Rom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Rom

Roma
Colosseum in Rome, Italy - April 2007.jpg
Bendera bagi Rom
Nama panggilan: 
The Eternal City
Moto: 
Senātus Populusque Rōmānus (SPQR)  (Latin)
NegaraItali
KawasanLazio
WilayahRom (RM)
Diasaskan21 April 753 SM (tradisional)
Kerajaan
 • Datuk BandarGianni Alemanno
Ketinggian
+20 m (66 ft)
Penduduk
 (31 Disember 2019)
 • KedudukanPertama (Itali)
Ketiga (Kesatuan Eropah)
 • Kepadatan2,236/km2 (5,790/batu persegi)
 • Komun
2,860,009[1]
 • Bandar metropolitan
4,342,212[2]
Poskod
00121 to 00199
Kod kawasan06
Santo penaungSanto Petrus dan Santo Paulus
Laman webcomune.roma.it
Pusat Bersejarah Rom, Hartanah Takhta Suci di Bandar dengan Hak Pascawilayah dan San Paolo Fuori le Mura
Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Roma dall'aereo.JPG
Maklumat am
Nama asliRoma
LokasiWilayah Rom, Negeri-Negeri Paus, Rome, Rom kuno, Republik Rom, Empayar Rom, Empayar Rom Barat, Roma Capitale, Itali Sunting ini di Wikidata
Koordinat41°53′35″N 12°28′58″E / 41.8931°N 12.4828°E / 41.8931; 12.4828
Kawasan1,287.36 km2 (1.38570×1010 ka2) [3]
KriteriaI, II, III, IV, VI
Rujukan91
Inskripsi1980 (sesi ke-4)
Dalam bahaya
Laman sesawangwww.comune.roma.it
Rom yang terletak di Itali
Rom
Lokasi Rom
Lihat pendokumenan templat ini

Rom (disebut /roʊm/; Bahasa Itali: Roma, ˈroma; Bahasa Latin: Roma; Bahasa Inggeris: Rome) merupakan ibu negara Itali dan bandar raya terbesar dan paling ramai penduduk negara itu, dengan lebih 2.7 juta penduduk dalam sebuah perbandaran lebih kurang 1,285.3 km2 (496.3 batu persegi), manakala penduduk kawasan bandar adalah dianggarkan 3.46 juta oleh Eurostat.[4] OECD menganggarkan Kawasan metropolitan Rom mempunyai 3.7 juta penduduk.[5] Bandar ini terletak di bahagian barat-tengah Semenanjung Itali, di sungai Tiber.

Rom juga sering dikaitkan dengan Gereja Roman Katolik dan ketua uskupnya, Paus. Satu enklaf Rom ialah Kerajaan Kota Vatican, wilayah berdaulat Takhta Suci dan negara paling kecil di dunia.

Sebagai satu daripada beberapa bandar utama Eropah yang terselamat dari Perang Dunia Kedua, Rom tengah pada dasarnya kekal dengan ciri Renaissance dan Baroque seperti biasa. Rom adalah destinasi pelancong ketiga paling dilawati dalam Kesatuan Eropah,[6] dan pusat sejarah disenaraikan UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia [7]. Seperti satu bandar moden ia menjadi ibu negara Itali semenjak 1870, dan bertumbuh terutamanya dalam dua jangka masa salah satu sisi Perang Dunia II.

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 753S M, Romulus telah membuka sebuah bandar di sini, di Lembah Latium yang didiami oleh penduduk-penduduk Latin pada masa itu. Pada tahun 1509, Rom telah menubuhkan sistem Republik selepas rakyat bangun menentang rajanya yang memerintah secara mutlak. Penentangan ini dipimpin oleh golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician. Pada masa kedua Masihi, telah wujudnya Majlis Perbandaran untuk mentadbir bandar- bandar di Rom. Pada masa yang sama, Pompei dijadikan bandar contoh.Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang, dan colloseum. Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China dan sebagainya.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Rom memiliki iklim Mediterranean bermusim panas hangat dan kering (pengelasan iklim Köppen: Csa),[8] dan musim sejuk yang dingin dan lembap.

Suhu tahunannya lazimnya bernilai melebihi 20 °C (68 °F) pada siang hari dan 10 °C (50 °F) pada malam. Salji jarang turun tetapi bukannya tidak pernah, dengan salji ringan atau salji yang turun seccara tiba-tiba terjadi pada hampir setiap musim dingin, umumnya tanpa pengumpulan, dan hujan salji besar terjadi sekali setiap 20 atau 25 tahun; kali terakhir terjadi pada tahun 2012.[9] Dalam bulan terdingin (Januari), suhu purata ialah 12 °C (54 °F) ketika siang dan 3 °C (37 °F) ketika malam. Dalam bulan-bulan terpanas (Julai dan Ogos), suhu purata mencecah 30 °C (86 °F) pada waktu siang dan 18 °C (64 °F) pada malam.

