasus adalah Gunung Elbrus (5.642m), yang juga dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah. Secara umumnya Caucasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;
- Caucasus Utara (juga digelar Ciscaucasia) terdiri dari:
- Caucasus Selatan (juga digelar Transcaucasia) terdiri dari:
- Georgia (termasuk Abkhazia dan Ossetia Selatan yang dipertikai)
- Armenia
- Azerbaijan (termasuk Republik Nagorno-Karabakh)
- Iran (Wilayah Azerbaijan Barat dan Wilayah Azerbaijan Timur)
Isi kandungan
Etimologi[sunting | sunting sumber]
Kata Caucasus berasal dari perkataan "Caucas", nenek moyang Caucasia Utara. [2] Beliau adalah putera Togarmah, cucu anak lelaki ketiga dari Nabi Nuh a.s. iaitu Yafet. Menurut Leonti Mroveli selepas runtuhnya Menara Babel dan pembahagian umat manusia ke dalam pelbagai bahasa, Togarmah tinggal dengan anak-anaknya: Kartlos, Haik (Georgia:ჰაოს, Haos), Movakos, Lekos (orang Lak), Heros (Kerajaan Hereti, Kavkas, dan Egros (Kerajaan Egrisi) di antara dua gunung yang tidak dapat dilalui, kemungkinan Gunung Ararat dan Gunung Elbrus.
Demografi[sunting | sunting sumber]
Setiap wilayah di Caucasus mempunyai perbezaan dalam pertuturan dan bahasanya serta ia juga mempunyai pelbagai keluarga bahasa. Terdapat juga lebih daripada 50 kumpulan etnik yang hidup di setiap wilayah di Caucasus.[3] Tidak kurang dari tiga keluarga bahasa adalah unik bagi kawasan ini, tetapi juga bahasa-bahasa India-Eropah seperti Armenia dan Ossetic, dan bahasa Altaic Azerbeijan merupakan bahasa setempat di sini.
Sumber-sumber asli[sunting | sunting sumber]
Caucasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunite, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molybdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu (kedua-dua keras dan perang).
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Masyarakat Caucasus
- Sejarah Caucasus
- Negara rentas benua
- Caucasus Selatan/Utara
- Bahasa di Caucasus
- Islam di Rusia
- Kebudayaan Georgia
- Kebudayaan Armenia
- Kebudayaan Azerbaijan
- Perang Rusia–Circasia
- Prometheism
- Pergunungan Ural
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Caucasus: A Journey to the Land Between Christianity and Islam By Nicholas Griffin
- Small Nations and Great Powers: A Study of Ethnopolitical Conflict in the Caucasus By Svante E. Cornell
- The Caucasus By Ivan Golovin
- ↑ http://www.merriam-webster.com/dictionary/caucasia Merriam-Webster
- ↑ G.Qoranashvili (1995), Questions of Ethnic Identity According to Leonti Mroveli's Historical Chronicles, Studies, Vol. 1, Tbilisi.
- ↑ Caucasian peoples, Encyclopædia Britannica
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Ethnographic map of Caucasus
- (Caucasian Review of International Affairs - an academic journal on the South Caucasus)
- BBC News: North Caucasus at a glance, 8 September 2005
- United Nations Environment Programme map: Landcover of the Caucasus
- United Nations Environment Programme map: Population density of the Caucasus
- Caucasus and Iran entry in Encyclopaedia Iranica
- University of Turin-Observatory on Caucasus
|
|