PlayStation 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PlayStation 3
PlayStation 3 logo

PlayStation 3 logo (2009).svg
Model asal, Alat pengawal DualShock dan model Slim
Atas: Versi asal dan logo PlayStation baru
Kiri:
Model pertama PlayStation 3 (2006)
Kanan:
Model slim PlayStation 3 (2009)
PembangunSony Computer Entertainment
PengilangSony EMCS, Foxconn, ASUSTeK[1]
Keluarga produkPlayStation
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketujuh
Ketersediaan runcit
  • Amerika Syarikat 17 November 2006
  • Kesatuan Eropah 23 Mac 2007
  • Jepun 11 November 2006
MediaCakera Blu-Ray, DVD, Cakera padat, Cakera Permainan PS2
CPUCell Broadband Engine 3.2 GHz dengan 1 PPE & 7 SPEs
Muatan storanCakera keras tetap SATA 2.5 inci (20 GB, 40 GB, 60 GB, 80 GB, 120 GB, 160 GB, 250 GB, 320 GB atau 500 GB)
Ingatan256 MB (memori sistem) dan 256 MB (memori video)
PendahuluPlayStation 2
PenggantiPlayStation 4
Laman sesawanghttp://www.playstation.com/ps3/

PlayStation 3 (Jepun: プレイステーション 3,, Pureisutēshon Surī, dicap dagang PLAYSTATION 3,[2] tidak rasminya dipendekkan PS3) ialah sebuah konsol permainan video generasi ketujuh keluaran Sony yang ketiga dalam siri PlayStation. Ia adalah pengganti kepada PlayStation dan PlayStation 2 dan merupakan pesaing utama bagi Microsoft Xbox 360 dan Nintendo Wii. PS3 telah dilancarkan pada 11 November 2006 di Jepun, dan 17 November 2006 di Amerika Syarikat, Kanada, Hong Kong dan Taiwan[3]. Ia juga telah dilancarkan di Eropah dan Australia pada Mac 2007[4][5].

Konsol ini pertama kali diumumkan dalam acara Electronic Entertainment Expo tahun 2005, dan telah dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2006. PlayStation 3 merupakan konsol pertama yang menggunakan cakera Blu-Ray sebagai media utama[6]. Antara ciri-ciri utama konsol ini seperti perkhidmatan permainan atas talian iaitu PlayStation Network dan ketersambungan antara konsol ini dengan PlayStation Portable dan PlayStation Vita[7].

Pasaran konsol PlayStation 3 ini pada mulanya tidak begitu memberangsangkan[8], namun begitu ianya mula mendapat sambutan hangat selepas pelancaran model Slim, iaitu model konsol PlayStation 3 yang lebih kecil secara luarannya. Sehingga bulan Jun 2016, PlayStation 3 telah terjual sebanyak 86 juta unit di seluruh dunia[9]. Manakala generasi PlayStation yang seterusnya, PlayStation 4 dilancarkan pada bulan November 2015. Pada 29 September 2015, Sony mengesahkan penjualan konsol PlayStation 3 akan dihentikan di kawasan New Zealand, manakala pasaran konsol ini di kawasan lain tetap berjalan seperti biasa[10]. Pada bulan Mac 2017, laman rasmi PlayStation 3 untuk bahasa Jepun dikemaskini yang menyatakan bahawa konsol PlayStation 3 akan dihentikan tidak lama lagi[11].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sony secara rasminya mengumumkan konsol PlayStation 3 kepada umum pada 16 Mei, 2005, semasa sidang E3 2005. Versi berfungsi dari konsol ini tidak hadir pada E3 2005 mahupun Tokyo Game Show pada September 2005, walaupun pada kedua-dua pertunjukan peristiwa diadakan pada devkits (c.t.h Metal Gear Solid 4:Guns and Patriots) dan hardware perbandingan PC, dan footage video pada sepsifikasi PlayStation 3 yang diramalkan juga ditunjukkan (c.t.h Mobile Suit Gundam).

