Kuki & Teknologi Storan Lain

Kuki adalah cebisan teks kecil yang digunakan untuk menyimpan maklumat pada pelayar web. Kuki digunakan untuk menyimpan dan menerima pengenal pasti dan maklumat lain di komputer, telefon dan peranti lain. Teknologi lain, termasuk data yang kami simpan pada pelayar web atau peranti anda, pengenal pasti yang dikaitkan dengan peranti anda, dan perisian lain, digunakan untuk tujuan yang serupa. Dalam dasar ini, kami merujuk semua teknologi ini sebagai "kuki."

Kami menggunakan kuki jika anda mempunyai akaun Facebook, menggunakan Produk Facebook, termasuk laman web dan aplikasi kami, atau melawat laman web dan aplikasi lain yang menggunakan Produk Facebook (termasuk butang Suka atau Teknologi Facebook yang lain). Kuki membolehkan Facebook menawarkan Produk Facebook kepada anda dan untuk memahami maklumat yang kami terima tentang anda, termasuk maklumat tentang penggunaan laman web dan aplikasi lain, sama ada anda mendaftar atau melog masuk atau sebaliknya.

Dasar ini menerangkan cara kami menggunakan kuki dan pilihan yang ada untuk anda. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam dasar ini, Dasar Data akan terpakai kepada pemprosesan data yang kami kumpulkan melalui kuki.

Mengapakah kami menggunakan kuki?

