Azizi Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haji Azizi bin Haji Abdullah
Info kelahiran(1942-04-04)4 April 1942
Kedah Kota Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah
Kematian21 Ogos 2011(2011-08-21) (umur 69)
Hospital Pulau Pinang
KuburTanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur, Kulim
Nama penaJamong, Qalam Adly, Anita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri Bungsu dan Tukya
PekerjaanGuru agama
Pusat pendidikanSekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang
Tempoh1960-2011
GenrePuisi, Satira
SubjekKemanusiaan
Pencapaian ketaraSeorang Tua di Kaki Gunung
AnugerahAhli Mangku Negara
Anugerah Penulis S.E.A.
PasanganZubaidah Yusoff
AnakAnita
Azimah



Azizi Abdullah (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A. 1988 dan penerima anugerah MASTERA 2007 .

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bersekolah di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai (Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, (bekas Perdana Menteri Malaysia) hingga tahun 1965.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azizi adalah bekas guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah (1965). Selepas bersara pada 1997, beliau menjadi editor akhbar bulanan Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

Cerpen[sunting | sunting sumber]

Banyak cerpen beliau disiarkan dalam akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu. Beliau menghasilkan hampir 200 cerpen.

Kecenderungan menulis bermula di sekolah agama.Artikel pertama tentang baik buruk wanita bermain bola sepak tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang. Cerpen ‘Sisa’ disiarkan dalam Warta Mingguan, Pulau Pinang pada 1963. Cerpen ‘Hj. Salikun Cuba Berkhalwat’ (1963) membuat beliau didakwa di mahkamah . Cerpen lain ialah Sami Mekong dan Dua Seniman (1966). Cerpen Di Pinggir Kampung Barzakh (1975) menjadi bahan pelemik selama tujuh minggu. Cerpen 'Beruk' (1970) menjadi teks sastera dalam antologi 'Jejak Langkah'.

Cerpen 'Jerat Sudah Mengena' (1972) memenangi Hadiah Sastera. Cerpen lain beliau ialah ‘Latifah Rabbaniah’, ‘Bapa’, ‘Wau Kepala Burung’, ‘Bibit Cinta’ , ‘Kipas Angin’ ,‘Pelarian ke Dua’ , ‘Tirusilvam’ dan ’Seladang’ . Cerpen ‘WI’ terpilih menerima anugerah Sayembara VII 1988 anjuran Esso-Gapena. Cerpen ‘Mohd. Dhuha’, 'Moris Minor Kesumba Murup’, ‘Kolai si Kuda Tua’, ‘Mohd. Takeuchi’, ‘Mas Um’ turut menonjolkan bakat beliau.Beberapa cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris (termasuk antologi), ke bahasa Cina dan Thailand. Cerpen ’Tulang Pekasam Ikan Puyu’ telah diolah menjadi skrip drama TV.

Novel[sunting | sunting sumber]

Dari 1969 hingga 2005, sebanyak 29 buah novel telah dihasilkan . Antaranya ialah :

  • 'Garis Lentang Anak Haram' (1968)
  • Novel ‘Senja Belum Berakhir’ (1971) memaparkan perjuangan petani di sawah padi (satira perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara).
  • ‘Sami Mekong’ (1969) dianggap sebagai novel yang membentangkan kehidupan penganut Buddha, novel berunsur agama.
  • 'Seorang Tua di Kaki Gunung’ ( 1984)- kisah ‘Ketuaan makhluk dan keajaiban alam’ (Berita Harian Rabu 7 April 1984) .Novel ini telah diterjemah ke bahasa Jepun oleh Dr. Fujimorai dan Tahiyibah Sulaiman.
  • 'Cahaya di Pendalaman' 1992
  • ‘Suriati’ memenangi Sayembara Sastera Islam anjuran Pusat Islam (1993).
  • ‘Wi & Wiliam’ mendapat tempat ketiga dalam Hadiah Sako I anjuran Utusan Publication tahun 1995.
  • ‘Ayahanda’ terbitan Creative Entr (1999) adalah novel biografi.
  • 'Kawin-Kawin' (2002) memenangi hadiah utama Hadiah Sako II . Panel hakim memuji novel ini dari sudut konsep penyegaran semula bahasa, memusatkan bahasa pinggiran, memperkayakan ungkapan, memiliki erti yang kuat dan kuasa visual yang jelas.
  • 'Anak Belantara' - hasil penelitian beliau terhadap masayarakat Penan di hutan belantara Uma Bawang, Sungai Baram, Marudi, Sarawak.
  • 'Pencinta Alam' - novel remaja terbitan DBP. Kisa sekumpulan remaja menghabiskan cuti sekolah di Kampung Nit. Mereka mandi sungai dan memandi dan terjembung dengan kilang membuang toksid berbahaya.
  • 'Zikir Rindu' terbitan Alar 21. Kisah seorang lelaki tua yang diminati perempuan muda.
  • 'Jiwa Hamba' terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Buku yang mengkritik budaya Melayu yang menyebabkan orang Melayu mundur.
  • 'Memoir Seorang Guru' terbitan Alaf21. Kisah kasih sayang yang tersembunyi , benci yang terlindung antara guru dan bekas muridnya.
  • Dee
  • Latifah Rabbaniah
  • Di Kolam Mulhamah
  • Takah Tujuh
  • 'Bertemu Tasauf'
  • 'Halimunan Dee'

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia (69 tahun) setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos 2011. Beliau dimasukkan ke hospital pada bulanMac dan menjalani pembedahan jantung April. Beliau berhadapan komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.[1]

Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di Kulim. Turut hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad. Azizi meninggalkan isterinya Zubaidah Yusuff, 64 dan dua anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.

Laman web[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]