India
Republik India اينديا भारत गणराज्य Bhārata Gaṇarājya India भारत* Bhārat | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Ibu kota | New Delhi | ||||
Bandar terbesar | Mumbai | ||||
Official Languages: Bahasa Rasmi: | Bahasa Hindi dalam tulisan Devanagari dijadikan bahasa rasmi kesatuan[5] dan bahasa Inggeris dijadikan 'bahasa rasmi subsidiari'.[6] | ||||
Pemerintahan | Republik persekutuan[7] | ||||
• Presiden | Pranab Mukherjee | ||||
Narendra Modi | |||||
Kemerdekaan dari United Kingdom | |||||
• diisytiharkan | 15 Ogos 1947 | ||||
• Republik | 26 Januari 1950 | ||||
• Air (%) | 9.56 | ||||
Populasi | |||||
• Anggaran 2019 | 1,401,753,522[7] (2) | ||||
• Bancian 2001 | 1,027,015,248 | ||||
KDNK (PPP) | Anggaran 2019 | ||||
• Total | 11.53 trilion[7] (4) | ||||
• Per kapita | $8,225 | ||||
KDNK (nominal) | Anggaran 2019 | ||||
• Jumlah | 6.72 trilion (12) | ||||
• Per kapita | $4,793 | ||||
Gini (2019) | 61.3[8] Ralat: Nilai Gini tidak sah | ||||
HDI (2019) | ▲ 0.716 Ralat: Nilai HDI tidak sah | ||||
Mata wang | Rupee India (₨) (INR) | ||||
Zon masa | UTC+5:30 (IST) | ||||
Kod panggilan | 91 | ||||
Internet TLD | .in[7] |
India (Hindī: भारत Bhārat), atau nama rasminya, Republik India, terletak di Asia Selatan dan merangkumi kebanyakan subbenua India merupakan negara kedua terpadat penduduk dan negara demokrasi, dengan seribu juta penduduk dan lebih seratus bahasa berlainan. Ekonomi India adalah ketiga terbesar di dunia, dari segi pariti kuasa beli (purchasing power parity). India bersempadan dengan Bangladesh, Myanmar, Republik Rakyat China, Bhutan, Nepal dan Pakistan, dengan Sri Lanka dan Maldives diseberang laut Lautan India. Bandar terbesar adalah Bombay (Mumbai) di South-West dan Calcutta (Kolkata) di tepi sungai Ganges.
Nama India berasal dari perkataan Sindhu, nama tempatan sungai Indus. Kitab-kitab Vedas tidak memberikan nama tertentu kepada tanah India. Pelbagai parti politik mempunyai nama tersendiri bagi India sesetengahnya adalah Hindustan, Hindu Rashtra dan Bharath. India juga dikenali sebagai Hindustan (tanah Hindu), tetapi nama ini diketepikan selepas kemerdekaan pada 1947 disebabkan India memilih untuk menjadi negara sekular.
Isi kandungan
Sejarah[sunting | sunting sumber]
hinduism atau Tamil adalah agama yang paling tertua didunia Dan juga penguatkuasaan tempat permulaan agama mereka di semua negara termasuk negara Islam dan lain lain. Agama hinduism adalah Agama asal untuk semua agama dalam sejarah tamadun manusia.
Perteduhan batu-batu Zaman Batu yang dihiasi lukisan di Bhimbetka, Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India. Pendudukan tetap terawal yang dikenali muncul lebih 9,000 tahun dahulu dan lambat launnya berkembang menjadi Tamadun Lembah Indus,[9] sejak 3300 SM di India barat, diikuti oleh Tamadun Veda yang memberi asas kepada penubuhan agama Hindu dan aspek-aspek budaya yang lain dalam masyarakat India purba. Sejak sekitar 550 SM, banyak kerajaan dan republik berdaulat yang dikenali sebagai Mahajanapada ditubuhkan di seluruh negara.[10]
Empayar yang membina Dinasti Maurya di bawah Maharaja Asoka menyatukan kebanyakan kawasan Asia Selatan pada abad ke-3 SM.[12] Sejak 180 SM, menyusulnya serangan berturut-turut dari Asia Tengah, dimasuk yang dibawa oleh orang Indo-Yunani, Indo-Scythia, Indo-Parthia dan Kushan di bahagian barat laut Subbenua India. Sejak abad ke-3 M, Dinasti Gupta menyaksikan zaman yang dikatakan sebagai "Zaman Keemasan India".[13][14] Sementara bahagian utara mempunyai bilangan kecil kerajaan besar, India selatan pula mengalami beberapa dinasti seperti kerajaan Rashtrakuta, Chalukya, Pallava dan Chola, yang bertindan zaman dan wilayahnya.[perlu rujukan] Ilmu sains, kejuruteraan, kesenian, sastera, astronomi, dan falsafah berkembang di bawah naungan raja-raja ini.
