Jika anda bercadang hendak memasukkan bahan yang dilindungi hak cipta dalam video anda, kebenaran mesti diperoleh terlebih dahulu sebelum melakukannya. YouTube tidak boleh memberikan hak ini kepada anda dan kami tidak dapat membantu anda mencari dan menghubungi pihak yang dapat memberikannya kepada anda. Anda perlu menyiasat dan mengendalikannya sendiri atau dengan bantuan peguam.
YouTube tidak boleh memberi anda hak untuk menggunakan kandungan yang telah dimuat naik ke tapak ini. Jika anda ingin menggunakan video YouTube orang lain, anda mungkin mahu menghubungi mereka melalui ciri pemesejan kami.