Prototaip pertama yang dipamerkan pada Mei 2005 mempunyai dua input HDMI, tiga input Ethernet dan enam input USB[12], namun begitu apabila prototaip ini dipamerkan kembali dalam acara E3 2006, jumlah input berkurangan dengan hanya satu input HDMI, satu input Ethernet dan empat input USB, berkemungkinan untuk menjimatkan kos[13][14]. Konfigurasi bagi dua model juga diumumkan; 20 GB dan 60 GB. Hanya model 60 GB sahaja yang memiliki input HDMI, Wi-Fi, pembaca kad pintar dan konsol yang diperbuat dengan warna krom serta mempunyai logo berwarna perak[13].

Pada September 2006, Sony mengumumkan bahawa pelancaran konsol PlayStation 3 di kawasan PAL ditangguhkan sehingga Mac 2007, kerana kekurangan bahan yang digunakan untuk membina pembaca cakera Blu-Ray[15]. Semasa di pertunjukan Tokyo Game Show pada 22 September 2006, Sony mengumumkan bahawa untuk model 20 GB, input HDMI akan disertakan tetapi ciri-ciri lain yang terdapat hanya pada model 60 GB tidak akan disertakan[16]. Semasa pertunjukkan ini juga, Sony memperlihatkan sebanyak 27 permainan video yang dimainkan dalam model prototaip terakhir sebelum pelancaran[17].

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer pada papan induk PlayStation 3

PlayStation 3 menggunakan cip mikropemproses Cell, yang dicipta oleh Sony, Toshiba dan IBM yang berteraskan kepada Power Processing Element (PPE) berkelajuan 3.2 GHz dan lapan Synergistic Processing Elements (SPE)[18][19]. Hanya enam daripada lapan SPE digunakan untuk pembangun permainan video, SPE kelapan tidak digunakan dalam konsol ini manakala SPE ketujuh digunakan oleh sistem operasi konsol ini[20]. Untuk memproses grafik, Sony menggunakan cip mikropemproses NVIDIA RSX Reality Synthesizer yang mampu menghasilkan resolusi skrin daripada 480i/576i sehingga semaksimum 1080p untuk resolusi berdefinisi tinggi (HD)[21]. PlayStation 3 mempunyai memori sebanyak 256 MB untuk memori utama serta 256 MB memori video yang terdapat dalam cip mikropemproses RSX[22].

Sistem teras
Cip mikropemproses Cell PowerPC 3.2 GHz (utama)

NVIDIA RSX (grafik)

RAM 256 MB XDR
RAM video 256 MB DDR3 RAM
Grafik dan suara
Palet warna 32-bit warna
Resolusi skrin 480i, 480p, 720p, 1080i, 1080p
Saluran audio Sehingga 8 saluran audio, 24-bit, 96kHz

Perisian[sunting | sunting sumber]

Sistem operasi yang digunakan dalam konsol PlayStation diberi nama CellOS, sistem operasi yang berteraskan kepada FreeBSD berdasarkan kepada rekod pengenalan TCP/IP, PlayStation 3 dikenalpasti sebagai FreeBSD[23]. Sistem pengaturcaraan untuk enjin 3D pula menggunakan LibGCM dan PSGL[24], namun begitu kebanyakkan pembangun menggunakan LibGCM yang menawarkan prestasi yang tinggi[25].

PlayStation 3 menggunakan XrossMediaBar (XMB) sebagai antaramuka grafik yang juga digunakan dalam konsol PlayStation Portable, kebanyakkan television Sony BRAVIA serta beberapa produk Sony yang lain. XMB memaparkan ikon yang mendatar di paparan skrin yang dilihat sebagai menu utama. Pengguna boleh memilih menu dengan menggerakkan ke kiri atau ke kanan menggunakan alat pengawal. Apabila sesuatu menu utama dipilih, beberapa menu kecil biasanya akan keluar sama ada dari atas atau ke bawah.

