Kemboja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Kemboja
كراجان كمبوجا

Cambodia5-trans.png
Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchea
Bendera
Moto: Kh-motto-trans.png
(Khmer: "Negara, Agama, Raja")
Lagu: Nokoreach
Ibu negara
dan bandar terbesar
Phnom Penh
11°33′N 104°55′E / 11.550°U 104.917°T / 11.550; 104.917
Bahasa rasmi Bahasa Khmer
Kerajaan Raja Berperlembagaan
 -  Raja Norodom Sihamoni
 -  Perdana Menteri Hun Sen
Kawasan
 -  Jumlah 181,035 km2 (88)
69,898 sq mi 
 -  Perairan (%) 2.5
Populasi
 -  2013 (anggaran) 15,205,539[1] (65)
 -  2008 (anggaran) 13,388,910[2]
 -  Kepadatan 81.8/km2 (118)
211.8/sq mi
KDNK (PPP) 2013 anggaran
 -  Jumlah $43.20 billion[3]
 -  Per kapita $2,776[3]
KDNK (nominal) 2013 anggaran
 -  Jumlah $17.25 bilion[3]
 -  Per kapita $1,108[3]
Gini (2007) 43[4] (medium)
HDI (2013)  0.584[5] (medium / 136)
Mata wang Riela (KHR)
Zon waktu (UTC+7)
Memandu pada right
Kod panggilan +855
Internet TLD .kh
a. Mata wang de facto adalah dolar Amerika Syarikat.[6]

Kemboja (Bahasa Khmer:, Kampuchea), atau nama rasminya Kerajaan Kemboja (Bahasa Khmer:, Preăh Réachéanachâk Kâmpŭchéa) dan dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer, adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya.

Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu.[7] Ibu negara dan bandaraya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan Kemboja. Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.

Nama kuno Kemboja adalah "Kambuja" (Bahasa Sanskrit: कंबुज).[8] Pada tahun 802 M, Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaan Empayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat. Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah seperti Angkor Wat yang kini merupakan Tapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaran agama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara. Setelah jatuhnya Angkor ke tangan Ayutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.

Kemboja menjadi naungan Perancis pada tahun 1863, kemudian merdeka pada 1953. Perang Vietnam melimpahi Kemboja ketika Khmer Rouge merampas Phnom Penh pada 1975 lalu menjalankan Genosid Kemboja hingga tahun 1979 apabila mereka digulingkan oleh Vietnam dan kemudian menentang pemerintahan Republik Rakyat Kampuchea yang disokong oleh Vietnam dalam Perang Kemboja–Vietnam (1979-1991). Ekoran Perjanjian Damai paris 1991 Kemboja ditadbir sementara oleh sebuah misi Bangsa-Bangsa Bersatu (1992-1993). PBB berundur setelah mengadakan pihihan raya yang disertai oleh sekitar 90 peratus pengundi berdaftar. rampasan kuasa pada tahun 1997 meletakkan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri Hun Sen dan Parti Rakyat Kemboja yang masih berkuasa setakat tahun 2015.

Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial."[9] Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa,[10] amalan rasuah berleluasa,[11] kurangnya kebebasan berpolitik,[12] pembangunan insan rendah,[13] dan kadar kelaparan yang tinggi.[14][15][16]

Biarpun rendah pendapatan, namun ekonomi Kemboja mencatatkan rekod pertumbuhan terbaik di Asia dengan purata pertumbuhan sebanyak 6 peratus dalam sedekad yang lalu. Sektor ekonomi paling utamanya masih pertanian di samping pertumbuhan sihat dalam industri tekstil, pembinaan, pakaian dan pelancongan yang menjurus kepada peningkatan pelaburan asing serta perdagangan antarabangsa.[17]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Kemboja

Wilayah yang kini dikenali sebagai negara Kemboja telah diduduki oleh manusia semenjak alaf ke-5 SM.[18] Kerajaan Funan purba menakluki kawasan yang lebih luas, malah pada ketika itulah budayanya sarat dengan pengaruh agama Hindu. Maka bangkitnya kerjaan Chenla. Empayar Khmer menikmati zaman kegemilangan pada abad ke-9 hingga abad ke-13 ketika terbinanya kompleks-kompleks kuil tesergam, terutamanya Angkor Wat.

