Ammar
Derita Hidap Kanser Tulang Tahap Empat
IPOH:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu ungkapan yang mampu diluahkan apabila melihat keadaan
Abu Ammar Mustaqim Abu
Bakar 22, yang menderita penyakit kanser tulang tahap empat yang hanya terbaring di atas katil.
Bapa kepada Abu Ammar,
Abu Bakar Ali 52, berkata, pada April tahun lalu, anaknya terjatuh ketika bermain futsal bersama rakan-rakannya dan sama sekali beliau tidak mengesyaki anaknya mengalami keretakan pada tulang.
“Keadaan tangan kiri Ammar mula membengkak pada bulan September. Pada masa itu saya balik ke
Terengganu untuk berurut. Tetapi doktor cakap kanser itu sudah ada.
“
Bila kita mengurut, urat itu sudah elok, perjalanan kanser itu lagi cepat. Itu apa yang doktor cakap. Kanser itu dah merebak menyebabkan penyebaran kanser lebih cepat,”katanya ketika ditemui dirumahnya, hari ini.
Ceritanya lagi, beliau yang bekerja sebagai Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (
JPJ) berkata, beliau pernah membawa Ammar untuk menerima rawatan di
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan membuat pemeriksaan
Magnetic Resonance Imaging (
MRI) di Hospital Pantai,
Ipoh.
“Hasil daripada pemeriksaan MRI itu, doktor telah menemui kanser yang jarang ditemui pada manusia. HRPB kemudiannya menyuruh saya rujuk penyakit anak saya ini ke
Hospital Kuala Lumpur (
HKL).
“Tetapi pada ketika itu saya terpaksa tangguh dalam tiga bulan untuk Ammar menghabiskan pengajiannya di
Politeknik Ungku Omar (
PUO). Ammar tamat pengajiannya pada hujung November yang lalu,”ujarnya.
Ujarnya, selepas Ammar menamatkan pengajian di PUO di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, beliau membawa Ammar ke HKL untuk menerima rawatan.
Tambah Abu Bakar lagi, beliau dan isteri, Rosmah Said 47, diberitahu oleh pihak HKL bahawa kanser tulang yang dihidapi oleh anaknya tidak boleh dirawat.
“HKL cakap kanser tulang ini tidak boleh dirawat kerana ianya dah merebak ke tepi tulang rusuk dan luar paru-paru.
“Pada ketika itu saya dan isteri diberi pilihan untuk merawat luka sahaja di HKL atau bawa anak saya balik. Jadi saya pilih pilihan yang kedua,”ujarnya.
Mengulas lanjut, bapa kepada enam orang anak itu berkata lagi, Ammar dibawa pulang dari HKL sebelum sambutan
Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
“Kini saya menggunakan khidmat tabib Cina dan Alhamdulillah, sekarang saya lihat sudah ada perubahan sedikit kerana bengkak di beberapa tempat sudah kurang.
“Tabib Cina itu datang setiap petang untuk cuci luka di tangan Ammar dan dia pun sudah tak rasa sakit apabila ditekan.
“Ammar juga sebelum ini mengadu panas di tempat yang sakit tetapi sejak menerima rawatan dari tabib tersebut, panas itu sudah berkurangan. Semalam merupakan hari ketujuh Ammar menerima rawatan daripada tabib tersebut,”ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau menggunakan wang sumbangan orang ramai yang diberikan kepada Ammar untuk membayar kepada tabib tersebut, sekitar RM380 hingga RM420 sekali rawatan.
“Saya janji dengan tabib tersebut, selagi ada duit, saya akan buat. Tetapi kalau duit dah habis, saya akan hentikan rawatan,”luahnya.
Sementara itu Ammar berkata, beliau kini tidak dapat mengangkat tangan kirinya kerana berat.
“Saya memang tak dapat mengangkat tangan saya. Nak bangun pun tak boleh sebab bengkak ini besar.
“Saya pun tak pasti berapa kilogram. Nak pergi ke tandas pun susah, semuanya atas katil,”ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim berkata, kerajaan negeri akan membantu keluarga Ammar daripada segi kewangan untuk ringankan bantuan rawatan Ammar.
“Saya sebenarnya agak sedih melihat keadaan kesihatan Ammar sebab dia muda lagi.
Masa depan dia masih panjang.
“Jadi, kerajaan negeri akan bantu daripada segi kewangan untuk meringankan bantuan rawatan dan perubatan Ammar.
“Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (
JKM)
Perak, Rosmahwati Ishak akan memberi bantuan bulanan dan laporan keadaan Ammar juga akan saya berikan kepada Baitulmal untuk membantu adik ini,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat Ammar di rumahnya.
Selain itu, beliau turut menghubungi Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie, untuk melihat semula kes perubatan Ammar bagi memberi rawatan kepada Ammar.
“Saya juga akan menghubungi HRPB untuk kita berikan rawatan yang terbaik kepada Ammar.
“Ianya akan seiring dengan rawatan di hospital dan juga tradisional. Rawatan tradisional ini adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada Ammar,”ujarnya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akauan
CIMB Bank Ammar (7054 652 797 – Abu Ammar Mustaqim Bin Abu Bakar) atau menghubungi bapanya di talian 012-539
3797.
http://peraktoday.com.my/2016/02/ammar-derita-hidap-kanser-tulang-tahap-empat/
- published: 18 Feb 2016
- views: 607