Cara membuat sumbangan
Jump to navigation
Jump to search
Libatkan diri
Adakah anda suka terhadap kebebasan perisian dan komuniti sumber terbuka? Adakah anda suka terhadap perisian MediaWiki, Wikipedia, ataupun laman Wikimedia yang lain?
Oleh itu, mari menyumbang kemahiran anda di sini dan belajar bersama dengan penyumbang yang lain. Halaman ini akan menolong anda memulakannya dengan menyediakan tinjauan mengenai bidang di mana anda boleh terlibat sama.Lagi maklumat berguna
Komunikasi
Terdapat beberapa cara anda boleh mendapatkan perhubungan dengan komuniti Wikimedia.
- Untuk komunikasi masa sebenar gunakan #wikimedia-dev connect di IRC (Internet Relay Chat).
- Terdapat juga beberapa senarai e-mel untuk perbincangan mengenai perisian Wikimedia. Senarai penuh adalah tersedia.
- Anda juga boleh mengikuti dan mengongsikan berita Wikimedia di sekitar rangkaian sosial anda.
- Anda juga boleh melanggan Berita Tech untuk menerima ringkasan mingguan pada laman perbincangan pengguna anda mengenai sebarang perubahan perisian, tanpa jargon teknikal.
Menyunting dan berbincang di MediaWiki
Jika anda tidak pernah menggunakan MediaWiki sebelum ini:
- Daftar akaun pengguna anda di mediawiki.org.
- Belajar bagaimana menyunting laman wiki dengan VisualEditor atau menyunting sumber.
- Jangan segan untuk menyunting laman pengguna awam anda. Perkenalkan diri. anda boleh menggunakan Templat Info Pengguna. Ketahui dengan lebih lanjut dengan membaca arahan Wikipedia.
- Semak Help:Navigation .
- Anda boleh berbincang tentang kandungan setiap laman pada laman Perbincangan yang berkaitan. Anda boleh berhubung dengan pengguna dengan menambah pesanan awam pada laman perbincangan mereka. Ketahui lagi di Help:Talk pages .