Alat pengawal[sunting | sunting sumber]

Sixaxis[sunting | sunting sumber]

Alat pengawal tanpa wayar Sixaxis (jenama rasmi "SIXAXIS") merupakan alat pengawal tanpa wayar rasmi untuk PlayStation 3 sehingga digantikan dengan alat pengawal DualShock 3. Kesemua alat pengawal Sixaxis yang dijual tidak termasuk dengan kabel USB ke mini USB, tidak termasuk dengan alat pengawal Sixaxis yang dijual bersama konsol. Nama Sixaxis juga merujuk kepada teknologi pengesanan gerakan yang digunakan dalam alat pengawal ini serta DualShock 3.

Alat pengawal ini direka berdasarkan kepada alat pengawal DualShock 2 yang mengekalkan ciri-ciri seperti butang yang sensitif kepada tekanan, susun atur butang serta reka bentuk. Namun begitu, alat pengawal ini mempunyai ciri-ciri tambahan seperti penggunaan teknologi Bluetooth untuk kawalan tanpa wayar serta memiliki teknologi pengesanan gerakan. Alat pengawal ini tidak disertakan motor gegaran. Sixaxis mengubah butang "Analog" yang terdapat dalam DualShock 2 kepada butang berlogo PlayStation yang digunakan untuk mengakses menu pada konsol.

DualShock 3[sunting | sunting sumber]

Alat pengawal DualShock 3

DualShock 3 menggantikan alat pengawal Sixaxis sebagai alat pengawal utama untuk konsol PlayStation 3. Ia memiliki ciri-ciri yang sama seperti Sixaxis tetapi dengan keupayaan gegaran. DualShock 3 juga mempunyai reka bentuk serupa dengan Sixaxis dengan perbezaan hanyalah pada cetakan "DUALSHOCK 3" yang terdapat pada bahagian atas alat pengawal. Fungsi gegaran yang terdapat pada alat pengawal ini tidak mengganggu fungsi pengesanan gerakan, malah ianya boleh digunakan bersama-sama[26]. DualShock 3 juga merupakan alat pengawal tanpa wayar yang mempunyai input USB mini yang digunakan untuk pengecasan bateri.

DualShock 3 dilancarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation di Jepun pada 11 Januari 2008, pada mulanya terdapat dalam dua warna iaitu hitam dan putih ceramik, yang berpadanan dengan model konsol baru yang dilancarkan[27]. Pada 6 Mac 2008, DualShock 3 versi perak satin telah dikeluarkan di Jepun, juga bersama-sama dengan model konsol berwarna yang sama[28]. Pada 30 Oktober 2008, Sony telah memulakan pengeluaran konsol PlayStation 3 bersama alat pengawal DualShock 3[29].


Penggunaan lain[sunting | sunting sumber]

Superkomputer[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi yang terdapat dalam konsol PlayStation 3 ini digunakan untuk mencipta superkomputer[30]. Pada 3 Januari 2007, Dr. Frank Mueller, Profesor Madya dalam Sains Komputer di NCSU menggabungkan 8 kelompok PlayStation 3[31]. Mueller mengatakan bahawa memori sistem yang terdapat dalam konsol ini tidak mampu menjalankan beberapa aplikasi yang memaksa beliau untuk menggabungkan konsol ini bersama[32]. Perisian yang dijalankan beliau termasuklah Fedora Core 5 Linux ppc64, MPICH2, OpenMP v 2.5, GNU Compiler Collection dan CellSDK 1.1[33]. Sebagai jalan alternatif kepada penjimatan kos untuk membeli superkomputer yang biasa, pihak tentera Amerika Syarikat juga membeli beberapa konsol PlayStation 3 dan digabungkan sebagai superkomputer bertujuan untuk melakukan kajian[34].