Kelembaban relatif purata Rom adalah sekitar 75%, dengan julat daripada 72% pada Julai sampai 77% pada November. Suhu laut berjulat daripada yang terendah mencecah 13 °C (55 °F) pada Februari dan Mac sehingga nilai tertinggi iaitu 24 °C (75 °F) pada bulan Ogos.[10]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Dengan KDNK 2005 €94.376 bilion (AS$121.5 bilion),[11] bandar raya itu menghasilkan 6.7% daripada KDNK negara (lebih daripada mana-mana bandar raya yang lain di Itali), dan kadar penganggurannya, dikurangkan dari 11.1% ke 6.5% di antara 2001 dan 2005, kini adalah salah satu daripada kadar terendah di semua ibu negara Kesatuan Eropah.[11] Rom bertumbuh +4,4% setiap tahun dan terus bertumbuh pada satu kadar yang tinggi dalam perbandingan dengan mana-mana bandar lain dalam negara itu.[11]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Bidang seni bina di Rom telah berkembang selama berabad-abad lamanya, terutamanya dari gaya Rom Imperial dan Klasik sampai seni bina fasis moden. Rom pada satu tahap pernah menjadi salah satu pusat-pusat seni bina klasik utama dunia dengan mengembangkan bentuk-bentuk seni bina baharu seperti gerbang, kubah, dan kekubah.[12] Gaya Romanesque pada abad ke-11 hingga ke-13 juga banyak digunakan dalam seni bina tempatan, dan seterusnya, kota ini menjadi salah satu pusat-pusat utama seni bina Renaissance, Baroque, dan neoklasik.[12]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rom merupakan salah satu pusat utama pendidikan tinggi kebangsaan dan antarabangsa yang meliputi banyak akademi, isntitut pengajian tinggi, dan universiti. Rom memiliki pelbagai akademi dan institut pengajian tinggi, serta sentiasa menjadi pusat utama pendidikan dan inteletual di seluruh dunia, khususnya sepanjang zaman Rom purba dan Renaissansce, bersama-sama dengan Firenze (Florence).[13] Menurut Indeks Penjenamaan Bandar, Roma dipandang sebagai bandar kedua di dunia yang paling indah dan menarik dari segi budaya, pendidikan, dan sejarah.[14]

Universiti pertamanya, La Sapienza (didirikan pada 1303), merupakan salah satu universiti-universiti terbesar di dunia, dengan lebih daripada 140,000 orang mahasiswa; Universiti Sapienza pada 2005 diberi kedudukan sebagai universiti ke-33 terbaik di Eropah[15] dan pada tahun 2013 menempati peringkat ke-62 di dunia serta teratas di Itali.[16]

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Rom mempunyai satu bandar berkembar, dan sejumlah bandar rakan kongsi:

Bandar berkembar[sunting | sunting sumber]

Bandar rakan kongsi[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Lucentini, Mario (2002). La Grande Guida di Roma (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori. ISBN 88-8289-053-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Spoto, Salvatore (1999). Roma Esoterica (dalam bahasa Italian). Rome: Newton & Compton Editori. ISBN 88-8289-265-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Richard Brilliant (2006). Roman Art. An American's View. Rome: Di Renzo Editore. ISBN 88-8323-085-X.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "I numeri di Roma Capitale" (PDF). Comune di Roma. 31 Disember 2018. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 May 2020. Dicapai pada 4 Mei 2020.
  2. ^ "Popolazione residente al 1° gennaio".
  3. ^ "Superficie di Comuni Province e Regioni italiane al 9 ottobre 2011". Istituto Nazionale di Statistica. Dicapai pada 16 Mac 2019.
  4. ^ "Urban Audit". Urbanaudit.org. Dicapai pada 2009-03-03.
  5. ^ OECD. "Competitive Cities in the Global Economy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-06-14. Dicapai pada 2009-04-30.
  6. ^ Caroline Bremner. "Top 150 City Destinations London Leads the Way". Euromonitor International. Dicapai pada 2008-11-09.
  7. ^ http://whc.unesco.org/en/list/91 - Masukan mengenai Rom di tapak rasmi Pusat Warisan Dunia UNESCO
  8. ^ "World Map of Köppen−Geiger Climate Classification".
  9. ^ "Storia della neve a Roma". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 2 Oktober 2014.
  10. ^ Rome Climate. Retrieved 9 August 2012
  11. ^ a b c "Rapporto Censis 2006". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-18. Dicapai pada 2009-05-08.
  12. ^ a b Eyewitness Travel (2006), pg.36–37.
  13. ^ "Roman Academies". Catholic Encyclopedia. Newadvent.org. 1 March 1907. Dicapai pada 3 February 2010.
  14. ^ "How the world views its cities" – The Anholt City Brands Index 2006[pautan mati]
  15. ^ "Arwu.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-29. Dicapai pada 2020-12-26.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  16. ^ "http://cwur.org/top100.html". Center for World University Rankings. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2013. Dicapai pada 17 Julai 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); External link in |title= (bantuan)
  17. ^ "International relations: Special partners". Portal of the City of Paris. Dicapai pada 2008-11-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rasmi
Lain-lain