Iraq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Republik Iraq
ريڤوبليك عراق

جمهورية العراق
Jumhūriyyat al-‘Irāq
Flag of Iraq
Jata Iraq
Bendera Jata
Cogan kataالله أكبر
Allahu Akbar
Lagu kebangsaanMawtini
Iraq in its region.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Baghdad
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanDemokrasi Berparlimen
• Presiden
Latif Rashid
Mustafa Al-Kadhimi
Kemerdekaan
• daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah
1 Oktober 1919
• daripada United Kingdom
3 Oktober 1932
• Perairan (%)
1.1
Penduduk
• Perkiraan 2006
26,783,383 (ke-40)
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$89.8 bilion (ke-61)
$2,900 (ke-130)
Mata wangDinar Iraq
(IQD)
Zon waktuAST
(UTC+3)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (ADT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan964
Kod ISO 3166IQ
DPT internet.iq

Iraq (Bahasa Arab: العراق al-‘Irāq atau al-Erāq, Mengenai audio iniالعراق , Bahasa Kurdish: عيَراق), secara rasminya Republik Iraq, adalah negara Timur Tengah di Asia Barat-Daya merangkumi kebanyakan Mesopotamia, juga merangkumi barat laut pergunungan Zagros dan bahagian timur daripada Padang Pasir Syria. Ia berkongsi sempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi hingga ke selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran (Kurdistan wilayah) (Parsi) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai di Umm Qasr pada Teluk Parsi.

Nama[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."

Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah kuno/purba[sunting | sunting sumber]

Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagai Mesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budaya Sumeria, diikuti dengan budaya Akkadia, Babilonia dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban". Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.

Pada abad ke-6 SM, wilayah ini menjadi sebahagian dari Kekaisaran Parsi di bawah Koresy Agung selama hampir 4 abad, sebelum ditakluk oleh Iskandar Agung dan tetap berada di bawah kekuasaan Yunani selama hampir dua abad. Sebuah suku bangsa Iran dari Asia Tengah yang bernama Parthia kemudian merebut wilayah ini, diikuti dengan Dinasti Sassanid Persia selama 9 abad, hingga abad ke-7.

Di awal abad ke-7, Islam menyebar ke daerah yang sekarang bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad iaitu Saidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa ar-Rasyidin yang ke-4. Bani Umayyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Provinsi Iraq.

Baghdad, ibukota Khilafah Abbasiyah, adalah kota utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad.

Turki Ottoman[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol. Turki Ottoman mengambil alih Baghdad dari Parsi pada tahun 1535. Uthmani kehilangan Baghdad ke Dinasti Safavid Parsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmani atas Iraq berlangsung hingga Perang Dunia I saat Khilafah Turki Ottoman berada bersama Kekaisaran Jerman dan Blok Sentral.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Kebijaksanaan etnik minoriti[sunting | sunting sumber]

Pembagian administrasi[sunting | sunting sumber]

Lihat pula: Distrik di Iraq

Iraq dibagi ke dalam 18 governorat (atau provinsi) (bahasa Arab: muhafadhat, tunggal - muhafadhah, bahasa Kurdish: پاریزگه Pârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlah qadhas (atau distrik).

Konstitusi Iraq yang baru mempersiapkan pembentukan sejumlah wilayah dengan menggabungkan 1 governorat atau lebih. Kini hanya mempunyai 1 wilayah - Kurdistan Iraq - dan ada usulan agar lebih banyak lagi wilayah yang dibentuk di selatan. Templat:Meso Labelled Map


Demografi[sunting | sunting sumber]

Anggaran pada bulan Julai 2006 jumlah semua penduduk Iraq ialah sebanya 26,783,383 orang.

75-80% penduduk Iraq adalah bangsa Arab; kelompok etnik utama yang lain adalah Kurdi (15-20%), Asyria, Turkmen Iraq dll (5%), yang kebanyakan tinggal di utara dan timur laut negeri. Kelompok yang lain adalah orang Parsi dan Armenia (kemungkinan keturunan budaya Mesopotamia kuno). ±25.000–60.000 orang Arab Marsh tinggal di selatan Iraq.