Kemboja dikunjungi oleh mubaligh Sepanyol dan Portugis sejak abad ke-16, kemudian dijadikan negeri naungan Perancis pada abad ke-19 sebagai sebahagian daripada Indochina Perancis. Kemboja merdeka pada tahun 1953 sebagai negara beraja pimpinan Norodom Sihanouk. Kemboja dilimpahi oleh Perang Vietnam yang menyebabkan bangkitnya Khmer Rouge yang merampas tampuk pemerintahan pada 1975 dan menjalankan pembasmian kaum. Ekoran pencerobohan Vietnam, Khmer Rouge digulingkan dan digantikan dengan Republik Rakyat Kampuchea. Setelah bertahun-tahun terpencil, negara yang runtuh akibat perang ini disatukan semula dengan pemerintana beraja pada 1993 dan menyaksikan pembangunan ekonomi pesat sambil membina semula dari sisa kebinasaan perang.

Politik[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Politik Kemboja
Raja Norodom Sihamoni bersama Maharani Balu Norodom Monineath

Politik negara Kemboja dilangsungkan dalam kerangka perlembagaan negara 1993. Kerajaan Kemboja merupakan sisten raja berperlembagaan yang dikendalikan sebagai demokrasi berparlimen. Ketua kerajaan adalah jawatan Perdana Menteri Kemboja yang dipegang oleh Hun Sen sejak 1985, sedangkan ketua negara adalah Raja Kemboja (kini Norodom Sihamoni). Perdana Menteri dilantik oleh raja atas nasihat dan kelulusan Perhimpunan Negara. Kuasa eksekutif dilaksanakn oleh perdana menteri dan para lantikan kementerian.

Kuasa perundangan dikongsi oleh eksekutif dan Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Negara ( រដ្ឋសភាកម្ពុជា, Rotsaphea) dan Senat ( ព្រឹទ្ធសភានៃព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា, Protsaphea). Perhimpunan Negara terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui sistem perwakilan berkadar dan berkhidmat untuk sehingga lima tahun sepenggal. Senat pula ada 61 ahli, dua daripadanya dilantik oleh raja dan dua lagi oleh Perhimpunan Negara, dan yang selebihnya dipilih oleh ahli-ahli majlis komun daripada 24 wilayah Kemboja. Senator berkhidmat selama enam tahun sepenggal.[19]

Pada 14 Oktober 2004, Raja Norodom Sihamoni dipilih oleh majlis takhta sembilan ahli dalam tatacara pemilihan yang segera dilaksanakan selepas turunnya Raja Norodom Sihanouk dari takhta seminggu sebelum itu. Pemilihan Sihamoni direstui oleh Perdana Menteri Hun Sen dan Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Negara Putera Norodom Ranariddh (saudara tiri baginda) yang kedua-duanya ahli majlis takhta. Beliau dinobatkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Geografi Kemboja
Peta Kemboja.

Kemboja memiliki kawasan seluas 181,035 kilometer persegi. Keseluruhan wilayahnya terletak di kawasan tropika dalam lingkungan garis lintang 10° ke 15°U dan garis bujur 102° ke 108°E. Ia bersempadan dengan Thailand di utara dan barat, Laos di timur laut, dan Vietnam di timur dan tenggara. Ia mempunyai garis pantai sepanjang 443 kilometer dekat Teluk Thailand.

Lanskap Kemboja bercirikan dataran tengah pamah yang dikitari oleh tanah-tanah tinggi dan gunung-ganang rendah, merangkumi Tonle Sap (Tasik Raya) dan hulu-hulu delta Sungai Mekong. Yang menjangkau keluar dari kawasan tengah ini adalah dataran peralihan yang berhutan jarang dan mencapai paras sebanyak 200 meter dari paras laut.

Ke utara dataran Kemboja adalah sebuah tubir batu pasir yang membentuk cenuram menghadap selatan yang menjangkau lebih 320 km dari barat ke timur dan curam membangun di atas dataran setinggi 180 ke 550 meter. Cenuram ini menandakan batas selatan Pergunungan Dângrêk.

