Bentuk huruf Semitik yang asalnya mungkin diilhamkan dari hieroglif Mesir yang membawa erti "kepala", disebut t-p dalam bahasa Mesir, tetapi dipinjam oleh kaum Semitik bagi bunyi /r/ kerana dalam bahasa mereka, perkataan "kepala" berbunyi Rêš (juga nama hurufnya). Huruf berkenaan berkembang menjadi Ρῥῶ (Rhô) Yunani dan R Latin. Barangkalinya sesetengah bentuk Etruskan dan Yunani Barat bagi huruf ini dibubuh satu lagi garis agar berbeza bentuknya dari huruf P sekarang.
Dalam Huruf Fonetik Antarabangsa, simbol [r] menandakan bunyi getaran alveolus. Sesetengah bahasa ada memakai huruf r dalam abjad (atau skema transliterasi Rumi) masing-masing bagi menandakan konsonan rotik selain getaran alveolus.