2014
Jump to navigation
Jump to search
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2014. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2014 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2014 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Rabu dalam kalendar Gregory.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
Januari[sunting | sunting sumber]
- 1 Januari - Latvia menjadi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) ke-18 yang menggunakan euro sebagai mata wang.
- 4 Januari - Tahun Melawat Malaysia 2014 (gambar logo) dirasmikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- 5 Januari - Liga Awami Bangladesh pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina Wazed memenangi pilihan raya umum Bangladesh.
.
- 11 Januari - Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon meninggal dunia setelah berada dalam keadaan vegetatif berterusan selama lapan tahun.
- 15 Januari - Ahli arkeologi menemui makam firaun Sobekhotep I dan Seneb Kay daripada dinasti yang sebelum ini tidak diketahui, Dinasti Abydos.
- 17 Januari - Pahang FA memulakan saingan Liga Malaysia musim 2014 dengan langkah kanan selepas menewaskan Lions XII 1-0 pada perlawanan Piala Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
- 18 Januari - Ahli sains dilaporkan mengukur spektrum optik kilat bebola buat pertama kali.
- 22 Januari
- Planet kerdil Ceres dicerap mengeluarkan wap air.
- Di tengah-tengah rusuhan anti kerajaan (gambar), perdana menteri Ukraine Mykola Azarov meletakkan jawatan.
- 27 Januari - Adun Kajang Lim Chin Cheh meletakkan jawatan.
Februari[sunting | sunting sumber]
- 1 Februari - Monorel pertama India sejak kemerdekaannya, Monorel Mumbai dilancarkan.
- 7 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 bermula (gambar) di Sochi, Rusia.
- 11 Februari - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila sebuah pesawat tentera terhempas di Algeria.
- 13 Februari - Letusan Gunung Kelud mengakibatkan ribuan penduduk Jawa dipindahkan dan tujuh lapangan terbang ditutup.
- 20 Februari - Biatlet Norway Ole Einar Bjørndalen menjadi atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk paling berjaya dengan 13 pingat.
- 22 Februari - Sesudah kekacauan awam, parlimen Ukraine membebaskan bekas PM Yulia Tymoshenko dan menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych.
- 23 Februari - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 berakhir (gambar) dengan tuan rumah Rusia mendapat pingat terbanyak.
Mac[sunting | sunting sumber]
- 1 Mac
- Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
- Jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (gambar) dirasmikan Perdana Menteri Malaysia.
- 6 Mac - Majlis Tertinggi Krimea mengundi meninggalkan Ukraine dan memohon menyertai Persekutuan Rusia.
- 7 Mac - Mahkamah Jenayah Antarabangsa mendapati bekas ketua militia Republik Demokratik Congo Germain Katanga bersalah melakukan jenayah perang pada 2003.
- 8 Mac - Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dinaiki 239 orang, hilang di Teluk Thailand.
- 10 Mac - Chiquita dan Fyffes bersetuju bergabung, membentuk syarikat pengeluar pisang terbesar di dunia.
- 15 Mac - Amerika Syarikat mengumumkan akan melepaskan kawalan zon akar DNS, menghentikan pengawasannya terhadap ICANN.
- 16 Mac - Nico Rosberg memenangi perlumbaan pertama Formula Satu musim 2014 Grand Prix Australia.
- 17 Mac - Selepas berjayanya pungutan suara pemisahan, Republik Krimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan memulakan proses kemasukan ke Persekutuan Rusia.
- 23 Mac
- Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Piala Sultan Azlan Shah buat kali keempat berturut-turut.
- PKR berjaya mempertahankan DUN Kajang dalam pilihan raya kecil.
- 24 Mac - Penerbangan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan 370 (gambar pesawat), yang hilang pada 8 Mac, berakhir di selatan Lautan Hindi tanpa ada yang terselamat.
- 28 Mac - Majlis Atlantik Utara melantik Jens Stoltenberg sebagai Setiausaha Agung NATO yang berikutnya.
- 29 Mac - Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Balingian dalam pilihan raya kecil.