Berikutan serangan dari Asia Tengah antara abad ke-10 dan ke-12, kebanyakan India utara tertakluk di bawah pemerintahan Kesultanan Delhi, dan kemudiannya dinasti Mughal. Maharaja-maharaja Mughal beransur-ansur mengembangkan kerajaan mereka untuk meliputi bahagian besar subbenua. Bagaimanapun, beberapa negara pribumi seperti Empayar Vijayanagara berkembang maju, terutamanya di selatan. Pada abad ke-17 dan ke-18, keagungan Mughal merosot dan giliran Empayar Maratha untuk mendominasi. Sejak abad ke-16, beberapa negara Eropah, termasuk Portugal, Belanda, Perancis, dan United Kingdom, mula tiba sebagai pedagang yang kemudiannya mengambil kesempatan terhadap ketegangan hubungan antara kerajaan-kerajaan tempatan untuk menubuhkan jajahan di India. Menjelang tahun 1856, kebanyakan India tetakluk di bawah kawalan Syarikat Hindia Timur Inggeris.[15] Setahun kemudian, satu pemberontakan oleh unit-unit tentera dan kerajaan-kerajaan di seluruh negara, yang bergelar Perang Kemerdekaan India Pertama atau Pemberontakan Sipahi mencabar pemerintah British dengan serius tetapi akhirnya gagal. Akibatnya, India tertakluk di bawah kawalan langusng Mahkota British sebagai sebuah jajahan Empayar British.
Pada separuh pertama abad ke-20, satu perjuangan kemerdekaan peringkat kebangsaan dilancarkan oleh Kongres Kebangsaan India dan pertubuhan politik yang lain. Berjuta-juta penunjuk perasaan di bawah pimpinan Mahatma Gandhi dan menunjukkan komitmen kepada ahimsa atau tiada keganasan, terlibat dalam kempen keingkaran awam beramai-ramai.[16] Akhirnya, pada 15 Ogos 1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan negara-bangsa Islam iaitu Pakistan.[17] Tiga tahun kemudian, pada 26 Januari 1950, India menjadi sebuah republik, dan satu perlembagaan baru dikuatkuasakan.[7]
Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya. India masih menghadapi pertikaian wilayah yang belum diselesaikan dengan China yang mencetuskan Perang China-India yang singkat pada tahun 1962; dan juga dengan Pakistan, yang mengakibatkan peperangan pada tahun 1947, 1965, 1971 dan 1999. India ialah sebuah negara ahli pengasas Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (sebagai sebahagian India British). Pada tahun 1974, India menjalankan ujian nuklear bawah tanah.[18] Ini disusuli pula dengan lima lagi ujian pada tahun 1998, menjadikan India sebuah negara nuklear.[18] Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi penting[19] telah mengubah wajah India sebagaisalah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.[20]
Kerajaan[sunting | sunting sumber]
India ialah negara demokrasi terbesar di dunia.[21] Perlembagaannya menyifatkan India sebauh republik demokratik yang berdaulat, sosialis dan sekular.[22] India mengendali bentuk kerajaan persekutuan dan sebuah parlimen dwidewan yang beroperasi berasaskan sistem parlimen gaya Westminster. Kerajaan India teridir daripada tiga cabang, iaitu Perundangan, Eksekutif, dan Kehakiman. Presiden India ialah ketua negara rasmi[22] yang dilantik secara tidak langsung oleh badan pemilih[23] untuk penggal lima tahun.[24] Namun begitu, ketua kerajaan sebenar ialah Perdana Menteriyang melaksanakan kebanyakan kuasa eksekutif.[22] Perdana Menteri dilantik oleh Presiden,[25] dengan syarat bahawa Perdana Menteri menikmati sokongan parti atau parti campuran yang meraih majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat di Parlimen.
