Laman Utama
|
Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu | Tutorial · Meja bantuan · Meja rujukan · Indeks A–Z |
Rencana pilihan
Komet Hyakutake atau gelaran rasminya, C/1996 B2 adalah sebuah komet yang telah ditemui pada 31 Januari 1996, yang melewati Bumi dengan sangat dekat pada bulan Mac tahun tersebut. Ia merupakan salah satu komet yang paling hampir dengan Bumi dalam 200 tahun yang lalu. Hyakutake menjadi sangat terang di langit malam dan hasilnya ia dapat dilihat oleh ramai orang di seluruh dunia. Komet tersebut mencuri tumpuan buat sementara daripada komet Hale–Bopp, yang menghampiri sistem suria dalam pada waktu itu, walaupun Hyakutake berada dalam keadaan yang paling cerah untuk beberapa hari sahaja.
Pemerhatian saintifik bagi komet Hyakutake membawa kepada beberapa penemuan; perkara yang paling mengejutkan bagi ahli sains komet ialah penemuan pancaran sinar-X daripada komet. Pancaran ini dipercayai disebabkan oleh zarah-zarah angin suria yang bertindak balas dengan atom-atom neutral di dalam koma komet. Kapal angkasa Ulysses juga tidak disangka-sangka melintasi ekor Hyakutake pada jarak lebih daripada 500 juta kilometer daripada nukleus komet, menunjukkan bahawa Hyakutake mempunyai ekor terpanjang yang diketahui bagi sesebuah komet.
Komet Hyakutake adalah sebuah komet bertempoh panjang. Sebelum laluan terbarunya yang merentasi sistem suria, tempoh orbitnya adalah kira-kira 15 ribu tahun, tetapi pengaruh graviti planet-planet gergasi telah meningkatkan tempoh itu kepada 72 ribu tahun. (Rencana penuh...)
Gambar pilihan
Pentas Ais Larsen Pentas Ais Larsen adalah pentas ais yang panjang dan memanjang sepanjang pantai timur Semenanjung Antartika di Laut Weddell. Ia dinamakan selepas penjelajah Norway Carl Anton Larsen, yang berlayar di sepanjang kawasan ais pada tahun 1893. Terdiri daripada beberapa rak di sepanjang pantai, yang dinamakan dengan huruf dari A hingga G, sejak pertengahan tahun 1990-an Pentas Ais Larsen semakin hancur, dengan keruntuhan yang dramatik di Larsen B pada tahun 2002. Sebahagian besar pentas Larsen C berpisah pada Julai 2017 untuk membentuk sebuah aisberg yang dikenali sebagai A-68. Kawasan Pentas Ais Larsen adalah dahulunya 33,000 batu persegi (85,000 km2), tetapi kini hanya 26,000 batu persegi (67,000 km2) sahaja.
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Berita terkini
- Banjir dan angin ekoran Taufan Kenneth (imej satelit) membunuh sekurang-kurangnya 45 orang, mencederakan lebih daripada 200 orang, dan menyebabkan kerosakkan teruk di Mozambique dan Kepulauan Comoro.
- Satu gempa bumi terjadi di Luzon, Filipina dan menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 18 orang.
- Volodymyr Zelensky (gambar) memenangi pilihan raya presiden Ukraine.
- Sekurang-kurangnya 310 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lainnya cedera dalam beberapa pengeboman di gereja-gereja dan hotel di Sri Lanka.
- Para saintis mengumumkan akan penemuan ion helium hidrida yang terhasil secara semulajadi di planetary nebula, NGC 7027.
Hari ini dalam sejarah
- 1792 – Nakhoda dagang Robert Gray memasuki Sungai Columbia, menjadi orang Eropah pertama melayari sungai terbesar yang mengalir masuk ke Lautan Pasifik dari Amerika Utara.
- 1812 – Spencer Perceval (gambar) dibunuh oleh John Bellingham di lobi Dewan Rakyat British, menjadi Perdana Menteri British tunggal pernah dibunuh.
- 1918 – Republik Bergunung Kaukasus Utara diasaskan, dengan Tapa Tchermoeff sebagai Perdana Menteri.
- 1946 – Parti politik terbesar di Malaysia kini, UMNO diasaskan, asalnya untuk membantah penubuhan Malayan Union.
- 1960 – Ejen Mossad menangkap Adolf Eichmann, pemimpin dan penjenayah perang pelarian Nazi yang menyembunyikan diri di Argentina.
Tahukah anda...
- ... bahawa drama Gokusen yang terkenal tayangannya di Jepun, lebih-lebih lagi di Malaysia pada tahun 2002 merupakan adaptasi daripada manga dan anime menyusul selepas drama pada tahun 2004?
