Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
27 Julai merupakan hari ke-208 (hari ke-209 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 157 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari juga merupakan Hari José Celso Barbosa di Puerto Rico.
|
|
|
Kawasan Keselamatan Bersama Korea dilihat dari Utara (kiri) dan Selatan (kanan)
|
Upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012
- 1214 - Di Perancis, Philip II dari Perancis memenangi Pertempuran Bouvines secara muktamad.
- 1302 - Peperangan Islam-Rom Byzantine: Kesultanan Uthmaniyyah mendapat kemenangan besar pertamanya menentang Empayar Byzantine di Bithynia.
- 1549 - Kapal paderi Jesuit Francis Xavier tiba di Kagoshima, Jepun.
- 1694 - Piagam Diraja dikurniakan kepada Bank England sebagai jurubank Kerajaan England.
- 1865 - Sekumpulan 153 peneroka Wales tiba di Lembah Chubut di kawasan Patagonia, Argentina.
- 1880 - Perang Inggeris-Afghan Kedua: Dalam satu kemenangan yang membawa kerugian, angkatan Afghan pimpinan Ayub Khan menewaskan Tentera Darat British berhampiran Maiwand, Afghanistan.
- 1921 - Sekumpulan penyelidik Universiti Toronto yang diketuai Frederick Banting mengumumkan penemuan hormon insulin (gambar carta sintesis).
- 1953 - Gencatan senjata dicapai dalam Perang Korea, dan Zon Bebas Tentera (gambar Kawasan Keselamatan Bersama) diwujudkan sebagai sempadan, secara rasmi mengekalkan pembahagian Korea.
- 1955 - Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).
- 1996 - Sebutir bom paip meletup semasa Sukan Olimpik di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, membunuh dua orang dan mencederakan 111 yang lain.
- 2012 - Upacara pembukaan Sukan Olimpik XXX (gambar) dijalankan di London.