Perundangan India berbentuk Parlimen dwidewan yang terdiri daripada Dewan Pertuanan yang bergelar Rajya Sabha (Majlis Negeri-negeri) dan Dewan Rakyat yang bergelar Lok Sabha (Dewan Rakyat).[22] Rajya Sabha, sebuah perbadanan yang kekal, mempunyai seramai 250 ahli yang berkhidmat dalam penggal enam tahun.[26] Kebanyakan ahli-ahli ini dilantik secara tidak langsung oleh perundangan peringkat negeri dan wilayah seimbang kepada populasi negeri.[26] 545 ahli Lok Sabha dilantik secara terus oleh undian popular untuk mewakili kawasan pengundian masing-masing selama lima tahun.[26]
Cabang eksekutif terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, dan Majlis Menteri-menteri (Kabinet selaku jawatankuasa eksekutifnya) yang diketuai Perdana Menteri. Mana-mana menteri yang memegang portfolio mestilah merupakan seotang ahli mana-mana dewan atau parliment. Dalam sistem parlimen India, cabang eksekutif ialah pihak bawahan kepada perundangan, dengan Perdana Menteri dan Majlis beliau bertanggungjawab secara langsung kepada Dewan Rakyat.[27]
Kehakiman bebas India terdiri daripada Mahkamah Agung yang diketuai Ketua Hakim India. Mahkamah Agung memegang bidang kuasa asal terhadap perselisihan antara negeri-negeri dan Pusat, bidang kuasa pendengaran rayuan terhadap 21 Mahkamah Tinggi India, dan kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana undang-undang kesatuan dan negeri sebagai batal dan tidak sah jika didapati bertentangan dengan struktur asas Perlembagaan India.[27]
Pembahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]
India ialah sebuah kesatuan yang terdiri daripada 28 negeri dan tujuh wilayah kesatuan yang ditadbir kerajaan persekutuan. Warga dalam kesemua negeri, wilayah kesatuan Puducherry, dan Wilayah Ibu Negara Delhi boleh mengundi kerajaan masing-masing. Lima wilayah kesatuan yang lain pula mempunyai pentadbir yang dilantik oleh kerajaan pusat.
Negeri:
Wilayah Kesatuan: |
Kesemua negeri dan wilayah kesatuan dibahagikan lagi kepada daerah. Dalam negeri-negeri yang lebih besar, daerah-daerah boleh diguguskan untuk membentuk bahagian.
Geografi[sunting | sunting sumber]
India yang merangkumi sebahagian terbesar benua kecil India, terletak di atas plat tektonik India, iaitu di bahagian barat laut Plat Indo-Australia.[28] Proses pembentukan geologinya bermula 75 juta tahun dahulu, apabila benua kecil India yang ketika itu merupakan sebahagian benua besar selatan Gondwana, mula beralir ke arah timur laut selama 50 juta tahun, merentasi Lautan Hindi yang ketika itu belum terbentuk lagi.[29] Ini disusuli pertembungan benua kecil ini denghan Plat Eurasia dan subdukt di bawahnya yang melahirkan banjaran Himalaya, pergunungan tertinggi di dunia yang kini bercamtum dengan India di utara dan timur laut.[29] Pergerakan plat ini juga melahirkan sebuah palung yang luas di bekas dasar laut yang teletak berhampiran selatan Himalaya dan seterusnya diisi endapan sungai,[30] lalu membentuk Dataran Indo-Ganges.[31] Pada barat dataran ini, dan terpisah darinya oleh Bukit-bukit Aravalli, terletaknya Gurun Thar.[32] Plat India yang asal kini tinggal Semenanjung India, aitu bahagian yang tertua dan paling stabil dari segi geologi di India, mencapai sejauh banjaran Satpura dan banjaran Vindhya di India tengah; banjaran-banjaran selari ini terbentang dari pantai Laut Arab di Gujarat ke Penara Chota Nagpur yang kaya dengan arang di Jharkhand.[33] Di selatannya, daratan semenanjung yang selebihnya, iaitu penara Deccan, diapit pada kiri dan kanannya oleh banjaran pesisiran, iaitu masing-masing Ghat Barat dan Ghat Timur,[34] mengandungi pembentukan batu tertua di India pada usia kira-kira sebilion tahun. India terletak pada utara khatulistiwa antara 6°44' dan 35°30' latitud utara[35] dan 68°7' dan 97°25' longitud timur.[36]
Pesisiran India berukuran 7,517 kilometer (4,671 batu) panjangnya; 5,423 kilometer (3,370 batu) darinya terletak di semenanjung India, dan 2,094 kilometer (1,301 batu) di pulau-pulau Andaman, Nicobar, dan Lakshadweep. Menurut carta-carta hidrografi tentera laut Indian, pesisiran tanah besar terdiri daripada: 43% pantai pasir, 11% pesisiran batu termasuk tebing, dan 46% tanah lumpur atau pantai becak.