Pada November 2010, Makmal Penyelidikan Air Force (AFRL) membina superkomputer yang berprestasi sangat tinggi dengan menggabungkan 1,760 konsol PlayStation 3 termasuklah 168 cip mikropemproses untuk grafik dan 84 pelayan yang menyelaras kesemua proses yang mampu melaksanakan sebanyak 500 TFLOPS[35]. Superkomputer ini merupakan superkomputer ke-33 terbesar di dunia dan digunakan untuk menganalisis imej berdefinisi tinggi yang dihantar dari satelit[36].

Pada Disember 2008, sekumpulan penggodam menggabungkan 200 konsol PlayStation 3 untuk menggodam sekuriti SSL[37].

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Mac 2007, Sony Computer Entertainment dan Universiti Stanford melebarkan projek Folding@home kepada konsol PlayStation 3[38]. Pengguna PlayStation 3 akan bersama-sama dengan beribu-ribu komputer lain membantu dari segi kuasa dan prestasi komputer bertujuan untuk mengkaji ketidakseimbangan protin dalam badan dan penyakit yang berkaitan seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington dan beberapa jenis kanser[39]. Perisian yang berkaitan dengan kajian ini merupakan sebahagian daripada kemaskini perisian sistem operasi PlayStation versi 1.6 (22 Mac 2007) dan pengguna boleh memilih sama ada ingin dijalankan secara manual atau automatik apabila PS3 tidak digunakan menerusi antara muka XrossMediaBar. Kuasa pemproses dari kesemua konsol PlayStation 3 banyak menyumbang kepada projek ini dan PlayStation 3 menduduki tangga ketiga di belakang pemproses NVIDIA dan AMD dari segi sumbangan FLOPS[40]. Pada November 2012, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan servis ini kepada pengguna PlayStation 3 menerusi kemaskini sistem versi 4.30[39].

