2005
Jump to navigation
Jump to search
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2005. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2005 (nombor).
Milenium: | milenium ke-3 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
2005 merupakan tahun biasa. Hari pertama dalam tahun ini ialah hari Sabtu. Ia berlangsung dari 20 Zulkaedah 1425 hingga 30 Zulkaedah 1426.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
Januari[sunting | sunting sumber]
- 1 Januari:Malaysia telah memperkenalkan MyKid untuk budak-budak bawah umur 12 tahun.
- 6 Januari: Satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Jakarta bagi menyelaraskan bantuan kepada mangsa gempa bumi 26 Disember 2004.
- 10 Januari: Mahmoud Abbas (Abu Mazen), memenangi pilihan raya Palestin bagi menggantikan Yasser Arafat.
- 16 Januari: Adriana Iliescu, 66 tahun, mencatat rekod sebagai orang tertua melahirkan anak.
- 18 Januari: Kapal terbang penumpang terbesar, Airbus A380 dilancarkan.
- 30 Januari: Pilihan raya Iraq pertama selepas kejatuhan Saddam Hussein berlangsung.
Februari[sunting | sunting sumber]
- 10 Februari: Korea Utara mengaku mempunyai senjata nuklear.
- 13 Februari: Pengumuman pilihan raya Iraq 30 Januari lalu dimenangi puak Syiah.
- 14 Februari:
- Pertemuan Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden Indonesia bagi membincangkan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI).
- Sebutir bom meletup pada kereta yang dinaiki bekas Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri dan mengorbankan beliau dan beberapa orang lain.
- 16 Februari: Protokol Kyoto dengan rasminya bermula walaupun tanpa sokongan Amerika Syarikat dan Australia.
- 28 Februari: Perdana Menteri Lubnan Omar Karami yang pro-Syria memgumumkan perletakan jawatannya.
Mac[sunting | sunting sumber]
- 3 Mac: Steve Fossett yang menerbangkan pesawat GlobalFlyer berjaya mengelilingi dunia secara solo tanpa berhenti dan mengisi bahan bakar.
- 10 Mac: Omar Karami dilantik kembali sebagai Perdana Menteri Lubnan 10 hari setelah mengundurkan diri.
- 19 Mac: Wikipedia Bahasa Inggeris mencapai 500,000 rencana.
- 28 Mac: Gempa bumi Sumatera berlaku hanya 3 bulan selepas gempa bumi di Aceh tahun lepas. Ini merupakan gempa kedua terbesar sejak 1965.
April[sunting | sunting sumber]
- 2 April: Paus John Paul II meninggal dunia di Kota Vatican.
- 9 April: Putera Charles berkahwin dengan Camilla Parker Bowles di Windsor, England.
- 19 April: Paus Benedict XVI dilantik sebagai paus baru.
- 26 April: Syria menarik balik 14,000 askar terakhirnya di Lubnan.
- 28 April: Harga runcit petrol dan diesel di Malaysia naik 10 dan 20 sen seliter.
Mei[sunting | sunting sumber]
- 5 Mei: Pilihan raya 2005 di United Kingdom. Parti Buruh UK pimpinan Tony Blair menang untuk musim ketiga berturut-turut.
- 15 Mei: China menjadi negara pertama mengumpul semua kejuaraan utama badminton dalam satu masa: Piala Sudirman, Piala Thomas dan Piala Uber.
- 29 Mei: Rakyat Perancis mengundi menolak perlembagaan Eropah. Rakyat negara lain turut mengundi sedemikian selepas itu.
Jun[sunting | sunting sumber]
- 4 Jun: Amerika Syarikat mengaku tenteranya di Teluk Guantanamo pernah melakukan penghinaan terhadap kitab Al-Qur'an.
- 11 Jun: Kumpulan G8 bersetuju menghapuskan hutang 18 negara termiskin di dunia.
- 14 Jun: Pelari Jamaika, Asafa Powell, memecahkan rekod dunia pecut 100 m dengan kepantasan 9.77 saat.
- 21 Jun: Roket yang membawa kapal layar solar (satu projek kerjasama Rusia-AS) gagal berfungsi 83 saat selepas berlepas dan memusnahkan kapal angkasa tersebut.
Julai[sunting | sunting sumber]
- 2 Julai: Konsert Live 8 diadakan di seluruh dunia untuk kempen membasmi kemiskinan.
- 4 Julai: "Peluru tembaga" NASA menghentam komet "Tempel 1" dan menghasilkan kawah bagi membolehkan saintis mengkaji isi komet.
- 7 Julai: Letupan bom di London berlaku di stesyen kereta api bawah tanah dan bas. Satu lagi serangan serupa berlaku pada 21 Julai, namun semua bom gagal meletup.
