Bagaimanakah saya boleh mengubah atau menetapkan semula kata laluan Facebook saya?
Tukar platform:
Bantuan KomputerUbah Kata Laluan Anda
Untuk mengubah kata laluan anda di Facebook jika anda telah mengelog masuk:
- Klik di bahagian atas sebelah kanan Facebook.
- Pilih Tetapan & Privasi, kemudian klik Tetapan.
- Klik Keselamatan dan Log Masuk.
- Klik Sunting di sebelah Ubah kata laluan.
- Masukkan kata laluan semasa dan kata laluan baharu anda.
- Klik Simpan Perubahan.
Jika anda sudah mengelog masuk tetapi terlupa kata laluan anda, ikut langkah di bawah Ubah Kata Laluan Anda kemudian klik Terlupa kata laluan anda? dan ikut langkah untuk menetapkannya semula. Sentiasa ingat bahawa anda memerlukan akses kepada e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda.
Tetapkan Semula Kata Laluan Anda
Untuk menetapkan semula kata laluan anda jika anda tidak mengelog masuk ke Facebook:
- Pergi ke Cari Halaman Akaun Anda.
- Taipkan e-mel, nombor telefon mudah alih, nama penuh atau nama pengguna yang dikaitkan dengan akaun anda, kemudian klik Cari.
- Ikut arahan pada skrin.
Atas sebab keselamatan, anda tidak dapat menggunakan nombor telefon mudah alih yang sama yang anda gunakan bagi pengesahan dua faktor untuk menetapkan semula kata laluan anda. Anda perlu menambahkan nombor telefon mudah alih atau alamat e-mel yang lain pada akaun anda untuk menetapkan semula kata laluan anda, jika perlu.
Jika anda masih menghadapi kesulitan, kami boleh membantu anda mendapatkan semula akaun anda.
Artikel Berkaitan
Artikel Berkaitan