Ahad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Ahad (Tulisan Jawi:احد, bahasa Inggeris: Sunday) atau Minggu (Ind.) ialah hari pertama dalam seminggu. Nama hari Ahad berasal daripada Bahasa Arab, yang mana Ahad itu bermakna satu, iaitu hari yang pertama dalam seminggu malah merupakan antara hari penanda hujung atau akhir minggu.

Menurut International Organization for Standardization ISO 8601, hari ini dianggap sebagai hari ketujuh dalam seminggu. Kaedah merakam dan mencatat penanggalan dan waktu secara teliti ini telah digunakan sejak tahun 1988.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Perkataan Ahad yang berarti "[salah] satu [dari..]" atau "penyatuan" dan diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu al-aḥad الأَحَـد‎‎; ia kognat perkataan bermaksud sama dalam Bahasa Ibrani: אֶחָד‎, translit. 'eḥāḏ yang bererti "satu dari banyak" atau "penyatuan" yakni perkataan ini memberi makna "hari pertama dalam seminggu".[1] Perkataan ini banyak digunakan di Malaysia, (melalui bahasa bakunya), Singapura dan Brunei; malah ia juga dipakai sesetengah kawasan di Indonesia namun tidak secara rasmi.

Di Indonesia pula, perkataan Minggu atau Hari Minggu lebih digunakan secara rasmi dalam bahasa baku negara ini manakala unit masa yang disebut sebagai "minggu" dikenali di negara tersebut sebagai "pekan" (disebut [pĕ.kan]). Perkataan ini diambil dari bahasa Portugis, Dominggo (dari bahasa Latin dies Dominicus yang bererti "dia do Senhor" atau "hari Tuhan kita"). Dalam bahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagai Dominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Nama dalam bahasa lain[sunting | sunting sumber]

Nama lain lagi untuk hari ini adalah Aditya, Raditya, Redite atau Dite yang diambil dari bahasa Sanskrit yang berarti matahari, mirip dengan pengertian dalam bahasa-bahasa di Eropah, misalnya bahasa Inggeris "Sunday" yang bererti "hari matahari".

Bahasa Kata Maksud
Jerman Sonntag Hari matahari
Mandarin 星期日 (xīng qī rì)
Belanda Zondag
Inggeris Sunday
Jepang 日曜日 / Nichiyōbi
Sweden Söndag
Denmark Søndag
Catalonia Diumenge "Hari Tuhan"
Castelhano Domingo
Esperanto Dimanĉo
Perancis Dimanche
Galego Domingo
Yunani Κυριακή
Itali Domenica
Portugis Domingo
Melayu (Ind.) Minggu
Romania Duminică
Estonia Pühapäev
Poland Niedziela
Basque Igande
Turki Pazar
Ceko Neděle "Hari istirahat".
Lituania Sekmadienis Hari ketujuh
Arab أحد (Ahad) pertama, satu
Melayu (Mal, Sin, Bru) Ahad

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Dalam agama[sunting | sunting sumber]

Bagi umat Kristian, hari Minggu identik dengan Hari Tuhan dan hari kebangkitan, selain hari peristirahatan dan hari untuk beribadah (anak-anak pergi ke ibadah sekolah minggu). Hal ini bersumber dari tradisi Sabat atau hari perhentian bagi orang Yahudi yang jatuh pada hari ketujuh (Sabtu). Hari peristirahatan tersebut bergeser pada hari pertama sejak peristiwa Kebangkitan Yesus yang terjadi pada hari pertama (yakni hari Paskah)[3], sehingga seiring berjalannya waktu, gereja mula-mula memperingati hari ahad sebagai hari berhenti kerja bagi orang Kristian untuk mengingati akan kebangkitan pengutus mereka.

