Lubnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Lubnan
الجمهورية اللبنانية
Al-Jumhūriyyah al-Lubnāniyyah
Bendera
'Moto: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
'Lagu: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Beirut
Bahasa rasmi Bahasa Arab
Kerajaan Republik
 -  Presiden Michel Suleiman
 -  Perdana Menteri Saad Hariri
Kemerdekaan
 -  Diisytiharkan 26 November 1941 
 -  Diiktiraf 22 November 1943 
 -  Perairan (%) 1.6
Populasi
 -  2007 (anggaran) 3,925,502 (ke-128)
KDNK (PPP) 2006 anggaran
 -  Jumlah $21.45 bilion (ke-103)
 -  Per kapita $5,500 (ke-90)
HDI (2006) 0.774 (sederhana / ke-24)
Mata wang Lira Lubnan (LL) (LBP)
Zon waktu EET3 (UTC+2)
 -  Musim panas (DST) EEST (UTC+3)
Kod panggilan 961
Internet TLD .lb

Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Politik[sunting | sunting sumber]

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian Maronite, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. (Pihak Syria telah mencampur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990.) Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.