9 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
9 Mei merupakan hari ke-129 (hari ke-130 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 236 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Eropah di Kesatuan Eropah;
- Hari Kemenangan di pelbagai negara Eropah Timur;
- Hari Kemerdekaan di Romania (1877).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 328 - Athanasius menjadi Bapa Kaum Iskandariah, Mesir.
- 1092 - Katedral Lincoln di England ditahbis.
- 1671 - Kolonel Thomas Blood (gambar) ditangkap ketika cuba mencuri Perhiasan Kebesaran Diraja United Kingdom dari Menara London.
- 1901 - Parlimen Australia yang pertama bersidang di dalam Bangunan Pameran Diraja (Royal Exhibition Building) di Melbourne.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Vidkun Quisling, Menteri-Presiden kerajaan boneka di Norway semasa pendudukan Nazi, ditangkap di Oslo.
- 1946 - Raja Vittorio Emanuele III turun dari takhta, dalam cubaan mempengaruhi pungutan suara sama ada Itali patut menjadi republik.
- 1955 - Muppet Jim Henson paling terkenal Kermit the Frog muncul buat kali pertama, dalam rancangan televisyen Sam and Friends.
- 2004 - Presiden Republik Chechen pertama Akhmad Kadyrov dan 30 orang lagi terbunuh dalam satu letupan bom ketika perarakan kemenangan peringatan Perang Dunia Kedua di Grozny.
- 2009 - Parti Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono mendapat undi terbanyak dalam pemilihan anggota Majlis Musyawarah Rakyat di Indonesia.
- 2010 - Angkatan tentera Amerika Syarikat, British, Perancis dan Poland berarak dalam Perarakan Hari Kemenangan Moscow buat kali pertama dalam sejarah acara ini.
- 2012 - Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1950 - Marcheline Bertrand, pelakon A.S.
- 1958 - B. Sathianathan, bekas ketua jurulatih Kelantan
- 1977 - Marek Jankulovski, pemain bola sepak A.C. Milan
Kematian[sunting | sunting sumber]
|