Pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim 2019 ialah kejadian pencemaran air yang berlaku pada 7 Mac 2019, berpunca daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Beberapa pelajar dan pekerja kantin dari dua sekolah berhampiran sungai mula jatuh sakit dan mengadu kesukaran bernafas, sehingga mereka dihantar ke Hospital Sultan Ismail(gambar). Gelombang keracunan air kedua berkuat kuasa pada 11 Mac dengan 106–207 lagi mangsa telah dimasukkan ke hospital sebelum meningkat kepada lebih daripada 1,000 mangsa. Pembuangan secara haram itu mengeluarkan asap toksik, menjejaskan 6,000 orang dan 2,775 menerima rawatan. Kebanyakan mangsa ialah pelajar sekolah—110 sekolah kemudian ditutup di sepanjang sungai. (Rencana penuh...)
"... bahawa ramai tidak menyedari sebelum Din Beramboi berlakon dan terlibat serius dalam bidang penyiaran, beliau ialah seorang penyanyi dengan menubuhkan kumpulan rock sendiri, Diplomasi?"
"... Burj Khalifa (830m) telah mempertahankan rekod sebagai bangunan tertinggi di dunia selama 11 tahun berturut-turut sejak 2010. Namun rekod ini hanya menunggu hari sahaja untuk dicabar oleh Menara Jeddah (1007m) yang sedang dibina"
Kebakaran liar ialah mana-mana kebakaran tidak terkawal dalam tumbuh-tumbuhan mudah terbakar yang terjadi di kawasan desa atau belantara. Kebakaran liar berbeza dengan kebakaran lain dari segi saiznya yang besar, kepantasanya merebak daripada sumber asal, kebarangkaliannya mengubah arah tanpa dijangka, dan kebolehannya melompat luang seperti jalan, sungai dan langkau api. Kebakaran liar dicirikan mengikut punca penyalaan, sifat fizikal seperti laju penyebaran, bahan mudah terbakar yang wujud, dan kesan cuaca terhadap api. Beberapa penyebab untuk terjadinya kebakaran liar — sambaran petir pada hutan yang kering karena musim kemarau yang panjang, kecerobohan manusia antara lainnya membuang puntung rokok sembarangan dan lupa mematikan api di perkemahan, kegiatan gunung berapi seperti terkena aliran lahar atau awan panas dari letusan gunung berapi, tindakan yang disengajakan seperti untuk membersihkan kawasan pertanian atau membuka lahan pertanian baru dan tindakan vandalisme, dan kebakaran di bawah tanah pada daerah tanah gambut yang dapat menyulut kebakaran di atas tanah pada saat musim kemarau.
Gambar tersebut adalah salah satu kebakaran liar pada pokok-pokok semasa kebakaran Woolsey Flat, California, A.S. pada tahun 2018.