Laman Utama
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002 . Kini, kami mempunyai 358,847 buah rencana.
Senarai portal · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
Rencana pilihan Perang Cimpanzi Gombe merupakan sebuah konflik ganas antara dua kelompok cimpanzi di Taman Negara Sungai Gombe, Tanzania yang berlangsung dari tahun 1974 hingga tahun 1978. Kedua-dua kumpulan ini pernah disatukan dalam komuniti Kasakela. Menjelang tahun 1974, penyelidik Jane Goodall menyedari masyarakatnya berpecah. Dalam jangka masa lapan bulan, sebilangan besar cimpanzi memisahkan diri mereka ke wilayah selatan Kasakela dan namanya diubah menjadi kelompok Kahama. Kumpulan pemisah tersebut terdiri daripada tujuh cimpanzi jantan dewasa, tiga betina dewasa dan anak-anak mereka. Kelompok Kasakela ditinggalkan dengan lapan jantan dewasa, dua belas betina dewasa dan anak-anak mereka. Selama konflik empat tahun itu, semua jantan dari komuniti Kahama terbunuh, mengakibatkan kelompok tersebut terbubar. Kelompok Kasakela kemudian berkembang ke wilayah yang lebih jauh tetapi kemudian ditolak oleh komuniti cimpanzi lain. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini:
Berita terkini
|
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 9 Julai: Hari Kemerdekaan di Argentina (1816) dan Sudan Selatan (2011)
|
Gambar pilihan
|
|