Kuki membantu kami menyedia, melindungi dan menambahbaik Produk Facebook, misalnya dengan memperibadikan kandungan, menyesuaikan dan mengukur iklan, serta menyediakan pengalaman yang lebih selamat. Walaupun kuki yang kami gunakan mungkin berubah dari semasa ke semasa apabila kami menambahbaik dan mengemas kini Produk Facebook, kami menggunakan kuki tersebut untuk tujuan berikut:
Pengesahan
Kami menggunakan kuki untuk mengesahkan akaun anda dan menentukan apabila anda log masuk, supaya kami boleh memudahkan anda mengakses Produk Facebook dan menunjukkan pengalaman serta ciri yang bersesuaian kepada anda.
Misalnya: Kami menggunakan kuki untuk memastikan anda kekal log masuk semasa anda melayar antara halaman Facebook. Kuki juga membantu kami mengingati pelayar anda supaya anda tidak perlu kerap log masuk ke Facebook dan supaya anda lebih mudah log masuk ke Facebook melalui aplikasi dan laman web pihak ketiga.
Keselamatan, integriti laman dan produk
Kami menggunakan kuki untuk membantu kami memastikan agar akaun, data dan Produk Facebook anda selamat dan terjamin.
Misalnya: Kuki boleh membantu kami mengenal pasti dan melaksanakan langkah keselamatan tambahan apabila seseorang mungkin cuba untuk mengakses akaun Facebook tanpa kebenaran, misalnya, dengan meneka kata laluan yang berbeza secara pantas. Kami juga menggunakan kuki untuk menyimpan maklumat yang membolehkan kami untuk mendapatkan semula akaun anda sekiranya anda terlupa kata laluan atau memerlukan pengesahan tambahan jika anda memberitahu kami bahawa akaun anda telah digodam.
Kami juga menggunakan kuki untuk mencegah aktiviti yang melanggar dasar kami atau melemahkan keupayaan kami untuk menyediakan Produk Facebook.
Misalnya: Kuki membantu kami mencegah serangan spam dan pancingan data dengan membolehkan kami mengenal pasti komputer yang digunakan untuk mencipta akaun Facebook palsu dalam jumlah yang banyak. Kami juga menggunakan kuki untuk mengesan komputer yang dijangkiti perisian hasad dan mengambil langkah bagi mencegah perisian hasad tersebut daripada menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Kuki juga membantu kami menghalang orang bawah umur daripada mendaftar akaun Facebook.
Pengiklanan, cadangan, wawasan dan ukuran
Kami menggunakan kuki untuk membantu kami menunjukkan iklan dan membuat cadangan untuk perniagaan serta organisasi lain kepada orang yang mungkin berminat dengan produk, perkhidmatan atau tujuan yang mereka promosikan.
Misalnya: Kuki membenarkan kami membantu penyampaian iklan kepada orang yang sebelum ini pernah melawat laman web sesuatu perniagaan, membeli produk atau menggunakan aplikasi perniagaan tersebut dan untuk mencadangkan produk serta perkhidmatan berdasarkan aktiviti tersebut. Kuki juga membenarkan kami untuk mengehadkan bilangan kekerapan anda melihat sesuatu iklan supaya anda tidak melihat iklan yang sama berulang kali.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu mengukur prestasi kempen pengiklanan untuk perniagaan yang menggunakan Produk Facebook.
Misalnya: Kami menggunakan kuki untuk mengira bilangan sesuatu iklan disiarkan dan untuk mengira kos iklan tersebut. Kami juga menggunakan kuki untuk mengukur kekerapan orang melakukan sesuatu tindakan seperti mengklik atau melihat iklan.
Kuki membantu kami untuk menyampaikan dan mengukur iklan merentasi pelayar dan peranti berlainan yang digunakan oleh orang yang sama.
Misalnya: Kami juga menggunakan kuki untuk mengelakkan anda daripada melihat iklan yang sama berulang kali merentas pelbagai peranti yang anda gunakan.
Kuki juga membenarkan kami untuk menyediakan tangapan tentang orang yang menggunakan Produk Facebook dan juga orang yang berinteraksi dengan iklan, laman web dan aplikasi pengiklan kami serta perniagaan yang menggunakan Produk Facebook.
Misalnya: Kami menggunakan kuki untuk membantu pemilik perniagaan memahami jenis orang yang menyukai halaman Facebook mereka atau yang menggunakan aplikasi mereka agar mereka boleh menyediakan kandungan yang lebih relevan dan menyediakan ciri-ciri yang berkemungkinan lebih menarik pada pandangan pelanggan mereka.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu anda memilih untuk tidak melihat iklan daripada Facebook berdasarkan pada aktiviti anda di laman web pihak ketiga. Ketahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami terima, cara kami memutuskan iklan yang akan ditunjukkan kepada anda dalam dan luar Produk Facebook, dan kawalan yang tersedia untuk anda.
Ciri-ciri laman dan perkhidmatan
Kami menggunakan kuki untuk membolehkan kefungsian yang dapat membantu kami menyediakan Produk Facebook.
Misalnya: Kuki membantu kami menyimpan pilihan utama anda, mengetahui apabila anda telah melihat atau berinteraksi dengan kandungan Produk Facebook, dan menyediakan kandungan serta pengalaman yang disesuaikan untuk anda. Misalnya, kuki membenarkan kami untuk memberikan cadangan kepada anda dan orang lain, serta menyesuaikan kandungan di laman pihak ketiga yang menyepadukan pemalam sosial kami. Jika anda seorang pentadbir halaman, kuki membolehkan anda untuk menukar antara menghantar siaran daripada akaun FB peribadi anda dan halaman.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu menyediakan untuk anda kandungan yang relevan dengan keadaan tempatan anda.
Misalnya: Kami menyimpan maklumat dalam kuki yang diletakkan di pelayar atau peranti anda supaya anda akan melihat laman tersebut dalam bahasa pilihan anda.
Prestasi
Kami menggunakan kuki untuk menyediakan pengalaman yang sebaik mungkin untuk anda.
Misalnya: Kuki membantu kami untuk menghalakan laluan trafik antara pelayan dan memahami tahap kepantasan Produk Facebook dimuatkan untuk orang yang berbeza. Kuki juga membantu kami untuk merekodkan nisbah dan dimensi skrin serta tetingkap anda dan untuk mengetahui sama ada anda telah mengaktifkan mod kontras tinggi, supaya kami boleh memaparkan laman dan aplikasi kami dengan betul.
Analisis dan kajian
Kami menggunakan kuki untuk memahami dengan lebih baik cara orang menggunakan Produk Facebook supaya kami boleh menambahbaik Produk kami.
Misalnya: Kuki membantu kami untuk memahami cara orang menggunakan Perkhidmatan Facebook, menganalisis bahagian-bahagian dalam Produk Facebook yang pengguna dapati paling berguna dan menarik serta mengenal pasti ciri yang boleh ditambah baik.

Di manakah kami menggunakan kuki?