Sungai-sungai utama yang mengalir dari pergunungan Himalaya lalu merentasi India termasuklah Sungai Ganges dan Brahmaputra, kedua-duanya mengalir hingga Teluk Benggala.[37] Cawang-cawang sungai Ganges yang utama termasuklah Yamuna dan Kosi yang bergelar "Nestapa Bihar" kerana cerunnya yang amat rendah mengakibatkan banjir yang dahsyat setiap tahun. Sungai-sungai semenanjung utama–di mana cerun yang lebih curam menghalang perairannya daripada melimpah–termasuklah Sungai Godavari, Sungai Mahanadi, Sungai Kaveri, dan Sungai Krishna, yang juga mengalir hingga Teluk Benggala,[38] serta Sungai Narmada dan Sungai Tapti yang mengalir hingga Laut Arab.[39] Antara ciri-ciri pesisiran India yang penting termasuk Rann Kutch yang berawang di India barat, dan di bahagian barat daya delta Sundarban lanar yang dikongsi India dan Bangladesh.[40] India mempunyai dua gugusan pulau-pulau, iaitu: Lakshadweep, atol-atol perkarangan di luar pesisiran barat daya India, dan Kepulauan Andaman dan Nicobar, selingkaran gunung berapi di Laut Andaman.[41]
Iklim India kuat dipengaruhi banjaran Himalaya dan Gurun Thar, kedua-duanya memacu dinamik monsun.[42] Banjaran Himalaya menghalang angin katabatik Asia Tengah yang dingin daripada meniup masuk, maka memastikan kebanyakan kawasna benua kecil India lebih panas berbanding tempat-tempat yang berkongsi latitudnya.[43] Serentak dengan itu, Gurun Thar memainkan peranan dalam menarik angin monsun musim panas barat daya yang sarat dengan kelembapan, antara bulan Jun dan Oktober, maka membawa kebanyakan curahan hujan di India.[42] Terdapat empat kelompok iklim utama utama di India: lembap tropika, kering tropika, lembap subtropika, dan pergunungan.[44]
Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Sepanjang kebanyakan sejarah selepas merdeka, India berpegang teguh pada pendekatan sosialisme separa dengan kawalan ketat terhadap penyertaan sektor swasta, perdagangan asing, dan pelaburan langsung asing. Namun, sejak tahun 1991, India membuka pasarannya secara beransur-ansur melalui pembaharuan ekonomi dan mengurangan kawalan kerajaan terhadap perdagangan dan pelaburan asing. Rizab pertukaran asing telah naik dari AS$5.8 bilion pada Mac 1991 kepada AS$247 bilion pada September 2007,[45] while federal and state budget deficits have decreased.[46] Penswastaan syarikat-syarikat milikan awam serta pembukaan sektor-sektor tertentu kepada penyertaan swasta dan asing masih berterusan meskipun menghadapi perdebatan politik.[47] Dengan kadar peningkatan KDNK sebanyak 9.4% sepanjang tahun 2006-07, ekonomi India menjadi antara yang paling berkembang pesat di dunia.[48] KDNK India dari segi kadar pertukaran dolar AS ialah AS$1.103 trilion, menjadikannya ekonomi ke-12 terbesar di dunia.[49] Jika diukur dari segi pariti kuasa beli (PPP), India mempunyai KDNK keempat terbesar di dunia pada AS$4.156 trilion.[7] Pendapatan per kapita (nominal) India adalah pada $820, iaitu di tangga ke-128 di dunia, manakala pendapatan per kapita (PPP) pada US$3,700 pula adalah di tangga ke-118.
