Memuat Naik ID Anda
Jika anda perlu mengesahkan nama anda di Facebook, atau jika anda kehilangan akses kepada akaun, anda mungkin diminta menghantarkan satu salinan sesuatu dengan nama anda di atasnya kepada kami. Anda mempunyai beberapa pilihan yang berbeza untuk perkara ini, termasuk ID foto yang dikeluarkan oleh kerajaan, ID daripada organisasi bukan kerajaan, sijil rasmi atau lesen yang menyertakan nama anda atau item fizikal lain seperti langganan majalah atau cebisan mel.
Dalam sesetengah kes, seperti kebenaran untuk pengiklan menyiarkan iklan berkaitan politik, syarat ID khas mungkin akan dikenakan. Ketahui lebih lanjut dalam Syarat ID untuk Iklan Berkaitan Politik di bawah.
Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang berlaku pada ID anda selepas anda menghantarnya ke Facebook.
Kumpulan Satu
Anda boleh menghantar salah satu item daripada kumpulan satu untuk mengesahkan nama anda atau masuk kembali ke akaun anda. Apa-apa yang anda hantar kepada kami mestilah mengandungi sama ada nama dan tarikh lahir anda atau nama dan foto anda.
  • Sijil kelahiran
  • Lesen pemandu
  • Pasport
  • Sijil perkahwinan
  • Dokumen rasmi pertukaran nama
  • Kad insurans peribadi atau kenderaan
  • ID kerajaan bukan lesen memandu (cth: hilang upaya, kad SNAP, kad ID kebangsaan, kad pencen)
  • Kad hijau, permit tinggal atau dokumen imigresen
  • Pengenalan kepuakan atau kad status
  • Kad pengenalan pengundi
  • Sijil keluarga
  • Visa
  • Kad umur kebangsaan
  • Kad pendaftaran imigresen
  • Kad pengenalan cukai
Kumpulan Dua
Jika anda tidak mempunyai apa-apa daripada kumpulan satu, anda boleh menghantarkan dua item yang berbeza daripada kumpulan dua kepada kami. Nama pada item yang anda hantar kepada kami mestilah nama yang sama yang anda ingin tunjukkan pada profil anda.
Sentiasa ingat bahawa jika anda tidak lagi mempunyai akses kepada akaun anda, anda mungkin diminta menyediakan sesuatu daripada senarai yang juga menunjukkan foto atau tarikh lahir yang sepadan dengan butiran dalam akaun Facebook anda. Langkah berjaga-jaga ini adalah supaya kami dapat memastikan bahawa satu-satunya individu yang mempunyai akses kepada akaun anda ialah anda.
  • Penyata bank
  • Kad transit
  • Cek
  • Kad kredit
  • Pengesahan pekerjaan
  • Kad perpustakaan
  • Mel
  • Keratan langganan majalah
  • Rekod perubatan
  • ID Keahlian (contohnya: kad pencen, keahlian kesatuan sekerja, ID kerja atau ID profesional)
  • Keratan buku cek
  • Permit
  • Kad pengenalan sekolah
  • Rekod sekolah
  • Kad Keselamatan Sosial
  • Bil utiliti
  • Foto buku tahunan (imbasan sebenar atau gambar halaman dalam buku tahunan anda)
  • Kad kesetiaan syarikat
  • Kontrak
  • Pendaftaran keluarga
  • Diploma
  • Dokumen agama
  • Sijil pendaftaran bagi pentauliahan atau profesional
  • Kad lesen profesional
  • Kad Peninjauan
  • Insuran kesihatan
  • Kad bukti alamat
  • Kad kebajikan sosial
Syarat ID untuk Iklan Berkaitan Politik
Jika anda ingin menyiarkan iklan dengan kandungan politik atau berkaitan isu kepentingan negara:
  • ID anda harus berasal dari negara anda ingin siarkan iklan dan nama negara tersebut mestilah dipaparkan pada ID anda.
  • Jika ID anda mempunyai tarikh luput, ID tersebut mestilah belum tamat tempoh.
Lawati Pusat Bantuan Pengiklan untuk mengetahui lebih lanjut tentang iklan dengan kandungan politik.
Adakah maklumat ini membantu?
Cara memuat naik salinan ID anda:
  1. Ambil foto pandangan dekat ID anda di dalam bilik yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
  2. Simpan foto tersebut pada peranti mudah alih atau komputer anda.
  3. Ikut arahan pada skrin untuk memuat naik ID anda.
Jika anda tidak pasti jenis ID yang boleh digunakan oleh Facebook untuk mengesahkan identiti anda, sila semak senarai ID kami.
Adakah maklumat ini membantu?
Terdapat beberapa sebab anda mungkin diminta untuk menghantar salinan ID anda ke Facebook:
  • Cara mengesahkan bahawa akaun yang anda cuba akses adalah milik anda: Keselamatan anda penting kepada kami. Kami meminta ID supaya kami tidak membenarkan sesiapa memasuki akaun anda kecuali anda.
  • Cara mengesahkan nama anda: Kami meminta semua orang di Facebook untuk menggunakan nama yang mereka biasa gunakan dalam kehidupan seharian. Langkah ini dapat memastikan anda dan komuniti kami kekal selamat daripada penyamaran.
Sebab lain orang mungkin dikehendaki mengesahkan identiti mereka termasuk mencegah penyalahgunaan seperti komplot penipuan, pemancingan data dan pengaruh politik luar negeri.
Adakah maklumat ini membantu?
Setelah anda menghantarkan salinan ID anda kepada kami, ID anda akan disulitkan dan disimpan dengan selamat. ID anda tidak akan dapat dilihat oleh sesiapa di Facebook.
Untuk memastikan ID yang digunakan bagi pengesahan identiti adalah yang tulen, kami menggunakan kedua-dua semakan manual dan sistem automatik. Ini membantu mencegah penyalahgunaan seperti komplot penipuan dan penyamaran, serta membantu memastikan bahawa iklan dengan kandungan politik adalah tulen.
Untuk membantu menambah baik sistem kami bagi mengesan ID palsu dan penyalahgunaan yang berkaitan, kami akan meminta keizinan anda untuk menggunakan salinan ID anda yang disulitkan selama satu tahun. ID anda tidak akan digunakan untuk tujuan ini kecuali yang ditunjukkan pada waktu anda menghantarkan ID anda ke Facebook.
Jika anda tidak mahu Facebook menggunakan ID anda bagi tujuan penambah baikan sistem automatik kami untuk mengesan ID palsu, anda boleh melaraskan Tetapan Pengesahan Identiti anda. Jika anda mematikan pilihan ini, salinan ID anda akan dipadam dalam masa 30 hari penyerahan atau apabila anda mematikan pilihan ini.
Nota: Jika anda menghantarkan salinan ID anda kepada kami sebagai sebahagian daripada proses kebenaran untuk menyiarkan iklan yang berkaitan dengan politik atau isu kepentingan negara, ID anda akan dipadam secara automatik dalam masa 30 hari. Salinan ID anda hanya akan digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Ia tidak akan digunakan untuk menambah baik sistem automatik kami.
Ketahui lebih lanjut tentang jenis ID yang kami terima dan cara untuk menghantarkan ID anda ke Facebook.
Adakah maklumat ini membantu?