Di Amerika Syarikat, penggunaan saksama ditentukan oleh seorang hakim yang akan menganalisis bagaimana setiap satu daripada empat faktor penggunaan saksama boleh diguna pakai dalam suatu kes itu.
1. Tujuan dan sifat penggunaan, termasuk sama ada penggunaan tersebut bersifat komersil atau untuk tujuan pendidikan tanpa untung
Mahkamah biasanya menumpukan pada sama ada penggunaan tersebut bersifat “pengubahan”. Ini bermaksud, sama ada penggunaan tersebut akan menambahkan ungkapan atau makna baharu kepada karya asal, atau sama ada penggunaan hanya menyalin karya asal. Biasanya penggunaan komersial tidak akan dianggap penggunaan saksama, walaupun pengewangan video masih boleh dibuat sambil mendapatkan manfaat daripada pembelaan penggunaan saksama.
2. Sifat karya berhak cipta tersebut
Penggunaan bahan daripada karya yang berdasarkan fakta khususnya mungkin lebih wajar daripada penggunaan karya yang berasaskan fiksyen semata-mata.
3. Jumlah serta bahagian yang ketara jumlahnya digunakan berhubung karya berhak cipta tersebut secara keseluruhan
Meminjam cebisan kecil bahan daripada karya asal mungkin lebih dianggap sebagai penggunaan wajar daripada meminjam bahagian yang besar. Walau bagaimanapun, pengambilan yang kecil sekalipun mungkin tidak dianggap sebagai penggunaan wajar dalam sesetengah keadaan jika bahan tersebut membentuk “nadi” karya itu.
4. Kesan penggunaan terhadap potensi pasaran atau nilai karya berhak cipta itu.
Penggunaan yang memudaratkan keupayaan pemilik hak cipta untuk memperoleh keuntungan daripada karya asal beliau lebih cenderung untuk dianggap sebagai penggunaan yang tidak wajar. Kadangkala, mahkamah telah membuat pengecualian di bawah faktor ini dalam kes yang melibatkan parodi.