Ekonomi India telah berkembang secara berterusan selama dua dekad yang lalu; namun, pertumbuhan itu nyata tidak sekata apabila kita membandingkan kelompok-kelompok sosial, ekonomi dan rantau geografi yang berbeza, serta kawasan bandar dan luar bandar.[50] Meskipun ketidaksamaan pendapatan di India tidaklah besar sangat (Pekali Gini: 32.5 pada tahun 1999-2000)[8] namun dewasa ini jurangnya makin luas. Sungguhpun ekonomi banyak berkembang maju, namun sesuku penduduk negara memperoleh pendapatan yang kurang daripada ambang kemiskinan yang ditetapkan kerajaan pada $0.40 sehari. Tambahan pula, India mengalami kadar malpemakanan yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah umur tiga tahun (46% pada tahun 2007) di dunia.[50][51]
India dilengkapi tenaga kerja sebanyak 509.3 juta, 60% daripadanya bekerja dalam bidang pertanian dan industri-industri berkaitan; 28% dalam bidang perkhidmatan dan industri-industri berkaitan; dan 12% dalam perindustrian.[7] Tanaman-tanaman pertanian utama termasuklah beras, gandum, biji minyak, kapas, rami, tah, tebu, dan ubi kentang. Sektor pertanian membentuk 28% KDNK; sektor perkhidmatan dan perindustrian pula masing-masing membentuk 54% dan 18% KDNK. Perindustrian utama termasuk pembuatan kereta, simen, kimia, perkakas elektronik pengguna, pemprosesan makanan, jentera, perlombongan, petroleum, farmaseutikal, keluli, kelengkapan pengangkutan, dan tekstil.[7]
Pada tahun 2006, nilai eksport dianggarkan pada AS$112 bilion dan import pula sekitar AS$187.9 bilion. Tekstil, barang kemas, hasil kejuruteraan dan perisian merupakan komoditi-komoditi eksport yang utama. Minyak mentah, jentera, baja, dan kimia pula merupakan import utama. Rakan dagang India yang paling tuama ialah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China, dan Emiriah Arab Bersatu.[7]Kebelakangan ini, India telah mengambil kesempatan terhadap sekumpulan besar orang-orang berpendidikan tinggi dan fasih berbahasa Inggeris, serta pakar-pakar terlatih untuk dijadikan destinasi penyumberan penting untuk korporasi multinasional dan juga destinasi popular untuk pelancongan perubatan.[52] India juga telah menjadi pengeksport utama perisian dan juga perkhidmatan kewangan, penyelidikan, dan teknologi. Sumber alam semulajadinya termasuk tanah tanaman, bauksit, kromit, arang, intan, bijih besi, batu kapur, mangan, mika, gas asli, petroleum, dan bijih titanium.
Budaya[sunting | sunting sumber]
Budaya India dicirikan dengan sinkretisme yang tinggi[57] dan kemajmukan budaya.[58] Budaya India mampu memantapkan tradisi lama sambil menyerap adat resam, tradisi dan idea baru dari para penjajah dan pendatang. Kepentingan kepelbagaian budaya telah lama menyatakan sejarah dan tradisi, perlembagaan dan penyusunan politik India.[59]
Monumen-monumen yang penting seperti Taj Mahal dan contoh seni bina Mughal yang lain serta seni bina India Selatan merupakan kesan tradisi-tradisi yang menggabungkan unsur-unsur dari merata tempat di dalam dan luar negara. Seni bina vernakular India pula menunjukkan perbezaan ketara antara rantau.
Muzik India meliputi beraneka tradisi dan gaya rantauan. Muzik klasiknya terbahagi kepada muzik klasik Hindustan India Utara dan muzik Karnatik India Selatan. Bentuk-bentuk muzik popular yang banyak disetempatkan termasuklah muzik filmi dan muzik rakyat seperti bhangra. Wujudnya banyak jenis tarian klasik, termasuk bharatanatyam, kathakali, kathak, kuchipudi, manipuri, odissi dan yakshagana; yang sering disertakan bentuk naratif dan disemai dengan unsur-unsur kesalihan dan mitos.
