Laman Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada (2002-10-26) 26 Oktober 2002 (umur 19).
Kini, kami mempunyai 360,340 buah rencana.

Rencana pilihan

Mohamed bin Hamzah.

Haji Mohamed bin Hamzah merupakan seorang ahli veksilografi dan arkitek. Beliau merupakan pencipta Jalur Gemilang, iaitu bendera Malaysia. Beliau bertugas sebagai seorang arkitek di negeri Johor dan telah ditugaskan untuk membina banyak struktur dan bangunan kerajaan di negeri tersebut.

Beliau paling terkenal dengan karya-karyanya dalam mereka bentuk bendera Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu), Jalur Gemilang. Apabila Persekutuan Tanah Melayu hendak ditubuh, negara tersebut memerlukan satu bendera baharu bagi menggantikan bendera Malayan Union. Beliau juga terkenal kerana mereka bentuk jata negeri Johor, kad jemputan kerajaan Johor, lambang kerajaan, serta bangunan-bangunan seperti Dewan Jubli Intan di Johor. (Rencana penuh...)

Tahukah anda...

Volkswagen Beetle
  • "... bahawa motosikal sport menumpukan lebih ke arah prestasi daripada keselesaan atau muatan?"  
  • "... bahawa bandar Venice terdiri daripada 117 pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan?"  
  • "... bahawa saiz udon dikawal oleh pemiawaian di Jepun?" 

Hari ini dalam sejarah

10 September: Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967)

Maharani Elisabeth dari Austria

Hari-hari sebelum: 9 September8 September7 September

Gambar pilihan

Penyerahan Jepun - USS Missouri

Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun adalah perjanjian bertulis yang memperakui penyerahan kalah Empayar Jepun, yang menandakan berakhirnya Perang Dunia II. Ia telah ditandatangani oleh perwakilan dari Empayar Jepun, Amerika Syarikat, Republik China, United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Kesatuan Republik Sosialis Soviet, Komanwel Australia, Dominion Kanada, Kerajaan Sementara Republik Perancis, Kerajaan Beraja Belanda, dan Dominion New Zealand. Upacara ini berlangsung di atas geladak kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo pada 2 September 1945. Gambar tersebut menunjukkan perwakilan dari Empayar Jepun yang berada di kapal USS Missouri sebelum menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah.

Kredit gambar: Kor Isyarat Tentera Darat di Arkib Negara Amerika Syarikat

Wikipedia dalam bahasa lain (mengikut susunan jumlah rencana) Wikipedia dalam bahasa lain

Wikimedia-logo.svg Projek Wikimedia yang lain

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wiktionary small.svg
Wikikamus
Kamus bebas
Wikinews-logo.svg
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote-logo.svg
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibooks-logo.svg
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies-logo.svg
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisource-logo.svg
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity-logo.svg
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons-logo.svg
Commons
Koleksi multimedia bebas
Wikimedia Community Logo.svg
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata-logo.svg
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki-2020-icon.svg
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas