DasarKuki

Untuk kemudahan anda, kami telah menterjemahkan versi Bahasa Inggeris halaman ini ke dalam Bahasa Melayu. Terjemahan ini hanya untuk tujuan maklumat, dan versi pasti halaman ini adalah versi Bahasa Inggeris.

Kali terakhir dikemaskinikan: 14 April 2022

Dasar kuki ini menerangkan bagaimana Stripe (“Stripe”) menggunakan “kuki” dan teknologi-teknologi lain seumpamanya, sehubungan dengan Laman dan Perkhidmatan kami. Untuk mengetahui lebih banyak tentang laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, sila lihat bahagian 4 di bawah. Sebarang istilah berhuruf besar yang digunakan dan tidak diberi definisi yang lain di bawah ini membawa makna yang diberikan kepadanya dalam Dasar Privasi.

1. Apakah itu Kuki?

Kuki ialah fail kecil teks yang disimpan di dalam direktori penyemak imbas komputer. Kuki membantu penyedia laman dengan perkara-perkara seperti memahami cara orang menggunakan sesuatu laman web, mengingati butiran log masuk Pengguna, dan menyimpan ciri-ciri yang disukai pada sesuatu laman.

2. Adakah Stripe menggunakan Kuki?

Ya. Kami menggunakan kuki menurut Dasar Privasikami untuk:

  • memastikan bahawa Perkhidmatan kami berfungsi dengan betul,
  • mengesan dan mencegah penipuan,
  • memahami bagaimana pelawat menggunakan dan melibatkan diri dengan Laman kami, dan
  • menganalisis dan mempertingkatkan Perkhidmatan.

3. Siapakah yang menetapkan kuki semasa saya menggunakan Laman Stripe?

Terdapat dua jenis utama kuki yang boleh ditetapkan:

  • Kuki pihak pertama: kuki ini diletakkan dan dibaca oleh Stripe secara langsung semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami,
  • Kuki pihak ketiga: kuki ini tidak ditetapkan oleh Stripe, tetapi oleh syarikat-syarikat lain, seperti Google, untuk tujuan menganalisis laman. Lihat butiran selanjutnya di bawah ini mengenai cara menguruskan kuki ini.

4. Bagaimanakah Stripe Menggunakan Kuki

Kuki memainkan peranan penting dalam tugas membantu kami menyediakan Perkhidmatan yang berkesan dan selamat. Di bawah ini ialah keterangan mengenai jenis-jenis kuki yang lazimnya digunakan dan tujuan yang berkenaan dengannya. Setiap bahagian merujuk kepada Papan Pemuka Tetapan Kuki Stripe, dan di situ anda boleh mendapatkan maklumat selanjutnya tentang setiap kuki, dan membuat pilihan anda.

Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut.

Kuki yang Perlu

Beberapa kuki sangat penting untuk operasi Laman dan Perkhidmatan kami dan menjadikannya boleh digunakan dan selamat dengan membolehkan fungsi-fungsi asas seperti pemanduan arah sekitar halaman dan kemasukan ke ruang-ruang berkawal di Laman. Kami menggunakan kuki tersebut dengan pelbagai cara, termasuk:

  • Pengesahan. Untuk mengingati keadaan log masuk anda, supaya anda tidak perlu log masuk semasa memandu arah sekitar Laman dan papan pemuka kami.
  • Pencegahan dan Pengesanan Penipuan. Kuki dan teknologi-teknologi seumpamanya yang kami gunakan pada seluruh Laman kami membantu kami mempelajari pelbagai perkara mengenai komputer dan penyemak imbas web yang digunakan untuk menggunakan Perkhidmatan. Maklumat ini membantu kami memantau dan mengesan penggunaan Perkhidmatan kami yang mungkin berbahaya atau menyalahi undang-undang. Sebagai contoh, untuk memproses transaksi pembayaran untuk Pengguna kami, Stripe perlu mengumpulkan maklumat mengenai transaksi dan Pelanggan. Untuk membantu melindungi transaksi ini dan meminimumkan penipuan, kami mengumpulkan maklumat tambahan melalui penggunaan kuki dan teknologi-teknologi lain yang membantu mengenal pasti pelaku jahat dan menghalang mereka melakukan transaksi penipuan. Pelanggan harus menyemak laman-laman Pengguna kami untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai penggunaan kuki Stripe untuk mengesan penipuan.
  • Keselamatan. Untuk melindungi data pengguna supaya tidak diambil tanpa izin.
  • Kefungsian. Bagi memastikan Laman dan Perkhidmatan kami berfungsi dengan betul, misalnya menunjukkan kepada anda maklumat yang tepat untuk lokasi pilihan anda.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihat bahagian Pengesahan, Pencegahan Penipuan, Keselamatan dan Kefungsian pada Papan Pemuka Tetapan Kuki Stripe. Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut.

Kuki Ciri-ciri Kesukaan

Cookie ciri-ciri kesukaan digunakan oleh Stripe untuk mengingati kesukaan anda dan mengenali anda apabila anda kembali menggunakan Perkhidmatan kami.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihat bahagian Kesukaan pada Papan Pemuka Tetapan Kuki Stripe. Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut.

Kuki Analisis

Kuki analisis membantu kami memahami bagaimana pengunjung berinteraksi dengan Perkhidmatan kami. Kami menggunakan kuki tersebut dengan pelbagai cara, termasuk:

  • Ciri dan Perkhidmatan Laman. Untuk mengingati bagaimana anda lebih suka menggunakan Perkhidmatan kami supaya anda tidak perlu mengatur semula tetapan anda setiap kali anda log masuk ke akaun anda.
  • Untuk Menganalisis dan Meningkatkan Perkhidmatan Kami. Untuk membuatkan Laman dan Perkhidmatan kami berfungsi dengan lebih baik untuk Anda. Kuki membantu kami memahami bagaimana orang mencapai Laman kami dan laman Pengguna kami. Kuki memberi kita pemahaman mengenai peningkatan atau penambahbaikan yang perlu kita buat pada Laman dan Perkhidmatan kami.
  • Tag piksel (juga disebut suar web dan GIF jernih). Mungkin digunakan sehubungan dengan beberapa Perkhidmatan untuk, antara lainnya, menjejaki tindakan Pengguna (seperti penerima e-mel), mengukur keberhasilan kempen pemasaran kami dan menyusun statistik mengenai penggunaan Perkhidmatan dan kadar sambutan.
  • Analisis Pihak Ketiga. Melalui Google Analytics untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan dan melaporkan aktiviti dan trend. Perkhidmatan ini juga dapat mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan laman, aplikasi dan sumber dalam talian yang lain. Anda boleh mengetahui mengenai amalan Google di laman web Google. Lihat butiran selanjutnya di bawah ini mengenai cara menguruskan kuki ini.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihat bahagian Analisis pada Papan Pemuka Tetapan Kuki Stripe. Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut.

Kuki Iklan

Kami dan pemberi perkhidmatan kami akan menggunakan kuki dan teknologi-teknologi seumpamanya di Stripe.com untuk mengarahkan iklan Stripe kepada anda melalui pengiklanan yang disasarkan untuk Perkhidmatan Stripe di laman-laman lain yang anda lawati dan untuk mengukur keterlibatan anda dengan iklan tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihat bahagian Pengiklanan pada Papan Pemuka Tetapan Kuki Stripe. Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut.

5. Bolehkah saya mengecualikan diri?

Boleh, kecuali kuki-kuki yang diperlukan untuk memberi anda Perkhidmatan kami. Untuk laman web yang menjadi ahli gabungan Stripe, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dengan mengunjungi terus laman web tersebut. Penyemak imbas web anda mungkin membenarkan anda menguruskan kuki mengikut kesukaan anda, termasuk kemudahan menghapuskan dan melumpuhkan kuki Stripe. Anda boleh membaca kandungan bahagian bantuan penyemak imbas web anda atau mengikuti pautan di bawah ini untuk memahami pilihan yang ada bagi anda. Sekiranya anda mengambil pilihan untuk melumpuhkah kuki, beberapa ciri Laman atau Perkhidmatan kami mungkin tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.