Pada tanggal 7 Mac 321, Maharaja Konstantinus I, menetapkan hari Minggu sebagai hari peristirahatan bangsa Rom. Para reformator gereja, Martin Luther dan Jean Calvin memandang hari ini sebagai institusi sipil yang dibuat oleh manusia, yang menyediakan waktu bagi manusia untuk beristirahat dan beribadah.[4]

Katekismus Singkat Westminster (1647) menjelaskan

59. Hari apa di antara ketujuh hari yang Allah tetapkan menjadi hari Sabat mingguan?
Jawab: Dari permulaan dunia hingga kebangkitan Kristus, Allah menetapan hari ketujuh menjadi hari Sabat mingguan; sesudah itu hari pertama, sampai akhir dunia. Hari itu adalah hari Sabat Kristen. (Kej 2:2-3; 1Ko 16:1, 2; Kis 20:7)

Sementara Katekismus Panjang Westminster menjabarkan lebih lanjut tentang perayaan Sabat (Dasa Titah yang keempat)

116. Apa yang dituntut dalam hukum yang keempat?
Jaw. Hukum yang keempat menuntut agar semua orang menguduskan dan membaktikan kepada Allah waktu-waktu tertentu, yang telah ditetapkan-Nya dalam Firman-Nya, khususnya satu hari penuh setiap tujuh hari. Dari permulaan dunia hingga kebangkitan Kristus, hari itu ialah hari ketujuh; sesudah itu hari pertama tiap-tiap minggu; begitu pula untuk seterusnya sampai akhir dunia. Hari itulah hari Sabat Kristen (Ula 5:12, 14; Kej 2:2-3; 1Ko 16:1-2; Kis 20:7; Mat 5:17-18; Yes 56:2, 4, 6-7), yang dalam Perjanjian baru disebut 'Hari Tuhan'. (Wah 1:10)

Keutamaan lain[sunting | sunting sumber]

Hari Minggu adalah sebuah hari libur atau cuti di banyak negara di dunia. Sektor awam biasa berhenti pada hari ini, namun sektor swasta seperti hotel dan restoran biasanya tetap buka atau malah mengalami lonjakan permintaan dari turis yang berlibur atau hanya sekadar berakhir pekan. Kantor-kantor bisnis yang bukan ritel, biasa tutup pada hari Minggu, namun ada juga kilang yang tetap beroperasi 7 hari seminggu.

Agama Kristian menganggap ia sebagai hari besar untuk para penganutnya sepertimana Jumaat untuk para penganut Islam dan hari Sabtu untuk para penganut agama Yahudi (melalui Shabbat); oleh itu kebanyakan orang beragama Kristian pergi ke gereja untuk menjalankan ibadat mingguan mereja pada hari ni. Salah satu perayaan utama orang Kristian juga disambut pada hari Ahad iaitu Hari Ahad Easter.

Di beberapa negara dalam Dunia Islam seperti Malaysia (yakni diamalkan sesetengah negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, dan Kedah) serta Israel (kerana sudahnya Shabbat) hari ini adalah hari pertama masuk kerja.

Kebanyakan surat khabar di Malaysia, Indonesia dan banyak negara lainnya menerbitkan naskhah edisi yang lebih besar pada hari Ahad. Ukuran ini kerana selalunya naskhah pada hari itu memasukkan bahagian kartun, hiburan dan iklan yang lebih.

Pertandngan olahraga sering dilangsungkan pada hari ini juga ketika banyak orang tidak bekerja.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Hari lain dalam seminggu
Topik lain

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lihat definisi אֶחָד
  2. ^ van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1839). Beknopte Maleische spraakkunst en chrestomathie met Italiaansch en Arabisch karakter: benevens een volledig hoog en laag Maleisch en Nederduitsch woordenboek met Italiaansch karakter (dalam bahasa Belanda). Broese & comp. m/s. 71.
  3. ^ Lukas 24:1
  4. ^ R. J. Bauckham (1982), D. A. Carson (penyunting), "Sabbath and Sunday in the Protestant tradition", From Sabbath to Lord's Day, Zondervan: 311–342