7 Disember
Jump to navigation
Jump to search
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2020 |
7 Disember merupakan hari ke-341 (hari ke-342 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 24 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari juga merupakan Hari Bendera Angkatan Tentera di India dan Día de las Velitas di Colombia.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 43 SM - Pemidato dan ahli gaya prosa terkenal Rom Cicero dibunuh selepas diselar secara rasmi sebagai musuh negara.
- 1732 - Royal Opera House (gambar teater) dibuka di Covent Garden, London, England.
- 1815 - Marsyal Perancis Michel Ney dihukum tembak sampai mati dekat Taman Luxembourg, Paris kerana menyokong Napoleon Bonaparte.
- 1869 - Penjahat Amerika Jesse James menjalankan rompakan bank pertamanya yang disahkan di Gallatin, Missouri.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Tentera Laut Empayar Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbor di Hawaii.
- 1949 - Perang Saudara China: Kerajaan Republik China berpindah dari tanah besar China ke Taipei di pulau Taiwan.
- 1965 - Perpecahan Timur-Barat: Bapa Athenagoras I dari Constantinople dan Paus Paul VI mengeluarkan pengisytiharan bersama Katolik-Ortodoks dan dengan itu, membubarkan secara serentak pengucilan saling yang wujud sejak 1054.
- 1972 - Anak kapal Apollo 17 mengambil gambar "Guli Biru", imej jelas pertama muka cerah Bumi, dalam perjalanan mereka ke Bulan.
- 1995 - Kapal angkasa lepas Galileo tiba di Musytari, enam tahun lebih sedikit selepas dilancarkan oleh bolak-balik angkasa lepas Atlantis dalam misi STS-34.
- 2007 - Sebuah baj kren hanyut terlanggar sebuah kapal tangki berhampiran Daesan, Korea Selatan, menyebabkan tumpahan minyak terteruk negara itu.
- 2009 - Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka di Copenhagen, Denmark.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1980 - John Terry, pemain bola sepak Chelsea F.C.
- 1988 - Emily Browning, pelakon Australia
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1967 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin, seorang Menteri Besar Kedah ke-3
- 2006 - Kim Hyung-chil, seorang atlet equestrian Korea Selatan di Sukan Asia XV.