- 26 Julai: Kapal angkasa "Discovery" melakukan penerbangan pertama sejak tragedi "Colombia" pada 2003.
- 29 Julai: Ahli astronomi menemui sebuah objek trans-Neptun bernama 2003UB313 yang dikatakan sebagai planet kesepuluh.
- 31 Julai: Harga petrol dan diesel di Malaysia naik lagi sebanyak 10 dan 20 sen seliter. Harga LPG turut naik 5 sen sekilogram.
Ogos[sunting | sunting sumber]
- 2 Ogos: Sebuah pesawat Air France tergelincir ketika mendarat di Toronto, Kanada, kali pertama sebuah Airbus A340 terlibat dalam kemalangan. Semua penumpang berjaya keluar sebelum pesawat tersebut terbakar.
- 9 Ogos: Kapal angkasa "Discovery" berjaya mendarat dengan selamat di California.
- 11 Ogos: Status darurat diisytiharkan di seluruh Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang akibat jerebu.
- 17 - 23 Ogos: Fasa pertama pengosongan Jalur Gaza dari penempatan haram Israel oleh tenteranya.
- 29 Ogos: Sekurang-kurangnya 1,300 orang maut akibat taufan Katrina yang mengakibatkan banjir di bandar New Orleans, Louisiana.
September[sunting | sunting sumber]
- 5 September: Sebuah pesawat Penerbangan Mandala 091 terhempas di Medan, Sumatra Utara mengorbankan sekurang-kurangnya 117 orang termasuk gabenornya.
- 14-16 September: Perhimpunan PBB terbesar dalam sejarah, di markasnya di New York City.
- 19 September: Korea Utara bersetuju menghentikan semua program nuklearnya, sebagai ganjaran bantuan kemanusiaan dan keamanan.
- 26 September: Anggota Tentera Simpanan AS, Lynndie England, didapati bersalah oleh mahkamah tentera dalam 6 daripada 7 kes mendera di Penjara Abu Ghraib.
Oktober[sunting | sunting sumber]
- 1 Oktober: 26 orang disahkan mati manakala 100 lagi cedera dalam pengeboman Bali 2005.
- 8 Oktober: Gempa bumi berukuran 7.6 melanda utara Pakistan dan mengorbankan kira-kira 80,000 orang.
- 10 Oktober: Angela Merkel dipersetujui sebagai kanselor Jerman wanita pertama.
- 19 Oktober: Saddam Hussein mula dibicarakan di Baghdad.
- 26 Oktober: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyeru agar Israel "dihapuskan dari peta dunia".
November[sunting | sunting sumber]
- 8 November: Presiden Perancis mengisytiharkan darurat di sekitar Paris pada hari ke-12 rusuhan awam.
- 9 November: Dr. Azahari Husin disahkan terbunuh dalam satu serangan POLRI di Kota Batu, Malang, Jawa Timur.
- 18 November: Amerika Syarikat mengumumkan penamatan sekatan senjata terhadap Indonesia.
Disember[sunting | sunting sumber]
- 3 Disember: Pepe Reina berjaya mencapai “clean sheet” kali keenam berturut-turut semasa menentang Wigan Athletic untuk memecah rekod Liverpool bertanding dalam Liga Perdana Inggeris, mengatasi rekod David James yang dicapai dalam musim 1996-1997
- 11 Disember: Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 diadakan di Kuala Lumpur. Sidang ini disertai oleh Rusia, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand di samping negara-negara anggota ASEAN.
- Disember: Les' Copaque Production ditubuhkan.
Tarikh tepat tidak pasti[sunting | sunting sumber]
- Ogos: MCM Consulting Sdn Bhd dilantik oleh IBM Malaysia sebagai rakan kongsi perniagaan untuk menyediakan penyelesaian teknologi maklumat kepada perkhidmatan kewangan dan sektor awam.
- September: Sebahagian besar Grisoft, syarikat pembuat perisian keselamatan, di beli oleh Intel.
- Disember: Sistem Adobe dibentuk melalui penggabungan Adobe dengan Macromedia.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 17 Januari: Zhao Ziyang, 86, mantan Perdana Menteri China.
- 14 Februari: Rafik Hariri, 60, mantan Perdana Menteri Lubnan.
- 2 April: Paus John Paul II.
- 2 Mei: Wee Kim Wee, mantan Presiden Singapura.
- 1 Ogos: Raja Fahd, 82, raja Arab Saudi.
- 20 Oktober: Endon Mahmood Ambak, 64, isteri Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
- 25 November: George Best, pemain bola sepak Ireland Utara, 'bintang pop' pertama bola sepak
- 7 Disember: Devan Nair, 82, Presiden Singapura