Jambu batu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Jambu batu
Apple Guava.jpg
Buah jambu batu
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudikot
(tanpa pangkat): Rosids
Order: Myrtales
Keluarga: Myrtaceae
Subkeluarga: Myrtoideae
Tribus: Myrteae
Genus: Psidium
Spesies: P. guajava
Nama binomial
Psidium guajava
L.

Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.

Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Buah jambu batu.

Pokok sederhana besar, setinggi 10 m. Kulit licin, nipis, warna merah perang, kulit tua melekang mendedahkan kulit muda yang berwarna kuning atau kehijau-kehijauan. Daun ringkas, susunan bertentangan, panjang 5-15 cm, lebar 3-6 cm. Bunga di ketiak daun, tunggal atau 2 kuntum, putih, lebar 3-3.5 cm, banyak stamen. Buah jenis beri, bentuk bebola, bujur telur seperti pir, kecil atau besar, panjang 2-12 cm, hujung buah ada kelopak kaliks yang kekal, muda hijau, setelah masak masih hijau atau kuning, isi yang keras menjadi lembut setelah masak, warna putih, kuning, merah jambu atau merah, rasa manis atau masam, wangi, isi ada sel batu dan banyak biji kecuali kultivar tanpa biji.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Buah yang masak dimakan mentah; isi lembut dan berbau wangi dibuat jem, jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau just ditinkan atau dijadikan serbuk. Daun jambu batu boleh digunakan sebagai ganti daun teh.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Jambu batu dipercayai mempunyai beberapa khasiat jika diamalkan setiap hari seperti menghilangkan rasa mual semasa mengandung, menurunkan paras kolesterol dalam darah[perlu rujukan], menurunkan paras gula dalam darah[perlu rujukan], mengurangkan berat badan[perlu rujukan], mengawal tekanan darah, membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat, mampu menaikkan sel darah putih dan merah[perlu rujukan], meningkatkan kadar sistem metabolisme, membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit, dan sebagai ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser[perlu rujukan], immuniti[perlu rujukan]).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]