Portal:Sejarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

PORTAL SEJARAH ڤورتل سجاره

Portal Sejarah ڤورتل سجاره

Sejarah

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa, masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah berasal daripada Bahasa Arab "syajarah" [ﺸﺟﺭﺓ] yang bererti pohon atau pokok kerana konsep sejarah berkait dengan salasilah keluarga yakni berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan dengan istilah Inggeris history yang berasal daripada bahasa Greek historia (ἱστορία), "satu cerita tentang seseorang," dan berkongsi etimologi dengan kata Inggeris story. 1911 Encyclopædia Britannica menyatakan bahawa "sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia semulajadi. Segala yang mengalami perubahan, seperti yang ditunjukkan oleh sains moden bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta, dan setiap bahagiannya, mempunyai sejarahnya."
"Tiada yang baru di dunia kecuali sejarah yang anda tidak tahu."
"Sejarah takkan kelihatan sejarah apabila anda hidup melaluinya."
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."

Rencana Pilihan

Kepulan asap pada 18 April 2010

Letusan gunung berapi Eyjafjallajökull 2010 adalah satu siri letusan gunung berapi bermula 20 Mac 2010 di pulau glasier Eyjafjallajökull, Iceland. Gunung berapi ini memuntahkan asap setinggi 1 km tinggi dan lava dari beberapa kawah sepanjang keretakan. Kepulan asap ini bermula 15 April menggendalakan lalu lintas udara di utara dan barat Eropah selama beberapa hari. Iceland terletak pada garis gunung berapi antara Plat Atlantik yang relatif sering meletup. Namun begitu, penduduknya jarang-jarang dan hanya sedikit bahaya. Saintis memantau glasier Eyjafjallajökull yang aktif sejak 1821. Berlaku 21 letupan di Britain sejak 1963. Letupan pada 1973 di Kepulauan Westmann tidak menimbulkan korban.

Arkib • (Baca Lagi...)

Gambar Pilihan

White Ship (Kapal Putih) (Bahasa Perancis: la Blanche-Nef) ialah kapal yang tenggelam di dalam Selat Inggeris berdekatan pantai Normandy di Barfleur, pada 25 November 1120. Hanya dua orang yang berada di dalam kapal tersebut terselamat. Antara yang lemas termasuklah William Adelin, anak sah dan pewaris Raja Henry I dari England. Kematian William Adelin membawa kepada krisis pewarisan dan perang saudara di England yang dikenali sebagai Anarki.

Arkib

Biografi Pilihan

Mohammad Hatta

Dr. H. Mohammad Hatta (12 Ogos 1902 - 14 Mac 1980), lebih dikenali sebagai Bung Hatta, ialah Timbalan Presiden Indonesia yang pertama yang dikenang sebagai Bapa Koperasi Indonesia. Nama lahirnya Muhammad Athar. Hatta meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden pada tahun 1956 kerana berselisih dengan Presiden Sukarno. Pada 27 November 1956, Hatta dianugerahkan dengan Doktor Kehormat Undang-undang daripada Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta. Pidato pengukuhannya berjudul “Lampau dan Datang”. Anak perempuannya yang bernama Meutia Hatta menjawat sebagai Menteri Negara Pemberdayaan Perempuan dalam Kabinet Indonesia Bersatu, pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Arkib • (Baca lagi ...)

Tahukah anda...

Perkara Yang Anda Boleh Bantu

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sejarah sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sejarah, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

— Didie 07:45, 24 Ogos 2007 (UTC)

- Khairul akmal 02.57, 14 April 2011 (UTC)

- Sylarius (bincang) 04:06, 12 Oktober 2011 (UTC)

- Rachun Dunia (bincang) 12:46, 14 Jun 2017 (UTC)

- Keluang hitam (bincang) 00:20, 8 September 2017 (UTC)

Kategori

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg

Portal-portal

Purge server cache