Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
26 Oktober merupakan hari ke-299 (hari ke-300 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 66 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Presiden Vietnam Selatan Ngo Dinh Diem
Presiden Bush menandatangani Akta Patriot
- 1597 - Perang Imjin: 12 kapal Korea pimpinan Laksamana Yi Sun-sin menewaskan serangan armada besar Jepun dalam Pertempuran Myeongnyang.
- 1863 - Badan pentadbiran bola sepak yang tertua, The Football Association ditubuhkan di London, England.
- 1881 - Tembak-menembak di Kandang O.K. terjadi di Tombstone, Arizona, Amerika Syarikat antara puak Wyatt Earp dan geng Ike Clanton.
- 1937 - Perang China-Jepun Kedua: Xie Jinyuan dan askar Tentera Revolusi Nasional memulakan Pertahanan Gudang Sihang terhadap serangan Jepun semasa Pertempuran Shanghai.
- 1940 - P-51 Mustang North American Aviation, antara pesawat pejuang paling berkesan bagi Pihak Berikat semasa Perang Dunia II, menjalani penerbangan sulungnya.
- 1944 - Pertempuran Teluk Leyte mengesahkan kekalahan Tentera Laut Empayar Jepun dalam kancah Pasifik Perang Dunia Kedua.
- 1955 - Perdana Menteri Ngô Đình Diệm (gambar) mengisytiharkan dirinya Presiden Vietnam Selatan yang pertama, menggantikan Maharaja Nguyễn Bảo Đại sebagai ketua negara.
- 2001 - Presiden A.S. George W. Bush meluluskan Akta Patriot (gambar), memperluas kuasa agensi penguatkuasa undang-undang negara itu dengan nyata sekali dalam melawan keganasan.
- 2009 – Zine El Abidine Ben Ali memenangi penggal kelimanya sebagai Presiden Tunisia.
- 2010 – Satu gempa bumi dan tsunami yang terhasil di persisiran Sumatera, Indonesia, mengorbankan lebih 400 orang dan menyebabkan ratusan lagi hilang.