Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
4 April merupakan hari ke-94 (hari ke-95 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 271 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- 1581 - Francis Drake menjadi orang Inggeris yang pertama berjaya berlayar mengelilingi dunia.
- 1660 - Charles II dari England mengeluarkan Perisytiharan Breda, memerikan syaratnya untuk Pengembalian takhta England.
- 1768 - Philip Astley mempersembahkan sarkas moden yang pertama di London.
- 1841 - William Henry Harrison menjadi Presiden Amerika Syarikat pertama meninggal dalam jawatan, 32 hari selepas penggalnya bermula, mencetuskan krisis perlembagaan sementara terhadap susunan penggantian presiden yang tidak dijelaskan Perlembagaan.
- 1873 - The Kennel Club, kelab kenel tertua di dunia, ditubuhkan di United Kingdom.
- 1949 - Dua belas negara memeterai Perjanjian Atlantik Utara dan menubuhkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
- 1968 - Martin Luther King, Jr. (gambar) dibunuh di beranda Motel Lorraine di Memphis, Tennessee, A.S.
- 1973 - World Trade Center di Bandar Raya New York dibuka secara rasmi.
- 1976 - Norodom Sihanouk turun takhta sebagai ketua Kemboja, dan ditangkap oleh Khmer Rouge.
- 1975 - Bill Gates dan Paul Allen mengasaskan Microsoft di Albuquerque, New Mexico, A.S., untuk mengembangkan dan menjual pentafsir BASIC bagi Altair 8800.
- 1979 - Perdana Menteri Pakistan Zulfikar Ali Bhutto yang digulingkan dihukum mati.
- 2007 - Lima belas anggota Tentera Laut Diraja British yang dituduh menceroboh masuk ke perairan Iran dibebaskan selepas ditahan selama dua minggu.
- 2009 - OECD menyenaraihitamkan Costa Rica, Filipina dan Malaysia sebagai syurga cukai tidak bekerjasama.
- 2013 - Lebih 70 orang terbunuh dalam runtuhan bangunan di Thane, India.