- ... bahawa rakyat jati merujuk kepada tujuh kumpulan etnik peribumi yang mendiami negara Brunei Darussalam?
- "... bahawa Misa Melayu ditulis menggunakan campuran prosa dan puisi dalam tulisan Jawi?"
- "... bahawa reka bentuk Esplanade – Teater di Persisiran dikatakan mempunyai persamaan dengan sebiji durian atau mata lalat?"
- "... bahawa sistem matematik Babylon merupakan sistem angka perenam-puluhan (asas-60)?"
Wikipedia dalam bahasa lain |
- Lebih 1,000,000 rencana:
English (Bahasa Inggeris) • svenska (Bahasa Sweden) • Deutsch (Bahasa Jerman) • Nederlands (Bahasa Belanda) • français (Bahasa Perancis) • pyccкий (Bahasa Rusia) • italiano (Bahasa Itali) • español (Bahasa Sepanyol) • polski (Bahasa Poland) • Tiếng Việt (Bahasa Vietnam) • 日本語 (Bahasa Jepun)
- Lebih 250,000 rencana:
português (Bahasa Portugis) • 中文 (Bahasa Cina) • Українська (Bahasa Ukraine) • Català (Bahasa Catalonia) • فارسی (Bahasa Parsi) • norsk (bokmål) (Bahasa Norway (Bokmål)) • Srpskohrvatski / Српскохрватски (Bahasa Serbo-Croatia) • العربية (Bahasa Arab) • suomi (Bahasa Finland) • magyar (Bahasa Hungary) • Bahasa Indonesia (Bahasa Indonesia) • română (Bahasa Romania) • čeština (Bahasa Czech) • 한국어 (Bahasa Korea) • српски / srpski (Bahasa Serbia) • Türkçe (Bahasa Turki) • euskara (Bahasa Basque)
- Lebih 100,000 rencana:
Esperanto (Bahasa Esperanto) • Български (Bahasa Bulgaria) • dansk (Bahasa Denmark) • Bahaso Minangkabau (Bahasa Minangkabau) • Қазақша (Bahasa Kazakh) • slovenčina (Bahasa Slovak) • Հայերեն (Bahasa Armenia) • Bân-lâm-gú / 閩南語 (Bahasa Hokkien) • עברית (Bahasa Ibrani) • lietuvių (Bahasa Lithuania) • hrvatski (Bahasa Croatia) • Нохчийн (Bahasa Chechen) • slovenščina (Bahasa Slovenia) • eesti (Bahasa Estonia) • galego (Bahasa Galicia) • nynorsk (Bahasa Norway (Nynorsk)) • O‘zbek (Bahasa Uzbek) • Latina (Bahasa Latin) • Ελληνικά (Bahasa Yunani) • Беларуская (Bahasa Belarus) • Simple English (Bahasa Inggeris (bentuk mudah)) • Volapük (Bahasa Volapuk) • हिन्द (Bahasa Hindi) • ไทย (Bahasa Thai) • Azərbaycanca (Bahasa Azerbaijan) • ქართული (Bahasa Georgia) • اردو (Bahasa Urdu)
- Lebih 50,000 rencana:
தமிழ (Bahasa Tamil) • Cymraeg (Bahasa Wales) • Македонски (Bahasa Macedonia) • Occitan (Bahasa Occitan) • Malagasy (Bahasa Malagasy) • latviešu (Bahasa Latvia) • bosanski (Bahasa Bosnia) • नेपाल भाषा (Bahasa Newar) • Tatarça / Татарча (Bahasa Tatar) • Тоҷикӣ (Bahasa Tajik) • తెలుగు (Bahasa Telugu) • Tagalog (Bahasa Tagalog) • piemontèis (Bahasa Piedmont) • Shqip (Bahasa Albania) • Brezhoneg (Bahasa Breton) • Кыргызча / قىرعىزچا (Bahasa Kyrgyz) • Беларуская (тарашкевіца) (Bahasa Belarus (Taraškievica)) • Krèyol ayisyen (Bahasa Haiti) • 粵語 (Bahasa Kantonis)
Projek Wikimedia yang lain |
Wikikamus Kamus bebas |
Wikiberita Sumber berita bebas |
Wikiquote Koleksi petikan kata | |||
Wikibuku Buku teks dan manual bebas |
Wikispecies Panduan spesies |
Wikisumber Perpustakaan bebas | |||
Wikiversity Beta Bahan pelajaran bebas |
Commons Koleksi multimedia bebas |
Meta-Wiki Penyelarasan projek Wikimedia | |||
Wikivoyage Panduan perjalanan bebas |
Wikidata Pangkalan pengetahuan bebas |
MediaWiki Pembangunan perisian bebas |