Karya-karya kesusasteraan India terawal disebarkan secara lisan dan hanya lama kemudian didapati dalam bentuk bertulis.[60] Ini termasuklah karya-karya kesusasteraan Sanskrit, seperti epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama Pengiktirafan Śakuntalā,[60] serta juga karya-karya kesusasteraan Sangam dalam bahasa Tamil.[61] Antara pengarang India zaman moden yang giat mengarang dalam bahasa-bahasa India atau Inggeris, Rabindranath Tagorelah yang paling terkenal. Antologi lagu kesalihan beliau, Gitanjali, membantu Tagore meraih Hadiah Nobel pada tahun 1913.
industri perfileman India, yang lahir pada tahun 1913 melalui Raja Harishchandra oleh Dadasaheb Phalke, kini merupakan industri perfileman terbesar di dunia, dengan perfileman bahasa Hindi komersial Bollywood yang bertapak di Mumbai sebagai wajahnya yang paling dikenali.[62] juga wujudnya tradisi-tradisi mantap dalam perfileman bahasa serantau, termasuk Bangla, Kannada, Malayalam, Marathi, Tamil, dan Telugu. Pather Panchali (1955), filem pertama auteur Satyajit Ray mengenai zaman kanak-kanak dan kematian di kawasan perkampungan Bengal, merupakan satu mercu tanda perfileman sedunia.[63][64]
Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).[65]
Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.
Sungguhpun sukan kebangsaan India ialah hoki, namun kriket ialah sukan paling popular. Di beberapa negeri, terutamanya yang di timur laut dan negeri-negeri Bengal Barat, Goa, dan Kerala, bola sepak juga popular.[66] Dewasa ini, tenis juga kian laris. Catur yang disangka ramai berasal dari India, juga melihat peningkatan popularitinya serentak dengan peningkatan bilangan grandmaster dari India. Sukan tradisi termasuklah kabaddi, kho-kho, dan gilli-danda, yang dimain di seluruh India. India merupakan tampat lahir seni yoga dan seni mempertahankan diri, iaitu Kalarippayattu dan Varma Kalai.
Kebanyakan perayaan India berbentuk keagamaan, namun ada yang disambut oleh rakyat tanpa mengira kasta atau kepercayaan. Perayaan yang paling banyak disambut termasuk Diwali, Holi, Onam, Dussehra, Bihu, Durga puja, kedua-dua hari Eid, Krismas, Ugadi, dan Vaisakhi. India mempunyai tiga cuti kebangsaan. Setiap negeri juga mempunyai set sembilan hingga dua belas hari cuti yang tersendiri. Amalan keagamaan adalah sebahagian penting dalam kehidupan seharian dan dijadikan perkara awam. Nilai kekeluargaan tradisi Indian masih disanjung tinggi, meskipun keluarga-keluarga di bandar kini lebih menggemari keluarga asas atas sebab kekangan-kekangan sosioekonomi yang dikenakan sistem keluarga bergabung.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "State Emblem -Inscription" (HTML). National Informatics Centre (NIC). Dicapai pada 2007-06-17. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "National Anthem- Know India portal". National Informatics Centre (NIC). 2007. Dicapai pada 2007-08-31. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "National Song- Know India portal". National Informatics Centre (NIC). 2007. Dicapai pada 2007-08-30. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "CONSTITUENT ASSEMBLY OF INDIA - VOLUME XII". Constituent Assembly of India: Debates. parliamentofindia.nic.in, National Informatics Centre. 24 January 1950. Dicapai pada 2007-06-29.
The composition consisting of the words and music known as Jana Gana Mana is the National Anthem of India, subject to such alterations in the words as the Government may authorise as occasion arises; and the song Vande Mataram, which has played a historic part in the struggle for Indian freedom, shall be honoured equally with Jana Gana Mana and shall have equal status with it.
Periksa date values in:|date=
(bantuan) - ^ "The Union: Official Language". National Informatics Centre (NIC). 2007. Dicapai pada 2007-06-24. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Notification No. 2/8/60-O.L. (Ministry of Home Affairs),27 April, 1960". Parameter
|accessyear=
yang tidak diketahui diendahkan (|access-date=
dicadangkan) (bantuan); Parameter|accessmonthday=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ a b c d e f g h i "CIA Factbook: India". CIA Factbook. Dicapai pada 2007-03-10. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "CIA" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "CIA" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Fact Sheet: Gini Coefficient" (PDF). Source: The World Bank (2004) and Census and Statistics Department (2002). Legislative Council Secretariat Hong Kong. Dicapai pada 2007-08-01.