April[sunting | sunting sumber]
- 3 April - Ahli sains mendapati bahawa salah satu bulan Zuhal, Enceladus mempunyai lautan air cecair di bawah permukaan bekunya.
- 6 April - Viktor Orbán terpilih semula sebagai Perdana Menteri Hungary selepas partinya memenangi pilihan raya parlimen.
- 7 April - Lebih 100 orang meninggal dunia akibat wabak Ebola di Afrika Barat.
- 16 April - Dua maut, 368 selamat dalam tragedi feri karam di Korea Selatan .
- 17 April - Bekas pengerusi DAP, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan awal pagi yang berlaku di KM 306 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada kira-kira 1.30 pagi.
- 18 April
- Abdelaziz Bouteflika (gambar) telah dipilih semula sebagai Presiden Algeria setelah memperoleh 82% undian dalam pilihan raya.
- 16 orang jurupandu Nepal terbunuh dalam satu runtuhan salji di Gunung Everest.
Mei[sunting | sunting sumber]
- 1 Mei - Seah Leong Peng meninggal dunia di Kuala Lumpur.
- 11 Mei - Adun Kijal merangkap Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad bin Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO ekoran perletakan jawatan.
- 12 Mei
- Narendra Modi telah dipilih semula sebagai Perdana Menteri India setelah memperoleh 51.9% undian dalam pilihan raya.
- Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu baharu.
- 25 Mei
- DAP berjaya mempertahankan Parlimen Bukit Gelugor dalam pilihan raya kecil.
- Jepun menjulang pertama juara Badminton Piala Thomas 2014.
- 29 Mei - Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilantik menjadi Sultan Perak ke-35 menggantikan ayahanda baginda yang telah mangkat.
- 31 Mei - Barisan Nasional berjaya mempertahankan Parlimen Teluk Intan dalam pilihan raya kecil.
Jun[sunting | sunting sumber]
- 7 Jun - Pahang FA muncul juara Piala FA Malaysia 2014 selepas menewaskan Felda United FC dalam aksi final.
- 13 Jun - Piala Dunia FIFA 2014 diadakan di Brazil.
- 15 Jun - Pasukan hoki kebangsaan Australia menjuarai Hoki Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.
- 21 Jun
- Qari dan qariah Malaysia menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1435H.
- Hafazan lelaki dan wanita Malaysia menjadi johan Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Antarabangsa 1435H.
- 24 Jun - PDRM FA menjadi juara Liga Perdana Malaysia 2014.
- 25 Jun - Johor Darul Takzim FA menjadi juara Liga Super Malaysia 2014.
Julai[sunting | sunting sumber]
- 13 Julai - Piala Dunia FIFA diakhiri dengan Jerman mengalahkan Argentina dalam perlawanan akhir, 1-0 ketika masa tambahan, manakala Miroslav Klose (gambar) menjadi penyumbat gol terbanyak musim ini dalam sejarah.
- 17 Julai - Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 orang di dalamnya.
- 23 Julai
- Sekurang–kurangnya 48 orang terbunuh apabila Penerbangan 222 TransAsia Airways (gambar pesawat) terhempas di atas bangunan kediaman di Pulau Penghu sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Huxi Penghu, Taiwan.
- Sukan Komanwel 2014 bermula di Glasgow, Scotland.
- 24 Julai − Penerbangan 5017 Air Algerie (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Ouagadougou ke Algiers terhempas di Niger kerana cuaca buruk mengorbankan kesemua 116 orang di dalamnya.
Ogos[sunting | sunting sumber]
- 3 Ogos
- Sukan Komanwel 2014 berakhir dengan tuan rumah Scootland mendapat pingat terbanyak.
- England mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Komanwel ke-20.
- 10 Mei - Adun Pelabuhan Klang merangkap Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan keluar dari parti PKR ekoran perletakan jawatan.
- 11 Ogos - Recep Tayyip Erdogan telah dipilih semula sebagai Presiden Turki setelah memperoleh 52% undian dalam pilihan raya.
