Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
5 Januari merupakan hari kelima dalam kalendar Gregory. Tinggal 360 hari (atau 361 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Malam Kedua Belas (Kristian Barat).
- 1066 - Raja England, Edward si Pengaku mangkat.
- 1477 - Duke Burgundy Charles yang Berani terbunuh dalam Pertempuran Nancy, lalu Burgundy diilhakkan oleh Perancis.
- 1500 - Duke Ludovico Sforza menawan kota Milan.
- 1527 - Pengasas bersama jemaah Anabaptis Schweizer Brüder di Zurich, Felix Manz dihukum mati dengan dilemaskan.
- 1554 - Kebakaran besar terjadi di Eindhoven, Belanda.
- 1675 - Pertempuran Colmar: tentera Perancis menumpaskan Brandenburg.
- 1757 - Louis XV dari Perancis terlepas dari dibunuh oleh Robert–François Damiens, orang terakhir yang dihukum mati secara menggerunkan untuk jenayah pembunuhan raja di Perancis.
- 1759 - George Washington mengahiwni Martha Dandridge Custis.
- 1781 - Perang Revolusi Amerika: Richmond, Virginia, diranapkan oleh tentera laut British pimpinan Benedict Arnold.
- 1846 - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat mengundi untuk berhenti berkongsi Wilayah Oregon bersama United Kingdom.
- 1854 - Kapal api San Francisco tenggelam, mengakibatkan 300 orang terkorban.
- 1895 - Alfred Dreyfus, pegawai Yahudi di dalam angkatan tentera Perancis yang salah dituduh menderhaka, dilucutkan pangkatnya dan dihukum penjara seumur hidup di Pulau Devil.
- 1896 - Satu laporan akhbar Austria melaporkan penemuan sejenis sinaran elektromagnetik oleh Wilhelm Roentgen yang kini dikenali sebagai sinar X.
- 1900 - Pemimpin Ireland John Edward Redmond menuntut pemberontakan menentang pemerintahan British.
- 1909 - Colombia mengiktiraf kemerdekaan Panama.
- 1912 - Persidangan Parti Prague dilangsungkan.
- 1913 - Perang Balkan Pertama: Dalam Pertempuran Laut Lemnos, laksamana Greece Pavlos Kountouriotis mengusir armada Turki dari markasnya di Selat Dardanelles.
- 1914 - Ford Motor Company mengumumkan waktu kerja lapan jam dan gaji minimum $5 untuk sehari kerja.
- 1918 - Jawatankuasa Bebas demi Keamanan Buruh Jerman, yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Nazi, diasaskan.
- 1925 - Nellie Tayloe Ross dari Wyoming menjadi gabenor negeri wanita pertama di Amerika Syarikat.
- 1933 - Pembinaan Jambatan Golden Gate (gambar) yang menyeberangi Selat Golden Gate pintu masuk ke Teluk San Francisco dimulakan.
- 1940 - Radio FM didemonstrasi di hadapan FCC buat julung kalinya.
- 1944 - Daily Mail menjadi akhbar antara benua yang pertama.
- 1945 - Kesatuan Soviet mengiktiraf kerajaan Poland baru yang pro-Soviet.
- 1968 - Alexander Dubček mendapat kuasa di Czechoslovakia, dan memulakan pembaharuan politik yang dikenali sebagai "Musim Bunga Prague".
- 1972 - Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon mengarahkan pembangunan program kapal angkasa.
- 1974 - Sebuah gempa bumi terjadi di Lima, Peru, meragut nyawa enam orang serta meruntuhkan ratusan tempat tinggal.
- 1975 - Jambatan Tasman di Tasmania, Australia, dilanggar oleh kapal pengangkut bijih Lake Illawarra. 12 orang terbunuh.
- 1976 - Kemboja dinamakan Kampuchea Demokratik oleh Khmer Rouge.
- 1993 - Kapal minyak MV Braer terkandas di pesisiran pantai Kepulauan Shetland, lalu tertumpah minyak mentah sebanyak 84,700 tan.
- 1993 - Negeri Washington menjatuhkan hukuman gantung terhadap Westley Allan Dodd (hukuman gantung sah di Amerika sejak tahun 1965).
- 1996 - Pemimpin Briged Izzudin al-Qassam Hamas Yahya Ayash dibunuh oleh Shin Beit Israel dengan bom telefon bimbit.
- 2005 - Planet kerdil terbesar dalam Sistem Suria, Eris ditemui oleh Michael E. Brown, Chad Trujillo dan David L. Rabinowitz menggunakan imej dari Balai Cerap Palomar yang diambil pada 2003.
- 2011 - Suruhanjaya tumpahan minyak kerajaan A.S. mengeluarkan laporan yang menuduh kegagalan pengurusan BP, Halliburton dan Transocean dalam tumpahan minyak Deepwater Horizon.
- 2012 - Portia Simpson-Miller menjadi Perdana Menteri Jamaica buat kali kedua.