Bandar Seri Begawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Seri Begawan
بندر سري بگاوان
Dari kiri: Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Taman Tuan Muda Omar Ali Saifuddin, Lapau Diraja, Mercu Dirgahayu dan pusat Bandar Seri Begawan.
Negara  Brunei
Keluasan
 • Jumlah 100.36 km2 (38.75 sq mi)
Populasi
 • Jumlah 20,000
Zon waktu   (UTC+8)
Laman sesawang www.municipal-bsb.gov.bn
Waktu min solar UTC+07:39:00

Bandar Seri Begawan merupakan ibu negara dan bandar diraja bagi negara Brunei. Nama asal bandar ini ialah Brunei Town.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pendudukan di tepi Sungai Brunei boleh dikesan pada abad kelapan Masihi. Seri Begawan dinamakan sempena Sultan Omar Ali Saifuddien III pada 5 Oktober 1970. Nama asalnya ialah Bandar Brunei atau Brunei Town. "Begawan" ialah nama yang diberikan kepada sultan-sultan Brunei yang turun takhta. Pada asalnya perkataan ini datang dari perkataan Sanskrit भगवान bhagavān yang bermaksud "tuhan". Seri juga sebuah perkataan bagi pangkat yang diambil daripada perkataan Sanskrit, Sri. Bandar pula berasal daripada Bahasa Parsi بندر yang pada asalnya bermaksud "pelabuhan" atau "tempat berteduh".

Pada 1 Ogos 2007, sultan Brunei memperkenankan pembesaran kawasan 12.87 km2 (4.97 bt persegi) ke 100.36 km2 (38.75 bt persegi).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Begawan terletak di 4°53'25"U, 114°56'32"T, di tebing utara Sungai Brunei. Di Bandar Seri Begawan juga terdapat perkampungan air, Kampong Ayer, yang telah diduduki selama 1,300 tahun dan yang merupakan perkampungan jenis ini yang terbesar di Asia Tenggara.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Bandar Seri Begawan beriklim tropika. Tidak terdapat musim kering sebenar dan bandar ini mengalami hujan sepanjang tahun. Malah bulan "kering (Mac) secara puratanya menerima 120 mm (4.7 in) hujan seiap tahun. Bulan-bulan dari Oktober hingga Disember menyaksikan hujan yang paling banyak dengan hujan turun lebih kurang setiap dua dari tiga hari. Seperti bandar-bandar tropika lain, suhu purata lebih kurang malar dengan ketinggian purata sekitar 32 °C (90 °F) dan kerendahan sekitar 23 °C (73 °F).

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk Bandar Seri Begawan sekitar 140,000 orang dan kawasan metropolitannya mempunyai 278,000 penduduk (Ogos 2010). Majoriti orang Brunei terdiri daripada Melayu sementara penduduk Cina merupakan minoriti penting. Terdapat juga bangsa pribumi seperti Iban dan mereka diklasifikasikan sebagai Bumiputera. Terdapat juga banya pekerja asing di Brunei —kebanyakannya dari negara-negara jiran Indonesia dan Filipina, dan juga dari benua kecil India.

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

Barj bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
  • Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah – Masjid terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong.

Tempat-tempat bersejarah[sunting | sunting sumber]

  • Dewan Istiadat Diraja atau Lapau
Lapau digunakan bagi upacara istiadat diraja. Sultan Hassanal Bolkiah dimahkotakan di sini pada 1 Ogos 1968.
  • Makam al-marhum Sultan Bolkiah di Kota Batu
  • Makam al-marhum Sultan Sharif Ali di Kota Batu
  • Makam Di-Raja
Terletak berjauhan dari sungai Brunei, Makam Di-Raja menjadi tempat bersemadi sultan-sultan Brunei dan ahli keluarga diraja.

Muzium[sunting | sunting sumber]

Muzium Brunei ialah muzium terbesar di Brunei. Ia terletak di tapak arkeologi Kota Batu.
  • Muzium Brunei – Terletak di tapak arkeologi Kota Batu lebih kurang 5 km (3.1 bt) dari Bandar Seri Begawan. Muzium ini diasaskan pada tahun 1965 dan merupakan muzium terbesar di Brunei. Muzium ini ditempatkan di tapaknya sekarang pada tahun 1970 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1972. Muzium memberi tumpuan kepada sejarah Islam, sejarah semula jadi, adat resam Brunei, seramik dan industri minyak Brunei.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Mukaan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien 
Kampong Ayer 
Makam al-marhum Sultan Sharif Ali, juga dikenali sebagai Sultan Berkat, Sultan Brunei ketiga yang memerintah pada 1426-1432 M 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Perniagaan

Koordinat: 4°53′25″N 114°56′32″E / 4.89028°N 114.94222°E / 4.89028; 114.94222