- 20 Ogos - Noor Zahidi Omar meninggal dunia pada usia 57 tahun di Guangzhou.
- 22 Ogos - Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Hari Perkabungan Negara, mengorbankan kesemua 43 orang Rakyat Malaysia di dalamnya.
- 31 Ogos - 3 wakil daripada China, 1 wakil daripada Sepanyol, dan 1 wakil daripada Korea Selatan, berjaya memenangi Kejohanan Dunia BWF 2014 di cabang masing-masing.
September[sunting | sunting sumber]
- 19 September - Sukan Asia 2014 bermula di Incheon, Korea Selatan.
- 23 September - Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor baharu.
- 25 September - Barisan Nasional berjaya mempertahankan DUN Pengkalan Kubor dalam pilihan raya kecil.
Oktober[sunting | sunting sumber]
- 4 Oktober
- Sukan Asia 2014 berakhir dengan tuan rumah Korea Selatan mendapat pingat terbanyak.
- China mendapat pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia ke-17.
- 18 Oktober - Kelab bola sepak Al-Qadsia menjuarai Piala AFC 2014.
- 20 Oktober - Joko Widodo ( Jokowi ) telah dipilih semula sebagai Presiden Indonesia setelah memperoleh 53.15% undian dalam pilihan raya.
- 25 Oktober - Kelab bola sepak Western Sydney Wanderers menjuarai Liga Juara-Juara Asia 2014.
- 28 Oktober − Ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim dihukum penjara selama lima tahun, selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau didapati bersalah dalam tuduhan meliwat.
November[sunting | sunting sumber]
- 1 November - Pahang FA muncul juara Piala Malaysia 2014selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim FA 5-3 menerusi sepakan penalti setelah terikat 2-2 tamat penuh permainan 30 minit masa tambahan.
- 10 November - Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (gambar pesawat), dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Hari Perkabungan Negara, mengorbankan kesemua 193 orang Rakyat Belanda di dalamnya.
Disember[sunting | sunting sumber]
- 6 Disember - Taufan Hagupit (imej satelit), siklon tropika 2014 terkuat, menyebabkan kerosakan besar dan ribuan orang maut di Filipina.
- 14 Disember - Banjir di beberapa buah negara Asia Tenggara pada penghujung bulan Disember 2014 adalah yang terburuk.
- 15 Disember - Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata tunggal, Man Haron Monis, memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja sebuah kafe coklat Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Tiga mati dan salah seorang ialah suspek.
- 20 Disember -Piala Suzuki AFF 2014 secara rasmi dibuka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.
- 28 Disember - Pihak berkuasa mengesahkan penemuan serpihan dan mayat daripada Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia (gambar pesawat), yang terhempas dalam perjalanan ke Singapura dengan 162 orang penumpang.
- 31 Disember - Ambang Tahun Baharu dibatalkan ekoran Banjir Besar.
Tarikh tepat tidak pasti[sunting | sunting sumber]
- Penemuan dendrogramma pada tahun 1986 diperkenalkan kepada umum.
Kematian[sunting | sunting sumber]
Januari[sunting | sunting sumber]
- 11 Januari - Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel. (lahir 1928).
April[sunting | sunting sumber]
- 17 April - Karpal Singh, bekas pengerusi DAP. (lahir 1940).
Mei[sunting | sunting sumber]
- 1 Mei - Seah Leong Peng , bekas Ahli Parlimen Teluk Intan.
- 6 Mei - Abdul Aziz bin Sattar , bekas Pelakon veteran. (Lahir 1925).
- 7 Mei - Jamal Muhamad, bekas Speaker Mini Parlimen.
- 21 Mei - Tan Sri Tunku Sultan Baldishah, bekas Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah. (Lahir 1939).
- 28 Mei - Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, bekas Sultan Perak ke-34. (Lahir 1928).
Julai[sunting | sunting sumber]
Ogos[sunting | sunting sumber]
- 20 Ogos - Noor Zahidi Omar , bekas DUN Pengkalan Kubor.