Yang mengalir ke selatan melalui rantau timur Kemboja adalah Sungai Mekong. Di timur Mekong dataran peralihan beransur-ansur bergabung dengan tanah tinggi timur, gunung-ganang berhutan dan penara-penara tinggi yang menjangkau ke Laos dan Vietnam. Di Kemboja barat daya terletaknya sebuah lagi kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dua bidang tanah tinggi, iaitu Pergunungan Krâvanh dan Pergunungan Dâmrei, dan meliputi kebanyakan tanah di antara Tonle Sap dan Teluk Thailand.

Di dalam kawasan yang terpencil dan sebahagian besarnya tidak berpenduduk, [Aural|Phnom Aural] iaitu puncak tertinggi Kemboja mencapai paras 1,813 meter. Kawasan pantai selatan yang berdekatan dengan Teluk Thailand adalah jaluran tanah pamah sempit yang berhutan tebal dan tidak ramai penduduknya, terpencil dari dataran tengah oleh tanah tinggi barat daya.

Ciri-ciri geografi yang paling menonjol adalah genang-genangan Tonle Sap yang seluas 2,590 kilometer persegi pada musim kemarau dan menjangkau hingga seluas 24,605 kilometer persegi pada musim hujan. Dataran padat penduduknya yang dikhususkan untuk penanaman padi sawah adalah nusa teras Kemboja. Kebanyakan kawasan ini telah diwartakan sebagai rizab biosfera.

Perwilayahan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Daerah di Kemboja

Bahagian pentadbiran tingkat satu Kemboja terdiri daripada ibu negara (reach thani) dan wilayah-wilayah (khaet). Kemboja terbahagi kepada 25 buah wilayah termasuk ibu negara.

Perbandaran dan daerah adalah bahagian pentadbiran tingkat dua Kemboja. Wilayah-wilayahnya terbahagi kepada 159 daerah dan 26 perbandaran. Daerah-daerah dan perbandaran-perbandaran ini dibahagikan lagi kepada komun (khum) dan sukuan (sangkat).

Bil. Wilayah Ibu kota Keluasan (km²) Bil. penduduk
1 Banteay Meanchey Sisophon 6,679 678,033
2 Battambang Battambang 11,702 1,036,523
3 Kampong Cham Kampong Cham 4,549 1,010,098
4 Kampong Chhnang Kampong Chhnang 5,521 472,616
5 Kampong Speu Kampong Speu 7,017 718,008
6 Kampong Thom Kampong Thom 13,814 908,398
7 Kampot Kampot 4,873 585,110
8 Kandal Ta Khmao 3,568 1,265,805
9 Kep Krong Kep 336 80,208
10 Koh Kong Koh Kong 11,160 139,722
11 Kracheh Kracheh 11,094 318,523
12 Mondulkiri Senmonorom 14,288 60,811
13 Oddar Meanchey Samraong 6,158 185,443
14 Pailin Pailin 803 70,482
15 Phnom Penh Phnom Penh 758 2,234,566
16 Preah Sihanouk Sihanoukville 2,536.68 199,902
17 Preah Vihear Tbeng Meanchey 13,788 170,852
18 Pursat Pursat 12,692 397,107
19 Prey Veng Prey Veng 4,883 947,357
20 Ratanakiri Banlung 10,782 567,459
21 Siem Reap Siem Reap 10,229 1,000,309
22 Stung Treng Stung Treng 11,092 111,734
23 Svay Rieng Svay Rieng 2,966 498,785
24 Takéo Takéo 3,563 843,931
25 Tbong Khmum[20] Tbong Khmum 4,928 754,000

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ekonomi Kemboja
Petani menuai padi di Wilayah Battambang.

Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja. Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya di Filipina.[21] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.

Punca pendapatan mata wang utama Kemboja adalah industri pembuatan pakaian, pelancongan dan pertanian. Industri pembuatan pakaian mewakili bahagian terbesar dalam sektor perkilangan Kemboja dengan 80% daripada jumlah eksport negara. Pada 2012, eksport meningkat sebanyak 8% kepada $4.61 bilion dari 2011. Pada separuh pertama 2013, nilai eksport industri pembuatan pakaian berjumlah $1.56 bilion.[22] Sektor ini mengambil 335,400 pekerja, 91% daripadanya wanita.

