Selamat datang ke LinkedIn, rangkaian profesional yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 850 juta ahli di lebih dari 200 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.
Visi
Mewujudkan peluang ekonomi bagi setiap ahli tenaga kerja global.
Misi
Misi LinkedIn adalah mudah: menghubungkan para profesional di dunia untuk menjadikan mereka lebih produktif dan berjaya.
Siapakah kami?
LinkedIn bermula di ruang tamu pengasas bersama Reid Hoffman pada tahun 2002 dan dilancarkan secara rasmi pada 5 Mei 2003.
Kini, LinkedIn menerajui pelbagai perniagaan yang menjanakan pendapatan daripada langganan keahlian, jualan pengiklanan dan solusi perekrutan di bawah pimpinan Ryan Roslansky. Pada Disember 2016, Microsoft telah melengkapkan pemerolehan LinkedIn bagi menyatupadukan awan profesional peneraju dunia dan rangkaian profesional peneraju dunia.