10 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
10 Jun merupakan hari ke-161 (hari ke-162 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 204 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Portugal yang merupakan hari ulang tahun kematian Luís de Camões (gambar), pengarang mahakarya negara, Lusiad, yang meninggal dunia pada 1580.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1190 - Perang Salib Ketiga: Frederick I Barbarossa mati lemas dalam Sungai Saleph di Anatolia ketika mengetuai tenteranya ke Jerusalem.
- 1719 - Pemberontakan Jacobite: Angkatan tentera British menewaskan perikatan Jacobite dan Sepanyol dalam Pertempuran Glen Shiel (gambar) di Tanah Tinggi Scotland.
- 1829 - Di Thames, Universiti Oxford menewaskan Universiti Cambridge dalam Perlumbaan Perahu yang pertama.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Gabungan menewaskan angkatan Kesatuan yang lebih besar dalam Pertempuran Persimpangan Brice (Battle of Brice's Crossroads) berhampiran Baldwyn, Mississippi.
- 1934 - Itali menewaskan Republik Czech dengan keputusan 2 - 1 pada final Piala Dunia FIFA 1934 di Rom.
- 1967 - Perang Enam Hari berakhir apabila Israel dan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata.
- 2007 - Banjir kilat di Kuala Lumpur terjadi lagi selama 4 jam apabila Sungai Gombak dan Sungai Kelang gagal menampung air hujan luar biasa.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1580 - Luís de Camões (gambar), pengarang Portugal
- 1937 - Robert Borden, Perdana Menteri Kanada ke-8
|