Note: The Gini coeffecient in this datasheet is calculated on a scale of 0 to 1 and not 0 to 100. Hence, on a scale of 100 India's Gini coeffecient (1999-2000) is 32.5 rather than 3.25
- ^ "Introduction to the Ancient Indus Valley". Harappa. 1996. Dicapai pada 2007-06-18.
- ^ Krishna Reddy (2003). Indian History. New Delhi: Tata McGraw Hill. halaman p. A107. ISBN 0070483698.Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
- ^ Ajanta Caves, India: Brief Description, UNESCO World Heritage Site. Dipetik pada 27 Oktober 2006.
- ^ Jona Lendering. "Maurya dynasty". Dicapai pada 2007-06-17.
- ^ "Gupta period has been described as the Golden Age of Indian history". National Informatics Centre (NIC). Dicapai pada 2007-10-03. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ Heitzman, James. (2007). "Gupta Dynasty," Microsoft® Encarta® Online Encyclopedia 2007
- ^ "History : Indian Freedom Struggle (1857-1947)". National Informatics Centre (NIC). Dicapai pada 2007-10-03.
And by 1856, the British conquest and its authority were firmly established.
Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:|publisher=
(bantuan) - ^ CONCISE ENCYCLOPEDIA. Dorling Kindersley Limited. 1997. halaman p. 455. ISBN 0-7513-5911-4.Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
- ^ CONCISE ENCYCLOPEDIA. Dorling Kindersley Limited. 1997. halaman p. 322. ISBN 0-7513-5911-4.Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
- ^ a b "India Profile". NTI. 2003. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ Montek S. Ahluwalia (2002). "Economic Reforms in India since 1991: Has Gradualism Worked?" (MS Word). Journal of Economic Perspectives. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ "India is the second fastest growing economy". Economic Research Service (ERS). Dicapai pada 2007-08-05.
- ^ "Country profile: India". BBC. 9 Januari 2007. Dicapai pada 2007-03-21. Periksa date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c d "Constitution of India". india.gov.in. National Informatics Centre (NIC). 2007. Dicapai pada 2007-09-02. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam:
|publisher=
(bantuan) - ^ "Election of President". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02.
The President shall be elected by the members of an electoral college
- ^ "Tenure of President's office". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02.
The President shall hold office for a term of five years from the date on which he enters upon his office
- ^ "Appointment of Prime Minister and Council of Ministers". The Constitution Of India. Constitution Society. Dicapai pada 2007-09-02.
The Prime Minister shall be appointed by the President and the other Ministers shall be appointed by the President on the advice of the Prime Minister.
- ^ a b c "Our Parliament A brief description of the Indian Parliament". www.parliamentofindia.gov.in. Dicapai pada 2007-06-16.
- ^ a b Matthew, K.M. Manorama Yearbook 2003. Malayala Manorama. halaman pg 524. ISBN 81-900461-8-7.
- ^ Ali & Aitchison 2005, halaman 170-171
- ^ a b Ali & Aitchison 2005, halaman 172-173
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 7
- ^ Prakash et al. 2000, halaman 445
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 11
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 8
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 9-10
- ^ Titik paling utara India ialah kawasan Glasier Siachen iaitu kawasan yang dipertikai di Jammu dan Kashmir; bagaimanapun, Kerajaan India mengaku seluruh kawasan Jammu dan Kashmir (termasuk Kawasan-kawasan Utara yang kini ditadbir oleh Pakistan) sebagai wilayahnya, dan maka itu menentukan longitud 37° 6' pada titik paling utaranya.
- ^ (Government of India 2007, p. 1)
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 15
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 16
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 17
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 12
- ^ Dikshit & Schwartzberg 2007, halaman 13
- ^ a b Chang 1967, halaman 391-394
- ^ Posey 1994, halaman 118.
- ^ Heitzman & Worden 1996, halaman 97.
- ^ "Weekly Statistical Supplement". Bank Rizab India. 1 Jun, 2007. Dicapai pada 2007-06-11. Periksa date values in:
|date=
(bantuan) - ^ ""Revenue surge boosts fiscal health"". Business Standard. Dicapai pada 2006-12-28.
