15 Oktober
Jump to navigation
Jump to search
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2019 |
15 Oktober merupakan hari ke-288 (hari ke-289 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 77 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Membasuh Tangan Sejagat;
- Hari Guru di Brazil;
- Hari Keselamatan Tongkat Putih di Amerika Syarikat;
- Hari Peringatan Kehamilan dan Kehilangan Bayi di A.S. dan Kanada.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1529 - Perang Uthmaniyyah–Habsburg: Pengepungan Vienna berakhir apabila orang Austria berjaya menangkis serangan orang Turki.
- 1582 - Sepanyol, Portugal, Komanwel Poland–Lithuania dan kebanyakan negeri-negeri Itali menjadi negara pertama menggantikan takwim Julius yang digunakan sejak 45 SM dengan kalendar Gregory.
- 1917 - Penari eksotik Belanda Mata Hari (gambar) dihukum mati dengan ditembak kerana didakwa mengintip untuk Jerman.
- 1987 - Ribut Besar 1987 melanda England dan Perancis membunuh sekurang-kurangnya 23 orang.
- 1990 - Pemimpin Kesatuan Soviet Mikhail Gorbachev dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel atas usahanya mengurangkan ketegangan semasa Perang Dingin.
- 2003 - Program angkasa lepas China: Penerbangan angkasa lepas manusia China pertama Shenzhou 5 dilancarkan, membawa angkasawan Yang Liwei.
- 2005 - Para pengundi di Iraq bersetuju untuk meratifikasi perlembagaan baharu.
- 2008 - Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1988 - Mesut Ozil, pemain bola sepak Real Madrid C.F.