eHiTS Lightning merupakan perisian untuk saringan perubatan maya pertama dikeluarkan untuk PlayStation 3, dan dikeluarkan oleh pembangun SimBioSys[41][42]. Aplikasi ini mampu dijalankan 30 kali lebih pantas pada konsol PlayStation berbanding dengan komputer biasa.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shilov, Anton (2006-07-18). "Asustek Computer Ships PlayStation 3 Consoles". X-bit labs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 2007-05-05.
  2. ^ "The Reason Why PLAYSTATION Is In Capitals". Techzone. 19 Ogos 2006. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  3. ^ "PS3 sells out at launch". BBC. 11 November 2006. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  4. ^ "Sony's PS3 makes U.S. debut". USA Today. 17 November 2006. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  5. ^ "SCEE official press release". Sony Computer Entertainment Europe. 24 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "PlayStation 3 Features – Blu-ray". SCEA. Dicapai pada 4 Mac 2010.
  7. ^ De Leon, Al (2007-12-26). "PlayStation Blog — PS3 Tips — Remote Play and PlayStation Store". blog.us.playstation.com. PlayStation.Blog. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  8. ^ "Sony Acknowledges Slow PS3 Sales in 2007". Dicapai pada December 30, 2016.
  9. ^ "Video game console sales worldwide for products total lifespan as of June 2016 (in million units)". Statista. Dicapai pada 16 April 2017.
  10. ^ Cood, Matthew. "PlayStation 3 Being Discontinued in New Zealand". NZGamer.com. Dicapai pada 16 April 2017.
  11. ^ Yee, Lawrence. "Sony to Halt Playstation 3 Production in Japan". Variety. Dicapai pada 16 April 2017.
  12. ^ "PlayStation 3 announced for 2006". GameSpot. 16 Mei 2005. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  13. ^ a b "IGN: E3 2006: The final word on PlayStation". IGN. 2006-05-24. Dicapai pada 2008-01-14.
  14. ^ "IGN's Official PlayStation 3 FAQ". IGN PlayStation 3. 2007-03-26. m/s. 1 of 4. Dicapai pada 2007-04-23.
  15. ^ "PlayStation 3 Euro launch delayed". BBC. 6 September 2006. Dicapai pada 14 Januari 2008.
  16. ^ "TGS 2006 – TGS 06: No US PS3 price drop; HDMI in 20 GB model". GameSpot. 2006-09-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-17. Dicapai pada 14 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "Sony announces 27 playable titles for the September Tokyo Game Show". IGN. 2006-08-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-17. Dicapai pada 2006-08-16.
  18. ^ "Cell Introduction" (PDF). IBM. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-04-27. Dicapai pada 2008-01-14.
  19. ^ "Sony PlayStation 3 Cell Processor". North Carolina State University. Dicapai pada 2008-01-14.
  20. ^ Martin Linklater. "Optimizing Cell Code". Game Developer Magazine, April 2007. m/s. 15–18. To increase fabrication yelds, Sony ships PlayStation 3 Cell processors with only seven working SPEs. And from those seven, one SPE will be used by the operating system for various tasks, This leaves six SPEs for game programmer to use.
  21. ^ "PlayStation 3 Technical Specifications". SCEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2008. Dicapai pada 14 Januari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ "PS3 Specs". IGN. 2005-05-16. Dicapai pada 2008-01-14.
  23. ^ "DFRWS 2009 Network Forensics - NETRESEC Blog". Netresec. 26 Februari 2011. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  24. ^ "Khronos Developer Presentations Library". khronos.org.
  25. ^ Rayne, Crimson (2 Jun 2014). "ICE Team, AMD & Other Devs Discuss API's – Sony's LibGCM First Modern Low Level API?". Redgamingtech. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  26. ^ Hruschak, PJ (10 April 2008). "Gamertell Review: Sony Dualshock 3 wireless controller". Technologytell. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  27. ^ "NEW PLAYSTATION®3 (CECHH00 SERIES) COMES IN TWO COLOR VARIATIONS AT A NEW PRICE" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  28. ^ "PLAYSTATION®3 AND DUALSHOCK®3 WIRELESS CONTROLLER COME IN A NEW SATIN SILVER COLOR ON MARCH 6th, 2008" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-21. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  29. ^ "NEW 80GB PLAYSTATION®3 BECOMES AVAILABLE IN JAPAN ON OCTOBER 30TH" (Siaran akhbar). Sony Computer Entertainment, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  30. ^ "Building Supercomputer Using PlayStation 3". Console Watcher.com. 28 Ogos 2006. Dicapai pada 28 Ogos 2006.
  31. ^ "Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". PhysOrg.com. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  32. ^ "NC State Engineer Creates First Academic PlayStation 3 Computing Cluster". College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  33. ^ "Sony PS3 Cluster (IBM Cell BE)". Frank Mueller, Associate Professor, College of Engineering, North Carolina State University. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  34. ^ Jon Stokes (28 November 2009). "Sony still subsidizing US military supercomputer efforts". Ars Technica. Dicapai pada 18 Disember 2009.
  35. ^ "AFRL to hold ribbon cutting for Condor supercomputer". www.wpafb.af.mil. The Official Web Site of Wright-Patterson Air Force Base. 17 November 2010. Dicapai pada 15 Disember 2010.
  36. ^ Koff, Stephen (30 November 2010). "Defense Department discusses new Sony PlayStation supercomputer". blog.cleveland.com. Dicapai pada 28 Mac 2011.
  37. ^ "PlayStation 3 used to hack SSL". Engadget. Dicapai pada 31 Oktober 2009.
  38. ^ "Folding@home". Sony Computer Entertainment. Dicapai pada 2007-03-18.
  39. ^ a b "PS3 System Software Update (v4.30): View PS Vita Trophies on your PS3". Sony PlayStation. 22 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  40. ^ "Folding@Home - Client statistics by OS". Stanford University.
  41. ^ "eHiTS". SimBioSys. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-08. Dicapai pada 11 Oktober 2015.
  42. ^ "PlayStation Cell Speeds Docking Programs". Bio-IT World. 14 Julai 2008. Dicapai pada 11 Oktober 2015.