8 Disember
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
8 Disember merupakan hari ke-342 (hari ke-343 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 23 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Perlembagaan di Romania;
- Perayaan Konsepsi Suci dalam Gereja Roman Katolik;
- Hari Bodhi di Jepun.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1609 - Bilik bacaan Biblioteca Ambrosiana (gambar) Milan dibuka kepada awam, menjadi perpustakaan awam kedua di Eropah.
- 1854 - Paus Pius IX (gambar) mengisytiharkan takrif dogmatik untuk Konsepsi Suci.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Takashi Sakai dan Tentera Darat Empayar Jepun menyerang Hong Kong dan dengan cepatnya mencapai keunggulan udara melalui pengeboman Lapangan Terbang Kai Tak.
- 1941 - Holokus: Kem tumpuan Chelmno di Poland, kem penghapusan Nazi pertama yang menggunakan gas beracun, memulakan operasinya.
- 1980 - Mark David Chapman menembak bekas anggota Beatle John Lennon di luar pangsapuri The Dakota di Bandar Raya New York, A.S.
- 1987 - Konflik Arab-Israel: Seorang pengangkut kereta kebal Israel membunuh empat pelarian Palestin dan mencederakan tujuh lagi semasa satu kemalangan di Lintasan Erez di sempadan Israel–Genting Gaza, mencetuskan Intifada Pertama.
- 1991 - Para pemimpin Belarus, Rusia dan Ukraine berjumpa untuk membubarkan Kesatuan Soviet dan mengasaskan Komanwel Negara-Negara Merdeka.
- 2004 - 12 negara Amerika Selatan menandatangani Perisytiharan Cusco, membentuk asas Kesatuan Negara-Negara Amerika Selatan, sebuah kesatuan serupa Kesatuan Eropah.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1960 - Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4
Kematian[sunting | sunting sumber]
|