Kami boleh meletakkan kuki pada komputer atau peranti anda dan menerima maklumat yang disimpan dalam kuki, apabila anda menggunakan atau melawat:

  • Produk yang disediakan oleh ahli lain Syarikat Facebook; dan
  • Laman web dan aplikasi yang disediakan oleh syarikat lain yang menggunakan Produk Facebook, termasuk syarikat yang menggabungkan Teknologi Facebook dalam laman web dan aplikasi mereka. Facebook menggunakan kuki dan menerima maklumat apabila anda melawat laman dan aplikasi berkenaan, termasuk maklumat peranti dan maklumat tentang aktiviti anda, tanpa tindakan selanjutnya daripada anda. Ini berlaku sama ada anda mempunyai akaun Facebook atau log masuk atau sebaliknya.

Adakah pihak lain menggunakan kuki untuk berhubung dengan Produk Facebook?

Ya, pihak lain boleh menggunakan kuki pada Produk Facebook untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami dan perniagaan yang diiklankan pada Facebook.

Misalnya, rakan kongsi pengukuran kami menggunakan kuki pada Produk Facebook untuk membantu pengiklan memahami keberkesanan kempen pengiklanan Facebook mereka dan untuk membandingkan prestasi kempen tersebut dengan iklan yang dipaparkan pada laman web dan aplikasi lain. Ketahui lebih lanjut tentang syarikat yang menggunakan kuki pada Produk Facebook.

Pihak ketiga juga menggunakan kuki pada laman dan aplikasi mereka sendiri yang berhubung dengan Produk Facebook. Untuk memahami cara pihak lain menggunakan kuki, sila semak dasar mereka.

Bagaimanakah anda boleh mengawal penggunaan kuki oleh Facebook untuk menunjukkan iklan kepada anda?

Salah satu cara kami menggunakan kuki adalah dengan menunjukkan iklan yang berguna dan relevan dalam dan luar Facebook kepada anda. Anda boleh mengawal cara kami menggunakan data anda untuk menunjukkan iklan kepada anda dengan menggunakan alat yang diterangkan di bawah.
Jika anda mempunyai Akaun Facebook:
  • Anda boleh menggunakan keutamaan iklan anda untuk mengetahui sebab sesuatu iklan ditunjukkan kepada anda dan mengawal cara kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk menunjukkan iklan kepada anda.
  • Untuk menunjukkan iklan yang lebih baik kepada anda, kami menggunakan data yang disediakan oleh pengiklan dan rakan kongsi kami tentang aktiviti anda di luar Produk syarikat Facebook, termasuk laman web dan aplikasi lain. Anda boleh mengawal sama ada kami menggunakan data ini untuk menunjukkan iklan kepada anda dalam tetapan iklan anda.
  • Audience Network Facebook ialah cara untuk pengiklan menunjukkan kepada anda iklan dalam aplikasi dan laman web di luar Produk Syarikat Facebook. Salah satu cara Audience Network menunjukkan iklan yang relevan adalah dengan menggunakan pilihan keutamaan iklan anda untuk menentukan iklan yang mungkin anda ingin saksikan. Anda boleh mengawal ini dalam tetapan iklan anda.
Semua orang:
Anda boleh memilih untuk tidak melihat iklan berdasarkan minat dalam talian daripada Facebook dan syarikat lain yang mengambil bahagian melalui Sekutu Pengiklanan Digital di AS, Sekutu Pengiklanan Digital Kanada di Kanada atau Sekutu Pengiklanan Digital Interaktif Eropah di Eropah atau melalui tetapan peranti mudah alih anda. Sila ambil perhatian bahawa penghalang iklan dan alat yang mengehadkan penggunaan kuki kami mungkin mengganggu kawalan ini.
Maklumat lanjut tentang pengiklanan dalam talian:
Syarikat pengiklanan yang bekerjasama dengan kami secara umum menggunakan kuki dan teknologi yang serupa sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pengiklan menggunakan kuki dan pilihan yang mereka tawarkan, anda boleh menyemak sumber-sumber berikut:
Kawalan kuki pelayar:
Sebagai tambahan, pelayar atau peranti anda mungkin menawarkan tetapan yang membolehkan anda untuk memilih sama ada kuki pelayar ditetapkan dan untuk memadamkan kuki tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang kawalan ini, rujuk maklumat bantuan pelayar atau peranti anda. Sebahagian tertentu Produk Facebook mungkin tidak berfungsi dengan sempurna jika anda menyahdayakan penggunaan kuki pelayar.


Tarikh Semakan Terakhir: 4 April 2018