Bahasa Arab dan Kurdi adalah bahasa rasmi. Bahasa Asyria dan Turkmen adalah bahasa rasmi di daerah-daerah yang berturut-turut ditinggali oleh orang Asyria dan Turkmen. Bahasa Armenia dan Parsi juga dituturkan namun jarang sekali. Bahasa Inggeris adalah bahasa barat yang umum dituturkan.

Komposisi etnik:

  • Kelompok etnik: Arab, 75–80%; suku Kurdish, 15-20%; Turkoman, Assyria atau lainnya 5%.
  • Agama: Islam, 97%; Kristian atau agama lain hanya sebanyak 3%.

Proporsi: Tidak ada angka rasmi yang tersedia, terutama kerana sifatnya yang sangat politik. Sumber: Britannica: Syiah 60%, Sunni 40% Sumber: CIA World Fact Book: Syiah 60%-65%, Sunni 32%-37%

Menurut kebanyakan sumber-sumber barat, majoriti bangsa Iraq adalah orang Arab Muslim Syiah (sekitar 60%), dan Sunni yang mewakili sekitar 40% dari seluruh populasi yang terdiri dari suku Arab, Kurdi dan Turkmen. Orang-orang Sunni menyangkal keras angka-angka ini, termasuk seorang bekas duta besar Iraq [1], yang mengacu ke sumber-sumber Amerika [2]. Mereka mengklaim bahwa banyak laporan atau sumber hanya mencantumkan Sunni Arab hanya sebagai 'Sunni', dan tidak memperhitungkan orang-orang Sunni Kurdi dan Sunni Turkmen. Sebagian berpendapat bahwa Sensus Irak 2003 memperlihatkan bahawa orang-orang Sunni sedikit lebih banyak[3]. Etnik Assyria (kebanyakan daripadanya adalah pemeluk Gereja Katolik Khaldea dan Gereja Assyria di Timur) mewakili sebagian terbesar penduduk Kristen Irak yang cukup besar, bersama-sama dengan orang Armenia. Pemeluk Baháí, Mandeanisme, Sabak, dan Yezidi juga ada. Kebanyakan orang Kurdi adalah pemeluk Muslim Sunni, meskipun kaum Kurdi Faili (Feyli) umumnya adalah Syiah.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat di Arbil, Arab Islam Sunni di tengah sekitar Baghdad, Arab Islam Syiah di selatan yang berpusat di Basra, Assyria, sekelompok orang Kristian yang tinggal di berbagai kota di utara, dan Arab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebut oud (mirip dengan lute) dan rebab; bintang-bintangnya termasuk Ahmed Mukhtar dan Munir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzik rock barat, hip hop dan muzik pop, yang kebanyakannya diimport dari Jordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaitu Kazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupi Ladghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Lihat lagi[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Iraqis By the Numbers" oleh FARUQ ZIADA [1] Diarkibkan 2011-08-06 di Wayback Machine
  2. ^ Peta tentang distribusi kelompok-kelompok agama, dari laporan Komisi Baker-Hamilton, hlm. 102
  3. ^ "Iraq 2003 Census: Sunnis 59%, -----es 40%" oleh Mohammed Alomari (faair.org) [2]

Bacaan lebih lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Wawancara dengan Sean Garcia dari Refugees International, tentang penderitaan ratusan ribu pengungsi Iraq [3] Diarkibkan 2007-03-13 di Wayback Machine
  • Shadid, Anthony 2005. Night Draws Near. Henry Holt and Co., New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-8050-7602-6
  • Hanna Batatu, "The Old Social Classes and the Revolutionary Movements of Iraq", Princeton: Princeton University Press, 1978
  • Irak adalah salah satu setting utama untuk novel fiksi ilmiah John J. Rust "Epsilon"
  • A Dweller in Mesopotamia, petualang seorang seniman rasmi di Taman Eden, oleh Donald Maxwell, 1921. (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
  • By Desert Ways to Baghdad, oleh Louisa Jebb (Mrs. Roland Wilkins) Dengan ilustrasi dan peta, 1908 (edisi 1909). (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pemerintah[sunting | sunting sumber]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Tinjauan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]