Paris
Paris | |||||
Menara Eiffel mercutanda bandar raya Paris | |||||
Nama samaran: Kota Bercahaya, Kota Cinta Abadi |
|||||
Moto: Fluctuat nec mergitur Bahasa Latin: Dilambung ombak, dia tidak karam |
|||||
Koordinat: 48°52′00″U 2°19′59″T / 48.86667°N 2.33306°E{{#coordinates:}}: garis lintang tidak sah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Negara | Perancis | ||||
Negeri | Île-de-France | ||||
Penubuhan | |||||
Kerajaan | |||||
- Datuk Bandar | Bertrand Delanoë | ||||
Kawasan | |||||
- Jumlah | 40.5 batu persegi (105 km²) | ||||
Kepadatan (2005) | |||||
- Jumlah | 2,153,600 | ||||
|
Paris adalah ibu negara Perancis dan juga negeri Île-de-France. Bersama dengan bandar satelit dan kawasan luar bandar, Paris mempunyai anggaran penduduk sebanyak 11.5 juta penduduk (2004). Paris adalah kawasan bandar yang mempunyai penduduk paling tinggi di dalam Kesatuan Eropah dan metropolitan kedua terbesar di Eropah iaitu sama dengan penduduk London dan hampir menyamai penduduk Moscow, dan juga dianggar mempunyai penduduk metropolitan ke-20 teramai di dunia.
Paris dikenali dengan gelaran la Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia.
Keunikannya ialah setiap malam, Paris selalu akan bermandikan cahaya lampu yang terang-benderang, maka dengan itulah digelari La Ville Lumiére ole pelancong asing ( dalam Bahasa Perancis )
Isi kandungan
Nama Paris dan penduduknya[sunting | sunting sumber]
Penduduk Paris dikenali dengan nama Parisians dalam Bahasa Inggeris dan Parisiens dalam Bahasa Perancis. Nama ibukota ini berasal daripada nama sekumpulan puak Gaul yang dikenali sebagai Parisii. Antara abad pertama hingga keenam sewaktu di bawah jajahan Roman, Paris telah diberi nama Lutetia atau nama penuhnya Lutetia Parisiorum tetapi ia kembali pada nama asalnya di bawah pemerintahan Julian the Apostate (361-363).
Demografi[sunting | sunting sumber]
Penduduk Bandar Paris ialah 2,125,246 pada satu bancian pada 1999. Bandar Paris merupakan tempat ketiga dari segi kawasan yang paling padat dengan penduduk di Barat, selepas Manhantan di New York City.
Kawasan Paris ialah salah satu kawasan di Eropah yang mempunyai paling banyak penduduk pelbagai budaya, dengan 19.4% daripada penduduknya dilahirkan diluar Perancis. Daripada satu tinjauan pada 1999, 4.2% penduduk Paris merupakan pendatang yang majoritinya dari China dan Afrika.
Geografi[sunting | sunting sumber]
Koordinat[sunting | sunting sumber]
Paris terletak di 48° 52′00″N 2° 19′59″E.
Kawasan[sunting | sunting sumber]
Bandar Paris mempunyai keluasan 105.398 km² (26,044 ekar). Jika ditolak taman Bois de Boulogne dan Bois de Vincennes di pinggirannya, luas sebenar bandar itu cuma 86.928 km² (21,480 ekar).
Demographic evolution of Paris between 1801 and 1926 | |||
1801 | 1851 | 1881 | 1926 |
547 800 | 1 053 000 | 2 240 000 | 2 871 000 |
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Paris. |