Bahasa Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Korea

한국어,

조선말
Hangugeo, Chosŏnmal
asli ke Korea Utara, Korea Selatan, bahagian timur laut dari China, Jepun, Amerika Syarikat, Kanada
asli penutur 80 juta  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Tidak dikelaskan: mungkin jadi bahasa Altaik atau bahasa pencilan
Sistem penulisan Kegunaan khusus Hangul atau campuran Hangul dan Hanja
status rasmi
Bahasa rasmi di Negeri luas:
Korea Utara, Korea Selatan
Kawasan:
Republik Rakyat China
(Prefektur Berautonomi Yanbian Korean in Provinsi Jilin)
Dikawal oleh

Korea Selatan: Gungnip-gugeowon (Institut Kebangsaan Bahasa Korea; 국립국어원)[1]
Korea Utara: Sahoe Kwahagwŏn Ŏhak Yŏnguso (

사회 과학원 어학 연구소)
kod bahasa
ISO 639-1 ko
ISO 639-2 kor

Bahasa Korea ( 한국어/조선말, lihat bawah) adalah bahasa rasmi dari kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan, dan juga bahasa rasmi di Wilayah Autonomi Etnik Korea Yanbian di China. Di seluruh dunia, terdapat kira-kira 80 juta penutur bahasa Korea, termasuklah kelompok besar di negara-negara Bekas Kesatuan Soviet, serta kelompok etnik Korea di China, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, dan kebelakangan ini Filipina.

Pengkelasan genealogikal bahasa Korea masih belum ditetapkan. Kebanyakan pakar bahasa menggolongkannya di bawah keluarga bahasa Altaik, namun ada yang menegaskan bahawa bahasa ini sejenis bahasa pencilan. Morfologi bahasa Korea disifatkan sebagai agglutinatif dan tatabahasanya mengikut urutan Subjek Objek Kerja. Serupa seperti bahasa Jepun dan bahasa Vietnam, bahasa Korea dipengaruhi bahasa Cina melalui kewujudan perkataan Sino-Korea. Perkataan bahasa Korea asli membentuk 35% daripada perbendaharaan katanya, manakala kira-kira 60% perbendaharaan kata merupakan perkataan Sino-Korea. 5% yang tinggal merupakan pinjaman daripada bahasa lain, 90% dari bahasa Inggeris.[1]

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Konsonan tulisan Korea.
Bibir Alveolar Postalveolar Velar Glotal
Plosif dan
afrikat
biasa

/p/

/t/

/ʨ/

/k/

tegang

/p͈/

/t͈/

/ʨ͈/

/k͈/

beraspirasi

/pʰ/

/tʰ/

/ʨʰ/

/kʰ/

Frikatif biasa

/s/

/h/

tegang

/s͈/

Hentian nasal

/m/

/n/

/ŋ/

Konsonan kibasan

/ɾ/

Contoh perkataan dengan konsonan:

Bunyi Contoh Transkripsi Roman Bahasa Melayu

/p/ || [pal] || bal || 'kaki'

/p͈/ || 빨다 [p͈alda] || ppalda || 'menghisap'

/pʰ/ || [pʰal] || pal || 'lengan'

/m/ || [mal] || mal || 'kuda'

/t/ || [tal] || dal || 'bulan'

/t͈/ || [t͈al] || ttal || 'anak perempuan'

/tʰ/ || 타다 [tʰada] || tada || 'menunggang'

/n/ || [nal] || nal || 'hari'

/ʨ/ || [ʨal] || jal || 'baik'

/ʨ͈/ || 짜다 [ʨ͈ada] || jjada || 'memerah; menjadi masin'

/ʨʰ/ || 차다 [ʨʰada] || chada || 'menendang'

/k/ || 가다 [kada] || gada || 'pergi'

/k͈/ || 깔다 [k͈alda] || kkalda || 'menyebar'

/kʰ/ || [kʰal] || kal || 'pisau'

/ŋ/ || [paŋ] || bang || 'bilik'

/s/ || [sal] || sal || 'daging'

/s͈/ || [s͈al] || ssal || 'bijian beras'

/l/ || 바람 [paɾam] || baram || 'angin'

/h/ || 하다 [hada] || hada || 'buat'

Simbol IPA <͈> (tanda petikan lurus berganda dalam bentuk subscript) digunakan untuk menandakan konsonan yang tegang /p͈/, /t͈/, /k͈/, /ʨ͈/, /s͈/. Kegunaan rasminya dalam Extended IPA ialah untuk artikulasi yang 'kuat', namun juga digunakan dalam cetakan bagi suara faukal (faucalized voice). Konsonan-konsonan bahasa Korea juga mengandungi unsur-unsur suara kaku, tetapi adalah belum diketahui sejauh mana kerapnya konsonan faukal. Konsonan-konsonan ini dihasilkan dengan kekangan sebahagian glotis dan tekanan subglotal tambahan serta juga dinding saluran vokal yang tegang, perendahan larinks, atau mana-mana kembangan larinks yang lain.

