Kolkata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
কলকাতা, Kolkata
—  metropolitan city  —
Pusat Kolkata

<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Pengendali / tidak dijangka%; left: Ralat ungkapan: Pengendali / tidak dijangka%; height:0; width: 0; margin:0; padding: 0">

কলকাতা, Kolkata
Lokasi কলকাতা, Kolkata
di Bengal Barat
Koordinat 22°34′N 88°22′E / 22.567°N 88.367°E / 22.567; 88.367Koordinat: 22°34′N 88°22′E / 22.567°N 88.367°E / 22.567; 88.367
Negara  India
Negeri Bengal Barat
Daerah Kolkata
Datuk Bandar Bikash Ranjan Bhattacharya
Penduduk

Kepadatan
Metro

4,580,544 (2001)

24,760/km2 (64,128/sq mi)
14,681,589 (3rd) (2006)

Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan

Aras tinggi

185 km2 (71 sq mi)

9 m (30 kaki)

Laman web www.kolkatamycity.com

'Kolkata (Bahasa Benggali: কলকাতা, Bahasa Nepal: कोलकाता IPA: ['kolkat̪a], dahulunya Mengenai bunyi ini Calcutta ) ialah ibu negeri Bengal Barat yang terletak di tebing timur Sungai Hooghly di India timur. Dengan bilangan penduduk bandar raya sebanyak hampir lima juta, dan bilangan penduduk metropolitan melebihi 14 juta, Kolkata ialah aglomerasi bandar yang ketiga terbesar dan bandar raya yang keempat terbesar di India.

India-Kolkata-locator-map.PNG

Kolkata bertindak sebagai ibu negara India semasa Raj British sehingga 1911. Merupakan pusat pendidikan, sains, kebudayaan, dan politik moden pada satu ketika, Kolkata mengalami kebekuan ekonomi pada tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan India pada tahun 1947. Bagaimanapun sejak tahun 2000, pembalikmudaan ekonomi telah menyekat kemerosotan yang mengerikan ini, dan telah menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan bandar raya Kolkata. Serupa dengan bandar raya besar yang lain, Kolkata terus menempuh masalah-masalah perbandaran seperti kemiskinan, pencemaran, dan kesesakan lalu lintas. Sebuah bandar raya yang bersemangat dan bertenaga dengan budaya sosial dan politik tersendiri, Kolkata dikenali untuk sejarah revolusinya, dari perjuangan kemerdekaan India hingga ke gerakan-gerakan puak kiri dan kesatuan sekerja. Dirujuk sebagai "Ibu Kota Kebudayaan India", "Bandaraya Perarakan", dan "Bandaraya Kegembiraan", Kolkata merupakan tempat asal kepada tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Subhas Chandra Bose, Ibu Teresa, Satyajit Ray, dan Satyendranath Bose.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama Kolkata dan Calcutta mungkin berasal daripada perkataan Kalikata, nama untuk salah satu daripada tiga kampung di kawasan itu sebelum ketibaan pihak British. [1] Perkataan "Kalikata" pula merupakan versi bahasa Inggeris untuk perkataan Kalikshetra ("Tanah dewi Kali"). Bagaimanapun, terdapat teori-teori lain mengenai asal nama ini. Penempatan asal bandar raya ini didakwa ditempatkan di tepi sebatang khal (bahasa Bengali untuk "terusan") yang mungkin melahirkan nama bandar raya ini. Selain itu, tempat ini dikenali untuk pengeluaran kapur, dan nama "Kolkata" mungkin berasal daripada kali (bahasa Bengali untuk "kapur") dan kata (bahasa Bengali untuk "cangkerang"). Tambahan pula, nama ini mungkin juga berasal daripada istilah bahasa Bengali kilkila yang bermaksud "kawasan datar". [2] Kerajaan Bengal Barat menukarkan nama rasmi bandar raya Calcutta menjadi Kolkata; nama baru disahkan pada tahun 2001.

Demografik 2001[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2001, Kolkata memiliki bilangan penduduk seramai 4,580,544. Dari jumlah tersebut, kaum lelaki membentuk 55% dari jumlah keseluruhan populasi dan wanita seramai 45%.[3]

Pendidikan 2001[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2001 Kolkata memiliki kadar pendidikan (kebolehan membaca) 75%, melebihi kadar purata kebangsaan 59.5%; dengan 57% lelaki dan 43% wanita mampu membaca. 8% dari populasi berusia di bawah 6 tahun. (2001)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. (Mukherjee 1991)
  2. "Kolkata (Calcutta): History". Calcuttaweb.com. Dicapai pada 2006-06-01. 
  3. Bancian India 2001 (sumber Wikipedia Inggeris) ^ Bancian India 2001: Data dari Bancian 2001, termasuk kampong, pekan, dan bandar (Provisional). Jawatan kuasa Bancian India. Diarkib dari asal 16-06-2004. / “Census of India 2001: Data from the 2001 Census, including cities, villages and towns (Provisional)". Census Commission of India. Archived from the original on 2004-06-16. http://web.archive.org/web/20040616075334/http://www.censusindia.net/results/town.php?stad=A&state5=999. Dicapai 2008-11-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Bandar raya metropolitan
BangaloreChennaiDelhiKolkataMumbai
Negeri dan wilayah India Ibu negeri India

AgartalaAizawlBangaloreBhopalBhubaneswarChandigarhChennai (Madras) • DamanDehradunDelhiDispurGandhinagarGangtokHyderabadImphalItanagarJaipurKavarattiKohimaKolkata (Calcutta) • LucknowMumbai (Bombay) • PanajiPatnaPondicherryPelabuhan BlairRaipurRanchiShillongShimlaSilvassaSrinagarThiruvananthapuram (Trivandrum)