Facebook untuk Perniagaan
Cari di Facebook Perniagaan

FacebookIklan Facebook

Jangkau bakal pelanggan dan peminat.

Kami menawarkan iklan lakukan sendiri untuk setiap tahap kepakaran.

Iklan Facebook boleh menjadi seringkas atau secanggih mungkin mengikut kemahuan anda. Cipta dan jalankan kempen menggunakan alat layan diri yang mudah dan jejaki prestasinya dengan laporan yang mudah dibaca. Lebih daripada dua bilion orang menggunakan Facebook setiap bulan—jadi tidak kira jenis khalayak yang anda ingin jangkau, anda akan menemui mereka di sini.

1.6 bilionorang di seluruh dunia dihubungkan oleh perniagaan kecil di Facebook.

Apakah yang membuatkan iklan berkesan? Lihat perkara yang kami pelajari tentang jenis iklan yang berprestasi terbaik di wadah kami.

Wawasan Pengiklanan di Facebook IQ

Berikut ialah cara untuk mencipta iklan Facebook.

Pilih objektif anda.

Untuk memilih objektif iklan yang tepat, jawab soalan “apakah hasil paling penting yang saya mahukan daripada iklan ini?” Ianya mungkin jualan pada laman web anda, muat turun bagi apl anda atau peningkatan kesedaran jenama.

Lihat objektif
Skrin tentang cara untuk memilih objektif iklan dalam Pengurus Iklan Facebook

Pilih khalayak anda.

Menggunakan maklumat yang anda ketahui tentang orang yang anda ingin jangkau—seperti umur, lokasi dan butiran lain—pilih demografi, minat dan kelakuan yang tepat untuk mewakili khalayak anda.

Ketahui lebih lanjut tentang khalayak
Skrin tentang cara untuk menggunakan penyasaran iklan di Pengurus Iklan Facebook

Putuskan tempat untuk menyiarkan iklan anda.

Seterusnya, pilih tempat anda ingin menyiarkan iklan anda—sama ada di Facebook, Instagram, Messenger, Audience Network atau merentas kesemuanya. Dalam langkah ini, anda juga boleh memilih untuk menyiarkan iklan pada peranti mudah alih khusus.

Ketahui lebih lanjut tentang peletakan iklan
Skrin peletakan iklan di Pengurus Iklan Facebook

Tetapkan bajet anda.

Masukkan bajet harian atau sepanjang hayat anda dan tempoh masa anda ingin iklan anda disiarkan. Had ini bermaksud anda tidak akan berbelanja lebih daripada kemampuan anda.

Ketahui lebih lanjut tentang penetapan bajet
Skrin tentang cara untuk menetapkan bajet pengiklanan anda di Pengurus Iklan Facebook

Pilih satu format.

Pilih daripada enam format iklan serba boleh—ia direka bentuk untuk berfungsi pada setiap peranti dan kelajuan sambungan. Anda boleh memilih untuk memaparkan imej atau video tunggal dalam iklan anda atau format berbilang imej dengan lebih banyak ruang.

Lihat semua format iklan
Skrin tentang cara untuk memilih format iklan di Pengurus Iklan Facebook

Buat pesanan anda.

Setelah anda menyerahkan iklan anda, ia akan dibawa ke lelongan iklan kami dan ditunjukkan kepada orang yang tepat.

Ketahui cara lelongan iklan berfungsi

Ukur dan urus iklan anda.

Setelah iklan anda disiarkan, anda boleh menjejaki prestasi dan menyunting kempen anda dalam Pengurus Iklan. Lihat sekiranya satu versi iklan anda berfungsi dengan lebih baik berbanding yang lain atau jika iklan anda disampaikan secara berkesan, maka lakukan pelarasan sewajarnya.

Ketahui cara untuk mengukur iklan anda
Skrin tentang cara untuk mengukur dan mengurus iklan anda pada pilihan pelaporan Pengurus Iklan Facebook

Ketahui cara untuk mencipta, menerbitkan dan membeli iklan merentas Facebook, Instagram, Messenger dan Audience Network dengan kursus Blueprint selama 15 minit ini.

Pergi ke kursus dalam talian percuma tentang cara untuk mencipta, menerbitkan dan membeli iklan bagi Facebook, Instagram, Messenger dan Audience Network

Buat satu iklan dan paparkannya di semua tempat.

Anda boleh menyiarkan iklan merentas Facebook, Instagram, Audience Network dan Messenger dengan hanya beberapa klikan. Dengan membuat kempen tunggal, anda boleh menjangkau orang pada semua apl dan laman web kegemaran mereka.

Contoh iklan Facebook pada mudah alih

Paparkan iklan merentas peranti.

Paparkan iklan anda pada sebarang peranti yang digunakan oleh khalayak anda, dengan pilihan tambahan untuk mudah alih atau komputer meja.

Lakukan kesemuanya dalam beberapa langkah sahaja.

Cukup mudah untuk menyiarkan iklan merentas platform dan peranti. Bina iklan anda sekali sahaja, kemudian pilih peletakan automatik untuk menyiarkan iklan anda di semua tempat yang paling berkemungkinan dapat mencapai matlamat kempen anda. Tidak perlu mengubah saiz atau melakukan pemformatan semula.

Kekal selamat dan jitu.

Mengembangkan jangkauan anda tidak bermakna melonggarkan kawalan anda. Kawalan jenama yang mudah digunakan membolehkan anda menetapkan parameter di mana dan bagaimana iklan anda dipaparkan.

Terokai perbezaan bagaimana orang menggunakan Facebook dan Instagram—serta ketahui strategi pemasaran yang sesuai bagi setiap suapan dengan wawasan ini daripada Facebook IQ.

Penyelidikan tentang bagaimana orang menggunakan Facebook dan Instagram daripada Facebook IQ

Iklan terbaik mendorong hasil perniagaan yang sebenar, tetapi ia turut menggembirakan orang.

Kekal asli.

Mulakan dengan mempertimbangkan nada suara anda yang boleh mencerminkan keperibadian perniagaan anda. Adakah ia lucu? Perniagaan semata-mata? Penuh cabaran? Setiap perniagaan mempunyai identiti sendiri dan semakin asli anda, berkemungkinan iklan anda akan lebih berkesan. Jadi diri sendiri dan terus konsisten.

Fahami khalayak sasaran anda.

Rangsang motivasi mereka atau tangani tembok yang menghalang mereka daripada menjadi pelanggan anda. Terangkan peranan perniagaan anda dalam kehidupan mereka dan mengapa anda penting buat mereka. Pertimbangkan untuk menyediakan versi kreatif yang berbeza untuk khalayak yang berbeza bagi memastikan anda menyentuh perkara yang membangkitkan semangat setiap kumpulan.

Tentukan tema anda.

Tentukan apa yang anda mahu khalayak ambil daripada iklan anda. Fikirkan konsep atau tema yang akan mengaitkan iklan-iklan anda. Ini adalah cara anda dapat meluahkan pandangan unik jenama anda atau membuatkan anda tampil menyerlah. Tema mungkin merupakan satu konsep, idea atau tema visual untuk mewujudkan keseragaman antara semua iklan anda.

Sesuatu Telah Berlaku
Kami bermasalah bermain video ini.
Adakah halaman ini membantu?