Pemandangan Angkor Wat di Siem Reap. Kini Angkor Wat adalah tarikan pelancong utama Kemboja yang dikunjungi warga seluruh dunia.

Industri pelancongan adalah punca pendapatan mata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[23] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melalui Siem Reap, di mana letaknya tarikan pelancong terunggul negara iaitu Angkor Wat, dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[24]

Pertanian adalah tulang belakang tradisional ekonomi Kemboja. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara. Komoditi utamanya ialah beras. Selain itu juga ditanamnya jagung, ubi kayu, keledek, kacang tanah, kacang soya, bijan, kacang kering, dan getah. Tanaman dagangan utama adalah getah, malah pada 1980-an getah merupakan komoditi utama penting yang hanya mengekori beras, malah merupakan salah satu daripada sedikit punca pendapatan mata wang asing negara.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Demografi Kemboja

Budaya[sunting | sunting sumber]

Angkor Wat, Kemboja

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Kemboja

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CIACB tidak disediakan
  2. Cambodian National Institute of Statistics, accessed 6 June 2012.
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 "Cambodia". International Monetary Fund. Diperoleh pada 28 April 2014. 
  4. "Distribution of family income – Gini index". The World Factbook. CIA. Diperoleh pada 1 September 2009. 
  5. "Human Development Reports 2014". United Nations. Diperoleh pada 25 Julai 2014. 
  6. Chinese University of Hong Kong. "Historical Exchange Rate Regime of Asian Countries: Cambodia". Diperoleh pada 21 February 2007. 
    Riel or dollar: which currency for Cambodia, in a context of crisis?
  7. "Cambodia to celebrate day for indigenous people near Angkor Wat". News.xinhuanet.com. Diperoleh pada 15 March 2013. 
  8. David P. Chandler (1992) History of Cambodia. Boulder, CO: Westview Press, ISBN 0813335116.
  9. Political Transition in Cambodia 1991-1999, by David W. Roberts, Curzon Publishers, 2001
  10. "Consumerism booms as Cambodia embraces once-forbidden capitalism". Reuters. Diperoleh pada 28 October 2014. 
  11. "2013 Freedom House". Freedom House. 2013. Diperoleh pada 6 April 2014. 
  12. "2013 Corruption Perceptions Index". Transparency International. 2013. Diperoleh pada 6 April 2014. 
  13. "The 2013 Human Development Report – "The Rise of the South: Human Progress in a Diverse World"". HDRO (Human Development Report Office) United Nations Development Programme. pp. 144–147. Diperoleh pada 2 March 2013. 
  14. Welthungerhilfe, IFPRI, and Concern Worldwide: 2013 Global Hunger Index - The challenge of hunger: Building Resilience to Achieve Food and Nutrition Security. Bonn, Washington D. C., Dublin. October 2013.
  15. "Cambodia's opposition leader says Australian asylum seeker deal will fund corruption". Diperoleh pada 28 October 2014. 
  16. Orapa Chueyprasit; Chaite Naasiri (27 March 2014). "Thailand ranks 2nd in ASEAN for the best quality of life". National News Bureau of Thailand. Diperoleh pada 28 March 2014. 
  17. Cambodia to outgrow LDC status by 2020 | Business | The Phnom Penh Post – Cambodia's Newspaper of Record. The Phnom Penh Post (18 May 2011). Retrieved on 20 June 2011.
  18. David Chandler: A History of Cambodia, Boulder Colorado 2008, Westview Press; ISBN 978-1578566969; p. 13
  19. "Cambodia 1993 (rev. 2008)". Constitute. Diperoleh pada 17 April 2015. 
  20. Mom Kunthear. "Kampong Cham's great divide". Phnom Penh Post. Diperoleh pada 28 October 2014. 
  21. Rice Today, April–June 2007, Vol. 6, No. 2. irri.org
  22. Maierbrugger, Arno (11 July 2013). "Cambodia's textile industry grew 32%". Inside Investor. Diperoleh pada 11 July 2013. 
  23. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USDOS3 tidak disediakan
  24. Ministry of Tourism. Retrieved 29 December 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.