Wikidata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Untuk maklumat tentang Wikidata di Wikipedia, lihat Wikipedia:Wikidata.
Wikidata
Wikidata logo
Wikidata.png
Halaman utama Wikidata
Laman sesawangwww.wikidata.org
Pengiklanan?Tidak
Boleh didapati dalamMultibahasa
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta olehKomuniti Wikimedia
Dilancarkan pada30 Oktober 2012 (2012-10-30)

Wikidata ialah sebuah projek yang menyediakan basis data yang disunting bersama untuk menyokong projek Wikimedia seperti Wikipedia. Wikidata dilancarkan pada tanggal 30 Oktober 2012. Projek ini telah dimulai oleh Wikimedia bahasa Jerman dan bertujuan menyediakan sumber umum dari jenis data tertentu, misalnya hari lahir.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Wikidata dilancarkan pada tanggal 30 Oktober 2012 dan merupakan projek baru pertama dari Yayasan Wikimedia semenjak tahun 2006.[1][2]

Penciptaan projek ini dibiayai oleh Institut Allen untuk Kecerdasan Buatan, Yayasan Gordon dan Betty Moore, dan Google, Inc., dengan total 1,3 juta Euro.[3][4]

Pembangunan permulaan projek ini diawasi Wikimedia Deutschland dan dibahagikan kepada tiga fasa:

  1. Pemusatan pautan antara bahasa – pautan antara rencana-rencana Wikipedia tentang topik yang sama dalam pelbagai bahasa
  2. Penyediaan tempat pusat buat kotak maklumat bagi semua Wikipedia
  3. Pengwujudan dan pengemaskinian senarai rencana berasaskan data di Wikidata

Konsep-konsep[sunting | sunting sumber]

Tiga penyataan daripada item Wikidata berkaitan planet Marikh. Nilai-nilai termasuk pautan ke item-item lain dan kepada Wikimedia Commons.

Wikidata ialah sebuah document-oriented database (pangkalan data berorientasikan dokumen), yang bertumpukan item. Setiap item mewakili sebuah topik atau tajuk (ataupun sebuah laman pentadbiran yang digunakan bagi menyelenggara Wikipedia) dan dicam dengan sebuah nombor unik, didahului dengan huruf Q — sebagai contoh, item untuk tajuk Politik ialah Q7163. Ini membolehkan maklumat asas yang diperlukan untuk mengenal pasti topik yang dirangkumi item itu dapat diterjemahkan tanpa memilih bulu antara bahasa-bahasa Wikipedia.

Maklumat ditambah pada item dengan mewujudkan penyataan. Penyataan dibuat dalam bentuk pasangan kunci-nilai, dengan setiap penyataan terdiri daripada sifat (kunci) dan nilai yang terkait pada sifat itu.

Fasa 1[sunting | sunting sumber]

Susun letak empat komponen laman Wikidata fasa 1: label, pemerian, alias, dan pautan antara bahasa.
Pautan antara bahasa dalam rencana Wikipedia sebelum Wikidata. Pautan-pautan pada kotak suntingan di sebelah kiri, dan panampilan apabila laman disimpan di sebelah kanan.
Setiap rencana dalam senarai ini memerlukan senarai pautan ke rencana lain tersendiri. entri Wikidata untuk rencana ini memgumplkan maklumat ini.
Pautan kepada Wikidata bagi menyunting pautan antara bahasa.

Buat masa ini, hanya fasa pertama disediakan. Fasa ini membolehkan item diwujudkan dan dimuatkan dengan maklumat asas; sebuah label – nama atau tajuk, alias — nama alternatif untuk label, pemerian, dan pautan antara bahasa untuk rencana Wikipedia tentang tajuk.

Pada permulaannya, Wikidata merupakan repositori serba lengkap pautan antara bahasa. Tiada edisi bahasa Wikipedia dapat mencapai Wikidata, justeru terpaksa menyelenggara set pautan antara bahasa masing-masing. Pada 14 Januari 2013, Wikipedia Bahasa Hungary menjadi Wikipedia pertama yang menyediakan pautan antara bahasa melalui Wikidata.[5] Kefungsian ini dipanjangkan ke Wikipedia Bahasa Hebrew dan Itali pada 30 Januari, Wikipedia Bahasa Inggeris pada 13 Februari dan wikipedia yang lain pada 6 Mac.[6][7][8] Berikutan usul untuk mengehadkan pembuangan pautan-pautan bahasa daripada Wikipedia Inggeris tidak mendapat kata sepakat,[9] penyunting automatik ("bot") diluluskan bagi memadam pautan daripada Wikipedia Inggeris.

Fasa 2[sunting | sunting sumber]

Aspek-aspek pertama fasa kedua dilaksanakan pada 4 Februari 2013, dengan kemasukan penyataan-penyataan pada entri-entri Wikidata. Pada mulanya nilai-nilai terbatas kepada dua jenis data (item dan imej-imej di Wikimedia Commons), dengan disusuli jenis data lain (seperti koordinat dan haribulan) kemudian.to follow later. Jenis data baharu, rentetan, dilaksanakan pada 6 Mac tahun yang sama.[10]

Kebolehan edisi pelbagai bahasa Wikipedia untuk mencapai data yang ditambah ke Wikidata sebagai sebahagian daripada fasa dua dilaksanakan secara beransur-ansur antara 27 Mac dan 25 April 2013.[11][12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pintscher, Lydia (October 30, 2012). "wikidata.org is live (with some caveats)". Dicapai pada November 14, 2012.
  2. ^ Wikidata (WebCite query result)
  3. ^ Dickinson, Boonsri (March 30, 2012). "Paul Allen Invests In A Massive Project To Make Wikipedia Better". Business Insider. Diarkib daripada yang asal pada September 11, 2012. Dicapai pada December 19, 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ Perez, Sarah (March 30, 2012). "Wikipedia's Next Big Thing: Wikidata, A Machine-Readable, User-Editable Database Funded By Google, Paul Allen And Others". TechCrunch. Diarkib daripada yang asal pada September 11, 2012. Dicapai pada December 19, 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ Pintscher, Lydia (14 January 2013). "First steps of Wikidata in the Hungarian Wikipedia". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 15 January 2013.
  6. ^ Pintscher, Lydia. "Wikidata coming to the next two Wikipedias". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada January 31, 2013.
  7. ^ Pintscher, Lydia (13 February 2013). "Wikidata live on the English Wikipedia". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 15 February 2013.
  8. ^ Pintscher, Lydia (6 March, 2013). "Wikidata now live on all Wikipedias". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 8 March, 2013. Periksa date values in: |accessdate=, |date= (bantuan)
  9. ^ "Wikipedia talk:Wikidata interwiki RFC". March 29, 2013. Dicapai pada March 30, 2013.
  10. ^ Pintscher, Lydia. "Wikidata/Status updates/2013 03 01". Wikimedia Meta-Wiki. Wikimedia Foundation. Dicapai pada 3 March 2013.
  11. ^ Pintscher, Lydia (27 March 2013). "You can have all the data!". Wikimedia Deutschland. Dicapai pada 28 March 2013.
  12. ^ "Wikidata goes live worldwide". The H. 25-04-2013. Periksa date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]