Rabat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rabat

الرباط ar-Rabāṭ
Bandar
Pemandangan bandar Rabat
Pemandangan bandar Rabat
Bendera bagi Rabat
Imej Rabat oleh NASA
Imej Rabat oleh NASA
Lokasi Rabat di Maghribi
Lokasi Rabat di Maghribi
Negara Maghribi
KawasanRabat-Salé-Zemmour-Zaer
Mula didudukiAbad ke-3 SM
Kerajaan
 • JenisPemerintahan beraja
 • PemerintahMohammed VI
 • Datuk bandarOmar El Bahraoui
Luas
 • Jumlah1,088,77 km2 (142.778 batu persegi)
 • Darat634,5 km2 (245 batu persegi)
Ketinggian75 m (246 ft)
Penduduk
 (2009)
 • Jumlah1,787,307
 • Kepadatan5,321/km2 (13,780/batu persegi)
Laman webhttp://www.rabat.ma/

Rabat (Arab: الرباط, transliterasi ar-Rabāṭ or ar-Ribāṭ) ialah ibu negara Maghribi. Bandar ini memiliki penduduk sebanyak 1.2 juta orang (anggaran 2005). Bandar ini juga merupakan ibu kota kawasan Rabat-Salé-Zemmour-Zaer.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Rabat diambil daripada perkataan Arab, الرِّبَاط [ar-ribāṭ], sejenis kubu Islam iaitu ribat. Nama ini dipendekkan daripada frasa رِبَاط الفَتْح [ribāṭu l-fatħ], "ribat pembukaan" yang diperoleh bandar pada 1170 disebabkan oleh kepentingan ketenteraan.[2]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Rabat mempunyai iklim Mediterranean (Csa) dengan musim panas yang agak panas dan musim sejuk yang agak lembap. Dengan kedudukannya di sepanjang Lautan Atlantik, Rabat mempunyai iklim yang sederhana, dengan cuaca dingin pada musim sejuk dan bertukar menjadi panas ketika musim panas. Waktu malam adalah dingin secara sederhana, dengan suhu boleh turun mencecah 0 °C ketika musim sejuk. Pada waktu siang, suhu meningkat sebanyak 7- 8 °C.

Suhu tertinggi musim sejuk lazimnya mencapai hingga 17.2 °C pada Disember hingga Februari. Suhu tertinggi musim panas pula lazimnya pada takat 25 °C tetapi kadangkala boleh mencapai 30 °C, terutamanya ketika berlakunya gelombang haba. Suhu waktu malam pada musim panas biasanya dalam julat 11 °C ke 19 °C dan jarang melebihi 20 °C. Taburan hujan purata tahunan Rabat ialah 560 mm.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Rabat dibahagikan kepada enam buah daerah, yakni lima buah arrondissement dan sebuah perbandaran (Touraga) seperti di bawah:[3]

  • Agdal Riyad
  • El Youssoufia
  • Hassan
  • Souissi
  • Touarga
  • Yacoub El Mansour

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Rabat menempatkan Teater Mohammed V di pusat bandar.

Muzium[sunting | sunting sumber]

Rabat mempunyai beberapa buah muzium termasuklah:

  • Muzium Kesenian Maghribi Udaya
  • Muzium Kesenian Moden dan Kotemporari Mohamed VI (Musée Mohamed VI d'Art Moderne et Contemporain)
  • Muzium Arkeologi Rabat
  • Muzium Antikuiti

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar[sunting | sunting sumber]

Rabat mempunyai hubunga bandar kembar dengan bandar-bandar berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hong Kong Observatory". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2009-08-17.
  2. ^ تاريخ رباط الفتح - عبد الله السويسي (dalam bahasa Arab).
  3. ^ "Population légale d'après les résultats du RGPH 2014 sur le Bulletin officiel N° 6354" (pdf). Haut-Commissariat au Plan (dalam bahasa Arab). Dicapai pada 2015-07-11.
  4. ^ "::Bethlehem Municipality::". www.bethlehem-city.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-24. Dicapai pada 2009-10-10.
  5. ^ "Kardeş Şehirler". Bursa Büyükşehir Belediyesi Basın Koordinasyon Merkez. Tüm Hakları Saklıdır. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-23. Dicapai pada 2013-07-27.
  6. ^ "Guangzhou and Rabat sign sister city agreement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 17 March 2015.
  7. ^ "Lisboa - Geminações de Cidades e Vilas" [Lisbon - Twinning of Cities and Towns]. Associação Nacional de Municípios Portugueses [National Association of Portuguese Municipalities] (dalam bahasa Portuguese). Dicapai pada 2013-08-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Acordos de Geminação, de Cooperação e/ou Amizade da Cidade de Lisboa" [Lisbon - Twinning Agreements, Cooperation and Friendship]. Camara Municipal de Lisboa (dalam bahasa Portuguese). Dicapai pada 2013-08-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Mapa Mundi de las ciudades hermanadas". Ayuntamiento de Madrid. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-26.
  10. ^ "AN^MAR - Red de Hermanamientos entre Ciudades Marroquies y Andaluzas - Convenios y hermanamientas". An-mar.org. 2006-05-01. Dicapai pada 2011-09-15.
  11. ^ "Cooperation Internationale" (dalam bahasa French). © 2003 City of Tunis Portal. Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2008. Dicapai pada 2009-01-31.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]