- ^ . "Privatization in India: Issues and Evidence" (PDF). Indian Institute of Management, Ahmedabad. Dicapai pada 2007-08-03.
- ^ ""Quarterly estimates of gross domestic product, 2006-07"". Kerajaan India. Dicapai pada 2007-05-31.
- ^ ""India twelfth wealthiest nation in 2005: World Bank"". The Economic Times. Dicapai pada 2006-07-08.
- ^ a b ""Inclusive Growth and Service delivery: Building on India's Success"" (PDF). World Bank. 2006. Dicapai pada 2007-04-28.
- ^ Page, Jeremy (22 Februari 2007). ""Indian children suffer more malnutrition than in Ethiopia"". The Times. Dicapai pada 2007-04-28. Periksa date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Mudur, Ganapati (2004). "Hospitals in India woo foreign patients". British Medical Journal. 328: 1338. Dicapai pada 2007-09-05. Parameter
|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "Taj Mahal". World Heritage List (dalam bahasa English). UNESCO World Heritage Centre. Parameter
|accessyear=
yang tidak diketahui diendahkan (|access-date=
dicadangkan) (bantuan); Parameter|accessmonthday=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link) - ^ "Rabindanath Tagore: Asia's First Nobel laureate..." Time Asia. Parameter
|accessyear=
yang tidak diketahui diendahkan (|access-date=
dicadangkan) (bantuan); Parameter|accessmonthday=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ "The Nobel Prize in Literature 1913". Nobel Prize Winners. Nobel Foundation. Parameter
|accessyear=
yang tidak diketahui diendahkan (|access-date=
dicadangkan) (bantuan); Parameter|accessmonthday=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Massey 2006, halaman 186
- ^ Das, N.K. (2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation". Bangladesh e-Journal of Sociology. 3 (2nd). ISSN 1819-8465. Dicapai pada 2007-09-27.
The pan-Indian, civilizational dimension of cultural pluralism and syncretism encompasses ethnic diversity and admixture, linguistic heterogeneity as well as fusion, and variations as well as synthesis in customs, behavioural patterns, beliefs and rituals.
Parameter|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Baidyanath, Saraswati (2006). "Cultural Pluralism, National Identity and Development". Interface of Cultural Identity Development (ed. 1stEdition). halaman xxi+290pp. ISBN 81-246-0054-6. Dicapai pada 2007-06-08.
- ^ Bhattacharyya, Harihar (2003). "Multiculturalism in Contemporary India". IJMS. 5 (2): 148–161. ISSN 1817-4574. Dicapai pada 2007-06-10. Parameter
|month=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan); Parameter|coauthors=
yang tidak diketahui diendahkan (|author=
dicadangkan) (bantuan) - ^ a b MacDonell 2004, halaman 1-40
- ^ Zvelebil 1992, halaman 12
- ^ Concise Encyclopedia. Dorling Kindersley Limited. 1997. halaman p. 334. ISBN 0-7513-5911-4.Selenggaraan CS1: teks ekstra (link)
- ^ Vilanilam 2005, halaman 133
- ^ "Time Magazine all time 100 top films". Time Magazine. Dicapai pada 2007-10-02.
- ^ Delphine, Roger, "The History and Culture of Food in Asia", in Kiple & Kriemhild 2000, halaman 1140-1151
- ^ Majumdar & Bandyopadhyay 2006, halaman 1-5
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Kerajaan
- Official entry portal of the Government of India
- Official directory of Indian Government websites
- Rujukan am
- Kemasukan Buku Fakta Dunia CIA di India
- Encyclopædia Britannica entry on India
- BBC country profile of India
- Library of Congress Country Studies entry on India
- Lain-lain
Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi India. Templat:Wikimapia Atlas Wikimedia India
Senarai negara-negara di benua Asia SelatanBangladesh · Bhutan · India · Maldives · Nepal · Pakistan · Sri Lanka
- Ralat CS1: markup
- Ralat CS1: dates
- Selenggaraan CS1: teks ekstra
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Indic languages
- Artikel negara yang memerlukan penyelenggaraan
- India
- Negara dan wilayah berbahasa Inggeris
- Republik
- Republik persekutuan
- Demokrasi liberal
- Negara sosialis
- Negara dan wilayah berbahasa Hindustani