29 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
29 Julai merupakan hari ke-210 (hari ke-211 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 155 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1030 – Raja Olaf II (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Stiklestad ketika cuba mendapatkan semula takhta Norwaynya daripada orang Denmark.
- 1836 – Arc de Triomphe (gambar) di Paris dirasmikan, memperingati mereka yang terkorban dalam Perang Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.
- 1858 – Jepun dengan berat hati menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan, suatu perjanjian tak setaraf dengan Amerika Syarikat.
- 1907 – Gerakan Pengakap bermula dengan perkhemahan pengakap pertama di Pulau Brownsea, Dorset, England.
- 1947 – Komputer digit elektronik serbaguna pertama di dunia ENIAC dihidupkan; komputer ini beroperasi secara berterusan sehingga 2 Oktober 1955.
- 1950 – Perang Korea: Pembunuhan Beramai-ramai di No Gun Ri.
- 1954 – Bahagian pertama novel The Lord of the Rings, The Fellowship of the Ring diterbitkan di United Kingdom.
- 1957 – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diasaskan.
- 1958 – NASA ditubuhkan.
- 1981 – Lebih 700 juta orang di seluruh dunia menonton siaran langsung perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer di Katedral St Paul di London.
- 2005 – Sekumpulan ahli astronomi mengumumkan penemuan "planet kesepuluh Sistem Suria", Eris, kini dianggap sebagai planet kerdil.
- 2007 – Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- 2008 – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- 2010 – Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- 2011 – Ollanta Humala mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru.
- 2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Hungary 2012.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1883 - Benito Mussolini, seorang Perdana Menteri Itali
- 1945 - Muhammad Haji Muhd Taib, seorang Menteri Besar Selangor ke-11
Kematian[sunting | sunting sumber]
|