Infrastruktur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Prasarana)
Lompat ke: pandu arah, cari

Infrastruktur adalah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya infrastruktur pengangkutan merangkumi landasan keretapi, jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain elemen yang bersangkutan dengan pengangkutan. Kadang-kadang, definasi ini amat luas. Contohnya infrastruktur kapital di dalam ekonomi merangkumi perusahaan tekstil sehinggalah sistem kanal seluruh benua.

Penggunaan di dalam Perancangan Bandar[sunting | sunting sumber]

Istilah ini kerap digunakan dalam perancangan bandar dan merujuk kepada kemudahan yang menyokong penggunaan tanah serta persekitaran bangunan secara terperinci

Lazimnya, infrastruktur ini digunakan dalam konteks dua sistem sokongan iaitu modaliti pengangkutan seperti (lebuhraya, keretapi, dan sebagainya.) dan kemudahan. Selain itu, infrastruktur merujuk kepada perkhidmatan asas yang disediakan oleh majlis perbandaran tempatan, samada kerajaan atau swasta. Infrastruktur (dari segi awam) termasuklah:

  • Infrastruktur Lembut (soft infratructure) bermaksud institusi yang mengekalkan mutu kesihatan dan budaya masyarakat sesebuah negara. Ia merujuk kepada