16 Disember
Jump to navigation
Jump to search
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2020 |
16 Disember merupakan hari ke-350 (hari ke-351 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 15 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Bahrain (1971);
- Hari Kemenangan di Bangladesh dan India (1971);
- Hari Kemerdekaan di Kazakhstan (1991).
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 755 – Jeneral An Lushan memulakan Pemberontakan Anshi menentang pemerintahan Maharaja Xuanzong di Dinasti Tang China.
- 1598 - Angkatan laut Korea di bawah Laksamana Yi Sun-sin menewaskan armada Jepun dalam Pertempuran Noryang, pertempuran laut terakhir dalam Perang Tujuh Tahun.
- 1653 - Negeri Naungan: Oliver Cromwell (gambar) menjadi Lord Protector Komanwel England, Scotland dan Ireland.
- 1689 - Parlimen England menerima akta Perakuan Hak, yang menyatakan hak awam dan politik orang Inggeris.
- 1707 - Letusan terakhir Gunung Fuji Jepun (gambar) melepaskan sekitar 800 juta m3 abu gunung berapi.
- 1773 - Bagi menghalang pemunggahan teh yang dicukai tanpa persetujuan mereka, sekumpulan kolonis membuang tong-tong teh dari tiga kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris ke dalam laut (gambar).
- 1838 - Perjalanan Dura Besar: Lebih 450 Voortrekker pimpinan Andries Pretorius menewaskan serangan sekitar 10,000 Zulu, di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan kini.
- 1899 - AC Milan, salah satu daripada kelab bola sepak di Italia, diasaskan.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Wehrmacht Jerman Nazi melancarkan serangan terakhir di medan barat, Pertempuran Bulge.
- 1971 - Angkatan tentera Pakistan di Pakistan Timur menyerah kalah, menamatkan Perang India-Pakistan dan Perang Pembebasan Bangladesh.
- 1989 - Revolusi Romania bermula sebagai satu bantahan di bandar raya Timisoara terhadap percubaan kerajaan untuk mengusir Laszlo Tokes, seorang paderi penentang. Rusuhan menyusul.
- 1998 - Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan kempen pengeboman besar selama empat hari terhadap Iraq.
- 2012 - Abe Shinzo terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.