Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
30 Jun merupakan hari ke-181 (hari ke-182 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 184 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Republik Demokratik Congo (1960 ).
Jambatan Menara pada 1921
Albert Einstein, k.k. 1911.
1559 - Dalam satu perlawanan lawan tombak , Gabriel Montgomery mencederakan mata Raja Henri II dari Perancis , akhirnya menyebabkan kematian baginda.
1864 - Taman Negara Amerika Syarikat : Presiden Abraham Lincoln memberikan Lembah Yosemite kepada California untuk "rekreasi dan kegunaan awam".
1894 - Jambatan Menara (gambar) yang merupakan gabungan jambatan imbang dan gantung dibuka di London , merentasi Sungai Thames .
1905 - Jurnal sains Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein (gambar) "Mengenai Elektrodinamik Jasad Bergerak " yang memperkenalkan teori kerelatifan khas .
1908 - Letupan besar Tunguska terjadi di tempat yang kini Jajahan Krasnoyarsk , Rusia, merosakkan kira-kira 80 juta pokok di kawasan seluas 2,150 km persegi.
1934 - Adolf Hitler dengan ganasnya menyingkirkan lebih 85 pesaing politiknya pada Malam Pisau Panjang (Nacht der langen Messer ).
1971 - Kapal angkasa lepas Soyuz 11 mengalami penyahmampatan tak terkawal ketika masuk semula ke atmosfera , membunuh kosmonaut Vladislav Volkov , Georgi Dobrovolski dan Viktor Patsayev , menjadi kematian pertama di angkasa.
1972 - Biro Masa Antarabangsa menambah saat lompat pertama kepada skala masa Waktu Semesta Berkoordinat .
2008 - Sepanyol memenangi UEFA Euro 2008 , menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir .
2009 - Penerbangan 626 Yemenia dengan 142 penumpang dan 11 anak kapal terhempas di Lautan Hindi dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa ke Lapangan Terbang Prince Said Ibrahim .
2009 - Taliban menarik diri daripada perjanjian damai dengan kerajaan Pakistan, membunuh kira-kira 30 askar Pakistan tidak lama selepas mengumumkannya.
2010 - Hurikan Alex , hurikan Atlantik Jun terhebat dalam 53 tahun, bertemu daratan buat kali kedua di Tamaulipas , Mexico, mengorbankan 24 orang.
2010 - Christian Wulff terpilih menjadi Presiden Jerman .
2010 - Bekas juara Olimpik Pál Schmitt terpilih menjadi Presiden Hungary .
2011 - Jambatan Teluk Jiaozhou (gambar) , jambatan rentas laut terpanjang dunia , dibuka di Shandong , Republik Rakyat China.
2011 - Laluan Kereta Api Kelajuan Tinggi Beijing–Shanghai sepanjang 1,318 km (819 bt) dibuka selepas 39 bulan dalam pembinaan.
2013 - Brazil memenangi Piala Konfederasi FIFA buat kali ketiga berturut-turut selepas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan akhir.