Kadang-kala konsonan tegang itu ditandakan dengan simbol berupa koma atas <ʼ>, namun ini kurang sesuai, kerana IPA <ʼ> mewakili konsonan ejektif, dengan penaikan glotis seakan omboh dan tekanan udara bukan pulmonik yang tidak dikongsi oleh konsonan tegang bahasa Korea ini.

Vokal[sunting | sunting sumber]

Bunyi vokal pendek bahasa Korea Bunyi vokal panjang bahasa Korea
Huruf vokal bahasa Korea

Monoftong

/i/ , /e/ , /ɛ/ , /a/ , /o/ , /u/ , /ʌ/ , /ɯ/ , /o̷/

Bunyi vokal yang didahului oleh pengantara, atau Diftong

/je/ , /jɛ/ , /ja/ , /wi/ , /we/ , /wɛ/ , /wa/ , /ɯi/ , /jo/ , /ju/ , /jʌ/ , /wʌ/

(/ɯi/ ialah satu-satunya diftong sejati dalam bahasa Korea.)

Monoftong[sunting | sunting sumber]

Bahasa Korea mengandungi 8 kualiti vokal yang berbeza-beza serta perbezaan kepanjangan vokal. Dua vokal lagi, iaitu vokal membulat hadapan separuh tertutup /ø/ dan vokal membulat hadapan tertutup /y/, masih kedengaran dalam pertuturan sesetengah penutur yang lebih tua, namun bunyi vokal tersebut masing-masing telah banyak diganti dengan diftong [we] dan [wi]. Dalam satu pantauan terhadap 350 orang penutur di Seoul pada tahun 2003, hampir 90% menyebut huruf vokal ' ' sebagai [wi]. Perbezaan kepanjangan hampir lenyap sama sekali; perbezaan kepanjangan bagi semua bunyi vokal masih kedengaran dari penutur yang lebih tua, tetapi hampir semua penutur yang muda sama ada tidak membezakan kepanjangan vokal secara konsisten atau langsung tidak membezakan kepanjangan vokal sama sekali. Perbezaan antara /e/ dan /ɛ/ juga menjadi unsur yang kian pupus dalam sesetengah penutur lebih muda, terutamanya di kawasan Seoul, manakala dalam kawasan-kawasan dialek lain kedua-dua vokal ini masih ketara bezanya. Bagi penutur yang tidak melakukan pembezaan ini [e] lebih kerap didengar. Vokal /ʌː/ panjang pula menjadi [əː] bagi kebanyakan penutur.

Vokal pendek Vokal panjang
/i/ 시장 (sijang [ɕiˈʥaŋ], 'kelaparan') /iː/ 시장 (sijang [ˈɕiːʥaŋ], 'pasar')
/e/ 베개 (begae [peˈɡɛ], 'bantal') /eː/ 베다 (beda [ˈpeːda], 'memotong')
/ɛ/ 태양 (taeyang [tʰɛˈjaŋ], 'matahari') /ɛː/ 태도 (taedo, [ˈtʰɛːdo], 'kelakuan')
/a/ (mal [ˈmal], 'kuda') /aː/ (mal [ˈmaːl], 'kata, bahasa')
/o/ 보리 (bori [poˈɾi], 'barli') /oː/ 보수 (bosu [ˈpoːsu], 'gaji')
/u/ 구리 (guri [kuˈɾi], 'kuprum') /uː/ 수박 (subak [ˈsuːbak], 'tembikai')
/ʌ/ (beol [ˈpʌl], 'hukuman') /əː/ (beol [ˈpəːl], 'lebah')
/ɯ/ 어른 (eoreun [ˈəːɾɯn], 'orang tua') /ɯː/ 음식 (eumsik [ˈɯːmɕik], 'makanan')

Diftong dan luncuran[sunting | sunting sumber]

/j/ dan /w/ dianggap sebagai komponen diftong dan bukannya bunyi konsonan yang berasingan.

        wi [twi] dwi 'belakang' ɯi [ˈɯisa] uisa 'doktor'
je [ˈjeːsan] yesan 'bajet' we [kwe] gwe 'kotak'        
[ˈjɛːgi] yaegi 'cerita' [wɛ] wae 'mengapa'        
ja [ˈjaːgu] yagu 'lisut' wa [kwaːˈil] gwail 'buah-buahan'        
jo [ˈkjoːsa] gyosa 'guru'                
ju [juˈɾi] yuri 'kaca'                
[jəːgi] yeogi 'sini' [mwʌ] mwo 'apa'        

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wikipedia
Wikipedia Bahasa Korea, ensiklopedia bebas